Pages

Rajin-rajinlah 'mengikut'!!!

Wednesday, 10 December 2008

Perbezaan antara Timur dan Barat







Sekali baca tajuk di atas, penulis teringatkan tema utama novel Aku Anak Timur yang membangkitkan persoalan antara perbezaan budaya. Namun jangan disangkakan suasana tersebut hanya terjadi membangkitkan negara luar, di dalam Malaysia ada terjadi.Bezanya, bagaikan langit dan bumi. Semuanya penulis pengalaman ini penulis perolehi daripada lawatan penulis ke Kelantan baru-baru ini.

Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama. Kota Bharu, bandaraya Islam,sebuah bandar yang yang cukup unik. Perbezaan budaya yang amat jelas kelihatan daripada pelbagai aspek. Penulis hampir mengalami kejutan budaya apabila penulis melawat ke Kelantan walaupun telah banyak negeri yang dilawati penulis seperti Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Agak-agaknya dalam pandangan penulis mungkin disebabkan budaya yang berbeza inilah yang menyebabkan orang-orang Pantai Timur (terutamanya oarang Kelantan) amat sukar untuk mengubah loghat mereka apabila merantau ke negeri orang.


Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.


Kemelut tentang papan tanda yang menggunakan pelbagai bahasa di Pulau Pinang dan Perak baru –baru ini dilupakan seketika oleh penulis ketika melawat Kelantan. Bagi pertama sesiapa yang pertama kali ke sana, rasanya seperti berada di negeri timur tengah!!!! Masakan tidak, penulis sekeluarga terkejut apabila melihat hampir kesemua papan tanda termasuklah iklan dan kedai –kedai ditulis dalam tulisan jawi. Nampaknya isu tulisan jawi yang dibangkitkan baru –baru ini yang dikatakan hampir dipinggirkan nampaknya terhakis. Hampir keseluruhan iklan dan papan tanda yang terdapat di Kota Bharu ditulis dalam tulisan jawi. Malah apa yang lebih menggelikan hati penulis apabila terdapat sesetengah tulisan dalam Bahasa Inggeris ‘diterjemah’ sebiji-biji dalam tulisan jawi.



















Masakan tidak, penulis sekeluarga terkejut apabila melihat hampir kesemua papan tanda termasuklah iklan dan kedai –kedai ditulis dalam tulisan jawi.


Mungkin inilah imej bandaraya Islam yang ingin dibawakan oleh Kota Bharu. Satu pendekatan yang harus dipuji. Namun, ketika penulis asyik bersiar-bersiar di Kota Bahru melihat budaya yang unik ini terlintas difikiran penulis, pendekatan yang diambil ini tidaklah terlalu islamik. Bagi penulis, pendekatan yang diambil ini masih boleh dikategorikan untuk memelihara warisan bangsa dan seterusnya memartabatkan tulisan jawi dan Bahasa Melayu. Tetapi,boleh dikatakan langkah yang diambil ini boleh digunakan sebagai salah satu inesiatif untuk memperkenalkan huruf-huruf jawi dan Al –Quran kepada kepada bukan melayu ataupun bukan Islam.

Penulis masih lagi tertanya-tanya apakah lagi konsep bandaraya Islam yang ingin diketengahkan oleh Kota Bharu. Akhirnya penulis tersedar satu perkara lagi. Budayanya yang hampir islamik. Mungkin sebab itulah Kota Bharu diberi gelaran sebagai serambi mekah.

Penulis mendapati hampir keseluruhan masyarakat Kota Bharu terutamanya yang perempuan berpakaian sopan, bertudung, dan menutup aurat denagan agak baik. Malah ketika itulah penulis teringat akan artikal yang pernah dibaca penulis dimana kerajaan Kelantan mewajibkan wanita di negeri itu mengenakan tudung dan berpakian sopan ketika waktu bekerja. Malah apa yang lebih menarik, tutur kata masyarakat Kelantan yang cukup lemah-lembut boleh menyebabkan sesiapun boleh cair apabila mendengarkannya walupun pada hakikatnya penulis tidaklah begitu memahaminya. Sememangnya cara masyarakat Kelantan melayan tetamu begitu baik. Sememangnya Islam pun amat memuliakan tetamunya.




Tetapi,boleh dikatakan langkah yang diambil ini boleh digunakan sebagai salah satu inesiatif untuk memperkenalkan huruf-huruf jawi dan Al –Quran kepada kepada bukan melayu ataupun bukan Islam.


Sememangnya pengembaraan penulis ke Kelantan meninggalkan pelbagai seribu satu kenangan walaupun hanya di dalam Malaysia……………….

p/s:Ingin ke Terengganu pulak.Bila agaknya?????????????????????


































































www.tips-fb.com

1 comment:

zawani said...

bila cikgu ipin kenduri laaa. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...