Pages

Wednesday, 31 December 2008

Tak Kisah!!!

Pada malam itu,penulis sedang menonton Buletin Utama di TV3. Ketika itu berita sedang menayangkan gambar -gambar dan berita tentang kejayaan pelajar dalam PMR Memang meriah dan penuh dramatik. Ada yang suka dan duka.

Ketika itu,terpacul dari mulut ayah penulis

'Hmm cuba tengok tu, sekolah orang lain,meriah. Ni apa, sekolah pun macam tak dak orang pengetua pun tak nampak,cikgu pun sikit sikit je, dewan pun gelap,macam tak mau rai pelajar je' sindir ayah penulis.

Penulis terdiam, terfikir sejanak. Hmmm betul jugak seperti yang dikatakan.Memang suasana ketika itu tidaklah semeriah yang disangkakan. Berbeza ketika penulis mengambil keputusan UPSR lalu yang penuh drama begitu juga dengan daripada cerita rakan -rakan penulis di sekolah lain ketika mereka menceritakan pengalaman mereka mengambil keputusan PMR.

Namun penulis tak kisah semua itu. Mungkin disebabkan kedudukan sekolah yang jauh di hujung dunia menyebankan ramai pelajar yang datang lewat dan beransur-ansur. Ada rakan penulis mengambil lebih awal keputusan daripada penulis telah pun pulang. Penulis pun pulang awal jugak. Ye lah tak larat nak tunggu. Ketika itu ramai lagi rakan penulis yang belum datang mengambil keputusan.

Apa-apa pun penulis mengucapkan sujuta penghargaan kepada rakan-rakan dan guru-guru penulis yang telah banyak membantu penulis. Begitu jugak sejuta penghargaan kepada insan yang sudi datang pada hari mengambil keputuusan bagi memeriahkan lagi suasana.
www.tips-fb.com

Kerana Madu Itu Manis


Entah,kenapa, penulis rasakan pagi itu amat tenag. Hmm... pelikkan,orang lain semuanya rasa cuak, penulis pulak rasakan begitu tenang sedangkan malam semalam sampai tak boleh tidur.
Semasa di dalam kereta menuju ke sekolah, penulis masih sempat lagi bermain SMS. Ramai orang yang menyakat. Tidak kurang juga yang masih sempat lagi memberikan kata-kata perangsang.
Penulis sempat juga meninjau beberapa buah sekolah sepanjang perjalanan.SMK Jitra, SMK Changlun,SMK Hosba. Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 10.10 pagi. Memang penulis agak terlewat sedikit akibat kelalaian penulis.

Apa yang penulis lihat, banyak kereta yang berpusu-pusu ke sekolah. 'Rasa-rasanya mungkin result dah keluar' detik hati penulis. Ketika itu penulis masih teringatkan ketika mengambil keputusan UPSR tiga tahun lalu.Hmmmm penuh dramatik.





Sebaik sahaja tiba di sekolah, rupa-rupanya masih ramai lagi rakan penulis yang belum datang. Ketika itu penulis mula berasa semacam. Gemuruh. Sebaik sahaja penulis memasuki dewan, penulis ternampak terdapat 4 kaunter yang ada. Semuanya mengikut kelas.

Tiba-tiba terdapat lambaian tangan yang memanggil penulis ke kaunter. Ah Cikgu Asmaniza. Sebaik sahaja penulis duduk dihadapan beliau, penulis diberikan sehelai borang untuk menulis nama. Rupaya-rupanya penulis orang pertama yang mengambil keputusan untuk kelas penulis.'Dia ketua kelas,dialah orang pertama,'ujar Cikgu Asmaniza.
Ya Allah berdebarnya ketika itu itu. Debarannya hanya tuhan saja yang tahu. Ketika hendak menulis nama tangan penulis terketar-ketar.Ketika itu cikgu mula bertanya kepada penulis.

'Rosman,kamu mengalami mimpi ngeri tak semalam?'
'Ahh,tak lah,cuma saya tak boleh tidur semalam'jawab penulis
'Rosman apa dah jadi ni,kamu ni betul-betul confident ke ketika menjawab soalan.'

Ketika itu penulis terdiam . Ya Allah apa yang terjadi ni. Adakah penulis sudah menghadapi kegagalan yang besar????????

'Apa-apa pun Rosman,kamu haruslah menerima apa saja keputusan kamu'

Kemudian cikgu pun terus memberikan slip keputusan kepada penulis sambil berkata
'Dan tahniah kerana kamu jugak mendapat A untuk geografi'

Apa,9 A!!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah......................................................................
www.tips-fb.com

Tuesday, 30 December 2008

Prolog

'Ya allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadamu,kau berilah Aku mendapat kejayaan cemerlang dalam PMR, begitu juga dengan rakan-rakanku Ya Allah, agar mereka juga memeroleh keputusan yang cemerlang.'
Itulah doa yang dibaca buat kali terakhir ketika subuh tadi. Selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Selepas ini doa penulis mungkin akan berubah kepada SPM....................................................

Hari ini sudah tibalah masanya. Masa yang akan menentukan segala-galanya................................
Selamat berjuang sahabatku..........



www.tips-fb.com

Monday, 29 December 2008

demi lovato -this is me

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Disney Movies amat menarik perhatian penulis. Setelah kemaruk dengan High School Musical, kini penulis terlekat dengan Camp Rock pula. Apa-apa pun, dengar dulu, lirik pun dah sedia ni.Lepas tu komen la...............................



video



I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say
But I have this dream
Right inside of me
I'm gonna let it show, it's time
To let you know
To let you know

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

Do you know what it's like
To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way

This is real, This is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
I need to find you, I gotta find you
You're the missing piece I need
The song inside of me
I need to find you, I gotta find you

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me
You're the missing piece I need
The song inside of me (this is me)
You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me
www.tips-fb.com

Wednesday, 17 December 2008

Arghhhh. What?? Today was 17th of December??? It seems I only have about two weeks for enjoying my holiday. I woke very earlier today, about 5 a.m. A very happy breakfast that I had today when I ate nasi lemak that I bought from the mak cik that I always bought at her when I in SKJ.
I'm finished read the book,Ubat Hati and got to finish Perlumbaan Kedua. Luckily I met with my old classmate Siti and Najeeha. Long time no see. They getting prettier. Many thing that we talked although it just only a short talk. I'm also had made my photoblog but it still in progress..................
www.tips-fb.com

Wednesday, 10 December 2008

Perbezaan antara Timur dan Barat







Sekali baca tajuk di atas, penulis teringatkan tema utama novel Aku Anak Timur yang membangkitkan persoalan antara perbezaan budaya. Namun jangan disangkakan suasana tersebut hanya terjadi membangkitkan negara luar, di dalam Malaysia ada terjadi.Bezanya, bagaikan langit dan bumi. Semuanya penulis pengalaman ini penulis perolehi daripada lawatan penulis ke Kelantan baru-baru ini.

Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama. Kota Bharu, bandaraya Islam,sebuah bandar yang yang cukup unik. Perbezaan budaya yang amat jelas kelihatan daripada pelbagai aspek. Penulis hampir mengalami kejutan budaya apabila penulis melawat ke Kelantan walaupun telah banyak negeri yang dilawati penulis seperti Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Agak-agaknya dalam pandangan penulis mungkin disebabkan budaya yang berbeza inilah yang menyebabkan orang-orang Pantai Timur (terutamanya oarang Kelantan) amat sukar untuk mengubah loghat mereka apabila merantau ke negeri orang.


Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.


Kemelut tentang papan tanda yang menggunakan pelbagai bahasa di Pulau Pinang dan Perak baru –baru ini dilupakan seketika oleh penulis ketika melawat Kelantan. Bagi pertama sesiapa yang pertama kali ke sana, rasanya seperti berada di negeri timur tengah!!!! Masakan tidak, penulis sekeluarga terkejut apabila melihat hampir kesemua papan tanda termasuklah iklan dan kedai –kedai ditulis dalam tulisan jawi. Nampaknya isu tulisan jawi yang dibangkitkan baru –baru ini yang dikatakan hampir dipinggirkan nampaknya terhakis. Hampir keseluruhan iklan dan papan tanda yang terdapat di Kota Bharu ditulis dalam tulisan jawi. Malah apa yang lebih menggelikan hati penulis apabila terdapat sesetengah tulisan dalam Bahasa Inggeris ‘diterjemah’ sebiji-biji dalam tulisan jawi.



















Masakan tidak, penulis sekeluarga terkejut apabila melihat hampir kesemua papan tanda termasuklah iklan dan kedai –kedai ditulis dalam tulisan jawi.


Mungkin inilah imej bandaraya Islam yang ingin dibawakan oleh Kota Bharu. Satu pendekatan yang harus dipuji. Namun, ketika penulis asyik bersiar-bersiar di Kota Bahru melihat budaya yang unik ini terlintas difikiran penulis, pendekatan yang diambil ini tidaklah terlalu islamik. Bagi penulis, pendekatan yang diambil ini masih boleh dikategorikan untuk memelihara warisan bangsa dan seterusnya memartabatkan tulisan jawi dan Bahasa Melayu. Tetapi,boleh dikatakan langkah yang diambil ini boleh digunakan sebagai salah satu inesiatif untuk memperkenalkan huruf-huruf jawi dan Al –Quran kepada kepada bukan melayu ataupun bukan Islam.

Penulis masih lagi tertanya-tanya apakah lagi konsep bandaraya Islam yang ingin diketengahkan oleh Kota Bharu. Akhirnya penulis tersedar satu perkara lagi. Budayanya yang hampir islamik. Mungkin sebab itulah Kota Bharu diberi gelaran sebagai serambi mekah.

Penulis mendapati hampir keseluruhan masyarakat Kota Bharu terutamanya yang perempuan berpakaian sopan, bertudung, dan menutup aurat denagan agak baik. Malah ketika itulah penulis teringat akan artikal yang pernah dibaca penulis dimana kerajaan Kelantan mewajibkan wanita di negeri itu mengenakan tudung dan berpakian sopan ketika waktu bekerja. Malah apa yang lebih menarik, tutur kata masyarakat Kelantan yang cukup lemah-lembut boleh menyebabkan sesiapun boleh cair apabila mendengarkannya walupun pada hakikatnya penulis tidaklah begitu memahaminya. Sememangnya cara masyarakat Kelantan melayan tetamu begitu baik. Sememangnya Islam pun amat memuliakan tetamunya.




Tetapi,boleh dikatakan langkah yang diambil ini boleh digunakan sebagai salah satu inesiatif untuk memperkenalkan huruf-huruf jawi dan Al –Quran kepada kepada bukan melayu ataupun bukan Islam.


Sememangnya pengembaraan penulis ke Kelantan meninggalkan pelbagai seribu satu kenangan walaupun hanya di dalam Malaysia……………….

p/s:Ingin ke Terengganu pulak.Bila agaknya?????????????????????


































































www.tips-fb.com

Friday, 5 December 2008

Friday. Happy holiday for who those still working.Ha...ha I think today was the best day still this holiday. This morning I was followed abah to the graveyard. Just do some gotong-royong. After had jumaat's prayer just do some homework by cutting newspaper for my debate. In evening Imet Safuan!!!! Many thing that we discussed. Thanked for the water!!!!! At night I went to the funfair with my neighbor. Very fun!!! very enjoyed.Raya is cominggggggggggggggggg...........................
www.tips-fb.com

Tuesday, 2 December 2008

Today was 3rd dicember 2008. A little bit dispointed because i don't follw the daily table that i had made. i woke up very late today. About 10 p.m.Next Iwent to Jitra to have some windows shopping. Ibought Ayat -Ayat Cinta and Camp Rock Dvd. Nothing intersting this day to tell.........................
www.tips-fb.com

BACALAH SURAT KHABAR



Puas!!! Itulah yang dirasai penulis setelah menatap surat khabar versi digital. Sahaja penulis mencuba perkhidmatan e-browse seperti yang diwar-warkan di televisyen. Penulis melanggan surat khabar News Starits Times memadangkan di rumah sudah terdapat surat khabar Utusan Malaysia yang sudah selalu dibeli.

Harganya begitu murah sekali. Penulis mencuba pakej selama sebulan yang harganya cuma RM 20.00. Memandangkan pengusaan Bahasa Inggeris penulis masih lemah, maka penulis rasakan ini merupakan satu langkah yang bijak. Malah ayah penulis juga bersetuju apabila penulis menyatakan hasrat penulis untuk melanggan surat khabar ini.

Apabila meyebut tentang surat khabar, penulis teringat tentang beberapa iklan berkaitan surat khabar. Agak popular dalam kalangan rakan penulis. Tagline ‘You walk straight and don’t belok-belok.’ oleh surat khabar News Straits Time sememangnya tidak dapat dilupakan oleh penulis. Apa yang lebih dahsyat, dikatakan iklan itu telah mencetuskan marah sesetengah pihak kerana dikatakan menggunakan bangsa penjajah yang menyindir orang Melayu. Malah, iklan itu kononya dapat memberikan jaminan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dengan membaca surat khabar itu. Hmmm ….macam-macam hal. Apa-apapun iklan itu tetap menarik.

Kemunculan terbaru surat khabar Berita Harian yang berbentuk kompak, turut menyebabkan surat khabar tersebut membuat iklan mereka tersendiri bertujuan untuk mempromosikan surat khabar mereka. ‘Zaman dah berubah dunia dah maju’. Kalau didengari sekali lalu, rasa-rasanya tidak ada apa-apa yang menarik, tetapi tagline itulah itulah yang telah digunakan untuk menegur penulis atas kebiadapan penulis. Terima kasih daun keladi.

Ketika cuti dua minggu yang lalu, penulis terbaca satu artikel yang cukup menarik berkaitan surat khabar. Tajuk berkisarkan tentang jualan surat khabar Bahasa Melayu yang semakin kurang jualannya. Dikatakan kurang mendapat sambutan dalam masyarakat. Namun sememangnya tidak dapat dinafikan fenomena ini terjadi. Namun apa yang mengharaikan, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya para belia dan pasca siswazah masih lagi pada tahap lemah. Penulis rasakan mungkin bukan disebabkan minat masyarakat itu sendiri yang menyebabkan jualan surat khabar Bahasa Melayu itu merosot tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu. Contohnya, pengalaman penulis menginap di hotel ketika melancong. Kebanyakan pihak hotel akan menyediakan surat khabar Bahasa Inggeris tanpa lansung disoalkan kepada penginap samada mahu surat khabar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Cuma pengalaman penulis menginap di sebuah hotel di Kelantan dimana mereka menyediakan surat khabar Bahasa Melayu. Cuba bayangkan sekiranya fenomena ini terjadi di seluruh Malaysia, sudah pasti jualan surat khabar Bahasa Inggeris akan meningkat.

Apabila menyebut tentang surat khabar ataupun surat khabar, teringat penulis tentang pengalaman di sekolah. Boleh dikatakan surat khabar merupakan alat unyuk penulis berhubung denagan dunia luar. Memandangkan penulis tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan radio, maka surat khabar boleh dikatakan amat penting kepada penulis. Semuanya berita berkaitan sukan,politik,luar negara sehinggalah ke hiburan hanya penulis dapat ketahui hanya melalui surat khabar. Perkara ini telah menyebabkan para pelajar pastinya akan berebut-rebut membaca surat khabar memandangkan kuantiti surat khabr yang tidak sepadan dengan bilangan pelajar yang seramai 300 orang! Cukup malang nasib penulis. Kadang-kala terdapat sesetengah pelajar akan mengambil jalan mudah dengan mengambil surat khabar tersebut ke bilik masing-masing supaya tidak berebut dengan pelajar yang lain. Penulis rasakan perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang amat keji apabila mengambil hak yang bukan merupakan hak sendiri

Malah penulis juga berasa begitu gembira melihat wajah-wajah pelarjar baru-baru ini dalam surat khabar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Tahniah diucapkan. Teringat pulak penulis ketika darjah enam dulu tapi apa yang berlainan, wajah penulis tidak berpeluang memasuki surat khabar. Mungkin tahun ini. Siapa tahu.

Oleh itu, sebagai akhir kata bacalah surat khabar. Manfaatkanlah surat khabar yang ada di rumah itu.Surat khabar wahana ilmu.

p/s:Baru habis membaca novel Ayat –Ayat Cinta. Kagum dengan pengorabanan seorang suami terhadap isterinya.

www.tips-fb.com

Tuesday, 25 November 2008

Selamat Tinggal Persekolahan 2008

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya.......................

Masih terngiang-ngiang lagi lagu ini di telinga penulis. Penulis terdengar lagu ini ketika sedang masuk ke dewan makan sekolah untuk minum petang.Kalau tidak silap penulis,masanya merupakan minggu akhir persekolahan. Ketika itu filem Ali Setan sedang ditayangkan. Sememangnya jika diteliti betul-betul lirik lagu ini memang ada benarnya. Itulah keadaan yang penulis sedang lalui sekarang.
Tahun 2008 sememangnya tahun meninggalkan banyak makna kepada penulis. Ada suka dan ada dukanya. Rakan,sahabat,guru semuanya boleh dikatakan memainkan peranan yang penting dalam hidup penulis.Malah tidak diakui pengalaman-pengalaman yang berharga inilah yang telah berjaya untuk mengajar penulis mengenal erti kehidupan dan belajar bagaimana menjadi insan yang dewasa pemikiran dan sikapnya.
Mengulangkaji pelajaran ketika minggu raya ,mengurskan pelbagai jenis orang, menganjur dan menguruskan program,konflik,keluarga dan sahabat,masalah peribadi,pergaduhan,masalah disiplin dan pelbagai lagi telah ditempuhi penulis
Memang ada suka dan ada yang duka. Ada manis ada yang masamnya.Semuanya itu telah penulis tempuhi.Sessunguhnya terdapat pelabagi hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian yang berlaku.Al-Quran telah menyatakan:'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah 126)
Oleh itu,cerialah selalu dalam menghadapi hidup ini.Kepada para rakan dan guru,terima kasih penulis ucapkan Sememangnya anda semua telah berjaya menyinari kehidupan penulis.Banyak perkara yang penulis telah belajar daripada anda.
Ketika hari terakhir persekolahn,soalan yang lazim ditanya:
"Man,cuti ini ang nak buat pa??"
"Tak dak apa,aku nak dok rumah je..."
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 126)

Mungkin jawapan yang biasa,tetapi penulis rasakan sudah tiba masanya untuk penulis eratkan hubungan bersama keluarga. Setahun penulis bersama sekolah,agaknya penulis perlu menggunakan cuti ini untuk bersma keluarga.Para sahabat di luar sana mannfatkanlah cuti ini dengan sebaiknya.

Demi masa. Sesunnguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,dan berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu kepada kesabaran.

By(the token of)Time(through the ages). Serely man is in loss,Except such as have Faith,and do righteous deeds,and(join together)in the mutual enjoining of Trhth and of patience and constancy.

Al-Asr' 1-3.













www.tips-fb.com

Blog!!!!!!!

Wah!!!Akhirnya penulis sudah pun mempunyai blog sendiri.Terdetik dihati apabila pertama kali terdengar tentang blog.Hmm....agaknya apa itu blog????Memang,acapkali penulis terdengar mengenai blog.Masih teringat lagi ketika PRU baru-baru ini.Semua orang asyik memperkatakan tentang blog.Blog inilah,blog itulah.......
Akhirnya penulis sudah pun mengetahui tentang apa itu blog.Segala persoalan akhirnya terjawab apabila terbaca Dewan Siswa edisi Jun 2008. Tajuk hadapannya cukup menarik.Ledakan Blog Di Manakah Remaja??Sekali baca, penulis rasa bagaikan diri ini seperti sudah ketinggalan.Pada pandangan penulis,mungkin sudah ramai remaja di luar sana yang sudah mempunyai blog.Namun,tanggapan itu salah. Sebenarnya remaja Malaysia lebih gemar melayari laman-laman web sosial seperti Friendster,MySpace dan Facebook.

Seusai penulis membaca dua artikel berkaitan blog,terdetik di hati untuk mempunyai blog sendiri.Ledakan BLOGSFERA.Setakat ini sudah ada beratus ribu blog yang sudah terdapat di internet.Namun blog masih belum mendapat sambutan yang menggalakan daripada remaja Malaysia.


Akhirnya penulis sudah pun mempunyai blog tersendiri.Mungkin pada kesempatan ini penulis boleh menulis perkara yang selama ini yang tidak dapat diluahkan.Pandangan dan pendapat amat dialu-alukan.


Kepada yang di luar sana yang masih tertanya-tanya apa itu blog??Di sini penulis sertakan sedikit informasi yang mungkin berguna.


Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.

Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan.










www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...