Pages

Tuesday, 25 November 2008

Selamat Tinggal Persekolahan 2008

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
Oh berdebar-debar hati nya.......................

Masih terngiang-ngiang lagi lagu ini di telinga penulis. Penulis terdengar lagu ini ketika sedang masuk ke dewan makan sekolah untuk minum petang.Kalau tidak silap penulis,masanya merupakan minggu akhir persekolahan. Ketika itu filem Ali Setan sedang ditayangkan. Sememangnya jika diteliti betul-betul lirik lagu ini memang ada benarnya. Itulah keadaan yang penulis sedang lalui sekarang.
Tahun 2008 sememangnya tahun meninggalkan banyak makna kepada penulis. Ada suka dan ada dukanya. Rakan,sahabat,guru semuanya boleh dikatakan memainkan peranan yang penting dalam hidup penulis.Malah tidak diakui pengalaman-pengalaman yang berharga inilah yang telah berjaya untuk mengajar penulis mengenal erti kehidupan dan belajar bagaimana menjadi insan yang dewasa pemikiran dan sikapnya.
Mengulangkaji pelajaran ketika minggu raya ,mengurskan pelbagai jenis orang, menganjur dan menguruskan program,konflik,keluarga dan sahabat,masalah peribadi,pergaduhan,masalah disiplin dan pelbagai lagi telah ditempuhi penulis
Memang ada suka dan ada yang duka. Ada manis ada yang masamnya.Semuanya itu telah penulis tempuhi.Sessunguhnya terdapat pelabagi hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian yang berlaku.Al-Quran telah menyatakan:'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah 126)
Oleh itu,cerialah selalu dalam menghadapi hidup ini.Kepada para rakan dan guru,terima kasih penulis ucapkan Sememangnya anda semua telah berjaya menyinari kehidupan penulis.Banyak perkara yang penulis telah belajar daripada anda.
Ketika hari terakhir persekolahn,soalan yang lazim ditanya:
"Man,cuti ini ang nak buat pa??"
"Tak dak apa,aku nak dok rumah je..."
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 126)

Mungkin jawapan yang biasa,tetapi penulis rasakan sudah tiba masanya untuk penulis eratkan hubungan bersama keluarga. Setahun penulis bersama sekolah,agaknya penulis perlu menggunakan cuti ini untuk bersma keluarga.Para sahabat di luar sana mannfatkanlah cuti ini dengan sebaiknya.

Demi masa. Sesunnguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,dan berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu kepada kesabaran.

By(the token of)Time(through the ages). Serely man is in loss,Except such as have Faith,and do righteous deeds,and(join together)in the mutual enjoining of Trhth and of patience and constancy.

Al-Asr' 1-3.













www.tips-fb.com

Blog!!!!!!!

Wah!!!Akhirnya penulis sudah pun mempunyai blog sendiri.Terdetik dihati apabila pertama kali terdengar tentang blog.Hmm....agaknya apa itu blog????Memang,acapkali penulis terdengar mengenai blog.Masih teringat lagi ketika PRU baru-baru ini.Semua orang asyik memperkatakan tentang blog.Blog inilah,blog itulah.......
Akhirnya penulis sudah pun mengetahui tentang apa itu blog.Segala persoalan akhirnya terjawab apabila terbaca Dewan Siswa edisi Jun 2008. Tajuk hadapannya cukup menarik.Ledakan Blog Di Manakah Remaja??Sekali baca, penulis rasa bagaikan diri ini seperti sudah ketinggalan.Pada pandangan penulis,mungkin sudah ramai remaja di luar sana yang sudah mempunyai blog.Namun,tanggapan itu salah. Sebenarnya remaja Malaysia lebih gemar melayari laman-laman web sosial seperti Friendster,MySpace dan Facebook.

Seusai penulis membaca dua artikel berkaitan blog,terdetik di hati untuk mempunyai blog sendiri.Ledakan BLOGSFERA.Setakat ini sudah ada beratus ribu blog yang sudah terdapat di internet.Namun blog masih belum mendapat sambutan yang menggalakan daripada remaja Malaysia.


Akhirnya penulis sudah pun mempunyai blog tersendiri.Mungkin pada kesempatan ini penulis boleh menulis perkara yang selama ini yang tidak dapat diluahkan.Pandangan dan pendapat amat dialu-alukan.


Kepada yang di luar sana yang masih tertanya-tanya apa itu blog??Di sini penulis sertakan sedikit informasi yang mungkin berguna.


Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.

Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan.










www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...