Pages

Saturday, 26 December 2009

Nama sekolah.....


Hari ni penulis sempat sikit untuk mengembara lebih jauh.....
jauh sikit..... ke kedai jahit, ambil baju sekolah.....
tapi ada suatu benda yang penulis nak kongsikan, saja nak hilangkan hati yang sedang berdukacita nih....

Penulis pun pergilah menemui apek, tuan punya kedai jahit, nak ambil baju sekolah
Selepas dah bayar dah semua, tiba-tiba apek pun tanya...

'Lu adik, sekolah mana ek'???(lorat cina pelat)

Sebelum penulis menjawab soalan tersebut, penulis nak kongsikan, sebenarnya dah dekat lima tahun penulis duduk di SBPI Kubang Pasu, ramai yang tidak tahu akan sekolah penulis samada nama ataupun dekat mana sekolah penulis. Lain pulak kalau sebut Jenan(nama sebenar:SM Sultan Abdul Halim) semua orang boleh tahu sampai kawan penulis kat KL pun boleh tahu, masakan Jenan tu dulu merupakan nama tempat bagi kawasan ladang getah suatu masa dulu. Malah lagi teruk, selalu ramai orang yang salah menyebut nama sekolah penulis dengan tak betul:Sek. Men Integrasi la..,Sekolah Agama Kubang Pasu la,SPBI Kbg Pasu pun ada gak....Dah dekat 4 tahun dok dekat sekolah macam-macam nama yang orang panggil. Nak tegelak jugak kadang-kadang.Selain itu,hakikatnya ramai yang tak tahu tentang kedudukan sekolah penulis, yelah terletak dekat 'hujung dunia'(dekat sempadan), mana la orang nak kerap nak lalu kan, jadi orang tak berapa tahulah kan walaupun penduduk-penduduk dekat sekitar Jitra dan Changlun. Tapi kalau kalau sebut SMS Kubang Pasu, orang Alor Janggus dan Ayaq Hitam pun boleh tau.

'Tu sekolah baru dekat tengah bendang tuh.....'

Jadi berbalik kepada persoalan apek tadi, sebenarnya dah ramai orang yang tanya soalan yang sama dekat penulis, tapi malangnya ramai yang memberikan respon negatif.

'SBPI Kubang Pasu, hah... sekolah apa tuh.....'

Sebenarnya penulis tahu ramai yang tak tahu yang tentang kewujudan sekolah 'SBPI' nih walaupun dah ada dekat 11 buah sekoalh SBPI kat Malaysia nih...

Lagi teruk ada yang akan kata,
'Kubang Pasu, hah dekat mana tuh??? Kelantan ek???'
Hai... penat..penat .... tak belajar Geografi ke....

Jadi apabila penulis ditanya soalan seperti yang ditanya apek tadi, kebiasaanya penulis penuis akan memberikan jawapan yang kelihatan 'komersial' sikit agar tidak menimbulkan kesukaran berkomunikasi:

'Saya sekolah asrama dekat Bukit Kayu Hitam tuh....' dengan penuh bangga.... 'Oooo... itu sekolah in-ter-national tu ah,oooohhhh.. manyak bagus......'respon apek tuh
Penulis pun mengiyakan kata apek tersebut dalam masa yang sama mohon untuk mengundur diri. Sebaik saja penulis sampai dekat motor dekat luar kedai tuh.....
apa lagi....gelak nak guling-guling ......

'Takpalah tak sekolah integrasi pun, international pun jadilah, dah dekat dengan sempadan kan.....'

Ha....ha.......ha.....ha......ha......

p/s: pengetua tak berminat nak buat 'short form' untuk nama sekolah ka...??? Tak dah belik-belik lidah dah nanti......
www.tips-fb.com

Thursday, 24 December 2009

Wednesday, December 23,2009

No tution class today it did not mean I'm will had a rest today. Still had an activity that need to been done,what it that,SHOPPING!!!!!.It is shopping is fun?? For me I do like shopping but I'm like to buying.(Ape tuh???)It mean that if like that thing, no more a lot of think, I will buy it, but sometimes I will just take note about the price.But since that had financial problems I will prefer to have window shopping. So I will get??:TIRED + HAPPY :-)+ SAVED MONEY.Hmmm. So today the supermarket that have been choose today is GIANT, ALOR STAR.It's very fantastic because there are a lot of things especially the food!!!!However because the small budget, I can bought just a some of food. In the same time, I'm remember when I'm looked at all of the foods,I will always suffering and hungry when at the hostel soon... Hu....Hu....But that made me very fit and slim................................
that the advantage..........
www.tips-fb.com

Wednesday, 23 December 2009

Wednesday, December 23,2009

Sorry!!! There is about a week,I'm not updated my blog, very busy for just a little work and much more, the preparation for the school season that just around the corner. Feel very uncomfortable. Hmm..... But today I'm have an interesting topic to be discuss:Between study smart and study hard, which is must better???When I asked myself about this thing, I'm answered: I don't know, I'm never realize what is the method of the study that I'm use this before. Maybe sometimes hard,at the other time is very hard or I'm not doing anything. Much more at the school and hostel, I study according to the timetable that have been provided but it will be more effective just before days of the exam, that call last minute study....However I'm still trying to understand this sentence:

SUCCESS COME FROM 99% OF HARDWORK AND 1% OF INSPIRATION:ALBERT ENSTAIN!!!


www.tips-fb.com

Thursday, 17 December 2009

Thursday, December 18,2009 =Thursday, Muharam 1,1431H

Thursday come again, and tomorrow is Friday and the next is Saturday and the day will come and pass just like the wind. It mean that the school is just around the corner. I'm very concern about it.Actually I'm should intend some of preparation for the next year, but I'm never feel satisfied with what I'm done. Lots of obstacles and disturbance. By the way, today is a day for me to rest, no tution class for tooday, it mean a day for rest..Ha....ha .... no playing and wasting time, just about the whole morning, I'm with my computer, finishing my English LMC+Scrapbook. Otherwise, another interesting event today is, watching the final football match between Malaysia and Vietnam. Well Done Malaysia!!! 1-0 beat it!!!! Ha..ha.. and Oh..not forget, Salam Maal Hijrah to all muslims. Hoped this new year will become a platform for the 'Hijrah'.........



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
www.tips-fb.com

Wednesday, 16 December 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest





Siapa yang minat dengan fotografi, nih ada satu pertandingan yang menarik:GAMBAR HITAM DAN PUTIH

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK KETERANGAN LANJUT





p/s:gambar sama je kat atas tuh!!!!
www.tips-fb.com

Tuesday, 15 December 2009

Jangan malu bertanya!!!!!


Post ini ditulis hanya berdasarkan pengalaman di alam sekolah rendah+menengah
Tidak tahu pula bagaimana sekiranya di peringkat yang lebih tinggi...........................


Cuba imbau balik,
Pernah tak anda mengalami suasana ini di kelas,




'Baik, sebelum cikgu mulakan kelas, kalau ada apa-apa yang tak faham tolong tanya ye...'

Kita pun tersenyumlah tersipu-sipu malu mengatakan ya. Kalau yang berat mulut lagi hanya mengaanguk kepala.




Kemudian,apabila hampir separuh kelas dah berjalan akan muncul lagi satu persoalan

'Faham tak???' ataupun' Nak tanya apa-apa tak, kot2 ada yang tak faham??'




Kemudian semuanya diam, dan akan ada yang menenudukkan kepala takut menjadi mangsa sasaran bertanya. Seperti lumrahnya, diam tanda setuju, maka diam tu pun samalah tandannya dengan faham, gembira hati si guru kerana anak-anak muridnya memahami apa yang diajarinnya tetapi sebenarnya di fikiran murid tersebut hanya tuhan saja yang tahu.




Berikut merupakan satu situasi yang mungkin penulis rasakan semua orang pernah mengalaminya. bukan apa, penuliis rasakan walaupun perkara ini merupakan seseuatu yang biasa tetapi iannya merupakan satu bentuk komunikasi yang penting ketika di dalam kelas.




Pernah suatu masa dahulu, keadaan kelas penulis pernah menjadi kecoh kerana ada seorang guru yang merajuk dan marah dengan kami sekelas. Yelah ketika ditanya faham atau tidak, semuanya pakat diam menundukkan kepala, yang yang mengajar dekat depan tu,sebenarnya terasa seperti mengajar dengan tunggul kayu:tiada respon......




Tapi kadang -kala ada juga yang berani untuk bertanyakan soalan, mungkin untuk tidak mahu merosakkan suasana ataupun untuk menjaga hati guru, tetapi apabila bertanya jadinya, soalan yang ditanya itu kelihatan 'aneh' bunyinya menyebabkan kita rakan -rakan ni akan berkata dan ada juga yang menahan ketawa:




'La ,soalan tu pun nak tanya'




Tapi kalau bernasib baik:




'Haaaa, soalan tu la aku nak tanya sebenarnya, nasib baik dia tanya'





Ada juga yang mintak tolong kawan sebelah. Selalunya kawan -kawan yang diminta tolong tu, pandai la sikit, aktif dalam kelas ataupun yang selalu mendapat perhatian guru.




Berikut antara merupakan kerenah yang pernah penulis hadapi. Tapi secara keseluruhannya penulis dapat simpulkan bahawa budaya bertanya ini masih lagi belum lagi sebati dalam kalangan pelajar+diri penulis. Apabila guru bertanya, sama ada faham atau tidak:kebanyakannya tak dapat memahaminya lagi, tapi kenapa tak bertanya. Selalunya kita akan berasa:




1. Soalan yang hendak ditanyakan itu kelihatan 'bodoh'

2. Reaksi kawan2
3.Reaksi guru2(walaupun guru pun asyik bertanya faham tak?faham tak? Tapi tak sampai hati nak tanya soalan kat guru sebab rasa soalan tu tak patut ditanya)



Tapi ada suatu yang lebih pelik lagi pernah penulis hadapi, penulis pernah menghadapi dua kelas yang berasingan yang berturut-berturut, jika dibandingkan kelas yang pertama itu, ramai pelajar yang suka bertanya walaupun kadang-kala soalan itu kelihatan 'aneh' malah tak perlu disuruh bertannya oleh guru, pelajar akan terus bertanya. Rupa-rupanya apabila diteliti, guru tersebut begitu mesra dengan pelajar sehingga berjaya menimbulkan komunikasi dua hala. Berbeza pula dengan kelas yang kedua, walaupun guru tersebut asyik bertanya:'faham tak?' 'faham tak?', semuanya akan terdiam walaupun ramai sebenarnya yang tak faham.............





Konklusinya senang, kepada guru-guru, ataupun bakal-bakal guru ataupun jika anda menjadi 'pengajar' secara tiba-tiba di depan suatu hari nanti, jika anda bertanya kepada anak murid anda faham atau tidak, kemudiannya responnya diammmmmmmmmmmmm sahaja, tertunduk semuanya, sah-sah ada yang tak kena tu, janganlah cepat mudah berpuas hati kerana ada yang tak kena tu walaupun kita rasakan kita adalah yang terbaik yang sedang mengajar ketika itu.





Sebenarnya ada cara yang tulus nak tahu, sama ada anak murid kita faham atau tidak??? Buat je ujian terus, baru tahu.. Seperti seorang lagi guru penulis yang jarang bertanya kepada anak muridnya faham atau tidak tapi terus bagi ujian. Kalau tak lepas kena lah, tu la siapa suruh malu bertanya.Hahhh....mampus.................





p/s:Kita akan kelihatan'bodoh' selama lima minit apabila bertanya tetapi kita akan bodoh selama-lamanya apabila langsung tiadak bertanya............


classroom Pictures, Images and Photos
www.tips-fb.com

Sunday, 13 December 2009

Sunday, December 13,2009

At last almost 2 weeks, I'm struggle for my tution classes, at last I'm finished for Ad Math and Physics class. Mission accomplish !!!! Feel better now.However I'm realize that although the class was ended but for me, it's does not. Today I'm lonely at house while my other family members went to A.S=Alor Star....No story interesting story that I can write but the thing thing that I'm sure:NO MORE MORNING CLASSES!!!!!!!!

Feel very sleepy when studying in the morning..............
www.tips-fb.com

Saturday, 12 December 2009

Saturday,12 December, 2009




Today I'm had an invitation,not the wedding one although today I should go to my Auntie house for 'majlis pertunagan'.Ohh.. it's ok for that, I think because that maybe I can go it for the wedding ceremony soon. But after that I'm had the invitation that sound like this:

'Rosman!!! Jom pi Langkawi!!!'

Harrghh!!!! what?? Langkawi. Hahh I never imagine that I will have an oppurtonity for a vacation for this school holiday although I'm sure that I will wasting my time at home for this holiday...(wasting ek???... no, it is resting without doing nothing, that I mean wasting...).However sorry... my answer is

'Tak boleh lah Mak Cik Pujah, ada kelas tuisyen esok pagi+petang'


Hu.....hu
Sad but at the same time I imagine that one day I'm not only can go to Langkawi but can go more than that.......................(U.S)
www.tips-fb.com

Friday, 11 December 2009

Friday,11 December, 2009

I'm not intended to have any rest or surfing in the internet, but as usual what had been plan will never be succeed. Every night or at the tuition, I'm always in myself:


'OK Rosman, I want to finish that, Iwant to do this, read this, study that'


However, at last nothing had been done. Just with a full of imagination. In the same time,maybe alot of my friends outside there has doing their changes of their failure, top change become a new person for this coming school. And this thing will repeat again again along my holidays but sometimes there is a luck, Iwill follow my plan....................












It's look that I need to be more 'istiqamah' in all my work............................................
www.tips-fb.com

Kepada BAKAL calon SPM 2010!!!!

Berikut merupakan laman-laman yang meyediakan kertas-kertas soalan sebenar SPM.Pilih je yang mana nak lepas tu buat la elok2



demi menuntut ilimu...............................................................




http://www.banksoalanspm.com/Download.html

http://koleksisoalan.blogspot.com/


p/s:Untuk blog MOZAC punya digalakkan 'download' pada awal pagi. Tak 'busy' sangat waktu tuh!!!!
www.tips-fb.com

Tuesday, 8 December 2009

Tuesday,8 December, 2009







If you say that RM 10 is very valuable, for me it still valid valuable but less in value.I can consider it just a piece of RM 1. After attended my tution class, I went to the stationary shop to buy some things. Just few things which such as a purple pen, test pad and a book wrapper. However in RM 10 it has been reduced into RM 4 after I bought it. After that, I went to the book store that just a stone's away to buy a rivision book. It price is about RM 6, is no thick but is just only a medium, and ordinary rivision book that I think it is expensive and the publisher should know are the connsumer of their book. Felt hungry, I'm rushed to the Ferry, a famous bakery shop in town. I only bought a Mexico Bun that cost for RM 1.80, it is better than I bought it at Nash Donut and Bakery and a GULP!!! of 7 Eleven that cost RM 1.50 just a some after the bakery.The conclusion I expended about RM 20 in less than 30 minutes for the things that I think is not equivalent for the expenditure.
www.tips-fb.com

Perjuangan bermula!!!!




What is mean by empirical formula??
Define the molecular formula??

How to find the empirical formula of magnesium oxide???

Masya -Allah ,terasa banyak perkara yang masih lagi perlu penulis pelajari,ingati dan amalkan. Ketika menghadiri kelas tuisyen kimia petang tadi, penulis sedar, hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu penulis pelajari. Serentak dengan itu jugak, pada hari ini juga hampir kebanyakan calon SPM 2009 sudah pun menduduki kertas terakhir mereka iaitu kimia. Sudah pasti ramai yang akan melompat-lompat, lega bertambah gembira kerana berjaya menduduki peperiksaan dengan jayannya.

Serentak dengan itu,legasi diteruskan,maka persiapan oleh calon SPM 2010 telah pun sedang rancak bermula. Buktinya mudah melalui kehadiran pelajar di pusat-pusat tuisyen di sekitar Jitra sahaja begitu memberangsangkan terutamanya bagi subjek-subjek kritikal seperti Fizik dan Matematik Tambahan. Penulis juga sudah mula merasakan bahangnya, jikalau cuti kebiasaanya TV dan internet menjadi teman penulis, kini buku dan dan kertas-kertas soalan pula yang penulis cari-carikan. Walaupun ada lebih kurang setahun lagi untuk menduduki peperiksaan, tetapi penulis berasa tak sedap sedap hati, terasa seperti banyak yang perlu untuk diketahui, untuk diulangkaji,untuk dihafal dan untuk diamalkan. Terasa masa begitu suntuk!!!!

Pasa saat ini ,sudah hampir tibanya saatnya kapal penulis untuh berlabuh di pelabuhan. Namun sebelum perjalanan berlabuh di dermaga, datanglah ribut taufan yang dahsyat, jika tidak ditangani dengan baik, mungkin boleh berubah haluan kapal. Setelah hampir 2 tahun di tadika,6 tahun di sekolah rendah dan hampir 5 tahun di sekolah menengah, ditambah dengan 2 peperiksaan besar yang ditempuhi, perjalanan penulis sudah hampir ke akhirnya tetapi masih belum terasa ilmu ini cukup untuk meneruskan hidup dan dalam mencari keredhaan Ilahi. Masa puncak sudah pun tiba,semoga pelaburan masa penulis selama 13 tahun dalam menuntut ilmu berbaloi..................................................

p/s:Semakin kita mengetahui banyak perkara, maka kita sebenarnya semakin mengetahui kejahilan diri.
www.tips-fb.com

Monday,7 December, 2009

My notebook is now more trendy and the latest with the new windows 7 ultimate.Haah very modern look style compare with the old XP. The graphics is look really real like Viewa Sony screan TV.Hoped that after that can upgrade my broadband.!!!!
www.tips-fb.com

Friday, 4 December 2009

Friday,4 December, 2009

The day is like usual. Nothing that interesting, no changes.But I'm realize, there are something that now i'm trying to use it wisely and appreciate it because I think that is a chance for doing some changes or having a better live.What it is??? Yea, is about the time,free time.For me I'm very of time.People say that time is gold but for me time as life because gold can been bought but not life. Where do you can find life??Nowhere even though you have million bucks. Everyday I'll look to calendar, counting the day, counting the time. Time is life,so take care it as you take care yourself.
www.tips-fb.com

Thursday, 3 December 2009

Thursday,3 December, 2009

It has come about the third day that I'm attending my tution class, feel a little bit comfortable and confidence for my school term,next year.Learning from failure is the main point that I learn aalong that I had my class. I've to make sure that i will not repeat the mistake. No more turn back. This the chance that I must grab it!!!! Study consistenly is better than complaining about poor result later.
www.tips-fb.com

Dalam Mengejar Kejayaan

Setelah hampir 4 tahun penulis tidak pernah menghadiri kelas tusyen selain mendapat pendidikan di sekolah, akhirnya tercatatlah satu sejarah dalam kamus hidup penulis:Pergi ke kelas tuisyen!!! Pada asalnya hati ini mengatakan tidak mahu ke kelas tuisyen, berasa begitu yakin pula untuk mengulangkaji secara sendirian di rumah walaupun keputusan peperiksaan baru-baru ini tidaklah baik sehinggakan ada subjek yang gagal dan tidak melepasi piawai sekolah. Tapi entah bagaimana keadaan yang menyebabkan penulis pergi ke kelas tuisyen juga. Antaranya kawan yang asyik menghantar SMS menanyakan tuisyen tak kurang juga yang mengajak ditambah dengan nasihat dan tarbiah ibu bapa dan adik-adik maka jawapannya jadual penulis sepanjang cuti ini penuh dengan kelas tuisyen.

Hari pertama penulis menghadiri kelas tuisyen, berasa begitu janggal. Yelah hampir 4 tahun hanya belajar di sekolah kini cuba kembali untuk mengimbau suasana belajar yang baru. Namun apa yang penulis dapat simpulkan banyak suasana yang berubah, tidak seperti tuisyen sekolah rendah dulu, orangnya yang bermacam ragam. Mungkin bagi budak asrama yang asyik duduk di sekolah saja, inilah peluang untuk belajar mengenali ‘dunia luar’.Memang seronok.

Namun apa yang menghairankan penulis ialah apabila melihat jadual tuisyen yang diberikan, kebanyakan subjek yang diajar di tuisyen dapat dihabiskan dalam masa dua minggu sahaja sedangkan di sekolah memakan hampir masa setahun. Sunggu menakjubkan!!! Dan apa yang yang lebih menyeronokan setelah penulis mengikuti kelas – kelas awal, penulis dan ramai lagi dapat memahami apa yang diajar dengan baik dengan perasaan inkuiri untuk belajar yang begitu tinggi walaupun benda yang sama diajar di sekolah tetapi suasananya berbeza.Mungkin sebab dah keluar duit kot, baru nak buka mata untuk belajar.Apa-apa pun belajar rajin-rajinlah belajar kepada semua kawan penulis di luar sana sepanjang cuti ini.


p/s:There are no secrets to success. It is the result of hard work,preparation and learning from failure!!!!!
www.tips-fb.com

Wednesday,December 04, 2009

I do not know why, but I’m feel very tired for this day. With a lot of homeworks+LMC that stand for Latihan Masa Cuti,rushing in writing the essay, trying to finish my scrap book as fast as I can, everything that I hope that I can finish it instantly. These are not including of my studying and my tution class.Hmmmm I will be busy as busy as bee. Since the the holiday before, I’m never grab chance to have a great pleasure .It same like I’m at the school ………………….
www.tips-fb.com

Friday, 27 November 2009

Friday, November 27, 2009


Now the day had come to the end, eid ul adha for this year had become another story for my dictionary of my life. Nothing interesting, like usual my grandpa and grandma had 'korban' as representative for my family. It has become our annual activity for my family. The main point when having 'korban', is sure about the meat. The menu today for lunch and dinner are meat!!!!. The steamed meat that dished with 'air asam' and not forget about my mother hand of'daging masak kicap'. That is the story for today, nothing interesting but it is memorable.........
www.tips-fb.com

Saturday, 14 November 2009

jangan mengenat !!!!!

Dalam minggu ni saja hampir dekat 5 jamuan yang penulis hadiri dekat sekolah. Meriah sungguh, macam dekat pesta makanan pulak rasanya. Yang terkini apabila diadakan jamuan batch kemudian diikuti pulak dengan jamuan akhir tahun sekolah. Meriah jugak la, sebab penulis dapat makan banyak. Tapi disebabkan masalah kesihatan hanya sekadar mampu menjamah sepinggan 'chicken chop' kemudian diikuti dengan satay. Ayam goreng dengan mee goreng tak pulak disentuh sebab rasa muak nak makan. Nasib baiklah ada orang yang sudi habiskan.......................

Dalam sedang sedang melihat gelagat orang yang sedang sibuk makan, tiba-tiba rasa satu perasaan di hati penulis. Rasa sedih sebab penulis tak dapat 'tunaikan' hak yang diberikan. Tiba-tiba teringat pula orang yang memang yang tak cukup makanan, yang sedang kebuluran, yang sedang berperang, yang sedang menghadapi bencana alam. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih murahkan rezeki kami di sini

Tapi sedih,sebab sepanjang jamuan yang penulis hadiri, banyak yang membazir....................

p/s:teringat pesan tok waktu kecil-kecil dahulu.Dia pantang lihat cucu dia 'mengenat' bila waktu makan. Mesti kena ingat orang belakang......

www.tips-fb.com

Saturday, 31 October 2009

MPP


"SBPI Kubang Pasu menjana insan syumul ke arah menzahirkan pemimpin bertaraf dunia menjelang 2015"


Melihat kepada visi sekolah, sememangnya merupakan sesuatu matlamat dan azam yang hebat untuk dicapai. Berbeza dengan kebanyakan visi sekolah yang lain, yang mahu menjadi sekolah yang terbaik sama ada dalam peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, sekolah mempunyai hala tujunya sendiri dalam masa tidak kurang enam tahun lagi untuk melahirkan insan yang syumul kemudian untuk membentuk pemimpin yang juga selaras dengan matlamat SBP yang bukan sahaja mampu memimpin diperingkat tempatan malah bertaraf dunia!!!! Pengertian syumul di sini dipetik daripada perkataan arab yang membawa maksud serba lengkap, insan yang cukup dengan illmu duniawi dan juga ukhrawi kerana itulah yang selama ini diterapkan kepada semua pelajar dengan nilai-nilai islam yang murni. Oleh itu untuk mencapai sesuatu yang hebat maka budaya serta perbuhan yang hebat jaga perlu. Seperti kata-kata:'if you want to be a great people, act like a great people". Bukan sekadar mementingkan pencapaian akademik sahaja, malah penekanan terutamanya daripada aspek sahsiah serta pembentukan budaya dan jati diri yang kuat perlu diterapkan kepada pelajar bermula daripada sekarang jika kita mahu melihat haslilnya dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan. Pelbagai pendedahan,ilmu, kemahiran kepimpinan dan sebagainya perlu didedahkan kepada pelajar agar apabila mereka keluar nanti, mereka mampu untuk menangkis segala cabaran dunia yang semakin kompleks ini namun dalam masa yang sama masih lagi mempunyai jati diri yang kukuh. Tidak cukup dengan sekadar segolongan pelajar sahaja, malah seluruh warga sekolah perlu berubah terumasuklah guru-guru yang yang akan sentiasa menjadi suri teladan utama para pelajar. Untuk melahirkan pemimpin yang bertaraf dunia tidaklah semudah yang dikata. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak yang sudi meletakan kepercayaan kepada para pelajar SBPI Kubang Pasu walaupun untuk menjadi insan yang syumul seterusnya menjadi pemimpin yang bukan sahaja bersifat tempatan malah bertaraf dunia walaupun usianya masih lagi baru setahun jagung...................




Pada suatu hari penulis, diberikan 3 tajuk untuk diulaskan. Namun pada kali ini penulis menghadapi sedikit masalah kerana dua daripada tiga tajuk tersebut penulis rasakan masih belum dapat mengulas dengan baik. Yang pertamanya berkaitan denagn MPP, keduanya berkaitan dengan BADAR dan seterusnya bekaitan dengan blogging. Ketika diberi masa untuk memilih, penulis sempat berfikir:

'Apa benda tu MPP, MPPJ(Majlis Perbandaran Petaling Jaya) pernahlah aku dengar. Yang kedua tu pulak pasal Badar.Argh!!! kenapa nak tiba-tiba aku nak kena ulas pasal BADAR pulak. Tak de benda lain nak cakap ke.'

Akhirnya dengan pertimbangan akal yang waras akhirnya penulis memilih untuk mengulas tajuk yang berkaitan dengan blogging, tambahan pula isu ini memang sentiasa menjadi perdebatan, berkaitan dengan penyalahgunaan teknologi lagi-lagi pulak penulis juga merupakan seorang blogger.

Namun sebelum sempat pulang ke kelas, penulis bertanyakan apa itu MPP??
Jawapan yang diberikan masih samar-samar. Mungkin keadaan penulis yang 'lampi' (lambat pick up) ketika itu menyebabkan menyebabkan penulis bengong dan tertanya-tanya sepanjang hari tersebut.

Seusai sahaja makan tengah hari, ketika di dorm, penulis terdetik untuk bertanya kepada rakan sedorm tentang apa itu MPP.

Dengan segeranya dia terus membuka cerita dan menceritakan kepada penulis apa sebenarnya itu MPP dengan penuh dalam keadaan beremosi, ditambah lagi dengan pro dan kontranya, dan kesan-kesannya. Penulis terlopong kerana tidak penulis sangka rakan penulis dapat mengulas isu ini dengan baik serta dapat menyatakan pendapatnya sendiri, yang tidak melambangkan pemikirkan seorang remaja biasa malah lebih kepada orang dewasa. Mungkin dia dah banyak melakukan analisis pasal benda ni.Satu keajaiban lagi yang penulis temui setelah penulis bertemu dengan mak cik cleaner yang juga hebat(kena baca post di bawah).


Setelah dia penat bercerita dan berceloteh,
satu soalan ditujukan kepada penulis

'Apa komen hang pasal benda nih???'

Jawapan penulis
penulis hanya mampu tersenyum...........

Majlis Perwakilan Pelajar atauapun MPP dengan nama singkatnya merupakan suatu kebiasaan terutamanya di universiti-universiti dan terdapat juga di beberapa buah sekolah terutamanya sekolah-sekolah premier. Konsep MPP ini cukup mudah, ianya merupakan sebuah pertubuhan badan pelajar yang dalam kalangan Majlis Tertingginya(Hi-Com) serta jawatankuasnya terdiri daripada pelajar. Namun apa yang membezakan MPP dengan badan pertubuhan badan pelajar yang lain ialah kesemua MT dan ahli jawatankuasannya akan dipilih oleh pelajar sendiri dan bukannya oleh pihak atasan ataupun oleh pihak-pihak tertentu. Maka di sini dapat disimpulkan bahawa konsepnya di sini samalah seperti konsep demokrasi yang diamalkan oleh negara iaitu pemimpin akan dipilih sendiri oleh rakyat dan kuasa terletak di tangan rakyat. Seperti kebiasaanya pilihan raya kolej ataupun pilihan raya kampus akan diadakan untuk memilih ketua dan ahli jawatankuasa yang lain. Para pelajar yang bertanding pula akan berkempen sesama mereka untuk menarik undi. Kesimpulannya di sini mudah, konsepnya hampir sama seperti pilihanraya umum.


Sebaliknya jika dilihat daripada perpektif sekolah, MPP yang terdapat di sekolah pun tiada bezanya seperti yang terdapat di MPP terdapat di universiti. Para pelajar sendiri akan menentukan pemimpin ataupun ketua pelajar yang mereka suka. Menyentuh tentang tujuan MPP, ia sebenarnya lebih untuk memperjuangkan hak pelajar ataupun sebagai saluran untuk para pelajar bersuara kepada pihak pentadbiran dan atasan. Kebiasaanya MPP ini amat berpegaruh di sekolah dan merupakan orang kedua penting di sekolah selepas guru-guru. Kedudukannya mengatasi daripada badan-badan kepimpinan pelajar yang lain seperti pengawas, pustakawan,ketua kelas dan sebagainya. Namun bagi sesetengah sekolah,apabila tertubuhnya MPP, badan pengawas tidak akan ditubuhkan bagi mengelakan penindanan tugas namun masih ada juga yang mengekalkan kedua-keduanya. Contoh yang baik yang dapat dilihat berkaitan dengan MPP ini ialah sekolah Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK) yang dimana MPP ini amat berpengaruh dalam kalangan pelajar berbanding badan-badan kepimpinan yang lain seperti pengawas,PRS dan BADAR. Setiap tahun mereka akan mengadakan satu hari khas untuk mengundi bagi memilih pelajar yang mereka suka dan mereka rasa layak bagi menerajui MPP.




Berbalik komen yang ditanyakan rakan penulis kepada penulis sebentar tadi,
berkaitan MPP ni,
nak tahu???
Datanglah sendiri berjumpa dengan penulis
Namun ini sahaja yang penulis dapat katakan........................

Andaiku bisa merubah semua
Hingga tiada orang yang terluka
Tapi tak mungkin ku tak berdaya
Hanya yakin menuggu jawabNya....................................






p/s:Penulis tertarik dengan kata-kata yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan rakan yang sengakatan dengan penulis:

"Kalau kamu(pengawas) tak buat kerja dengan baik, tahun depan kamu akan diketepikan dari MPP"

Bagi pendapat penulis, kalau salah tafsir, huru-hara jawabnya..................................

www.tips-fb.com

Friday, 30 October 2009

Ketika laut bergemuruh.....
ombak menggunung......
dan angin meniup kencang............
tiadaku sangka...........

Siapa sedar, selama ini dia hanya berbaju ungu, dan orangnya pun tidak tetap. Tak sampai beberapa bulan, pasti akan ada muka yang baru. Namun peranan mereka sangatlah penting. Tanpa mereka keadaan asrama akan kelihatan seperti hari Sabtu dan sekolah akan menjadi seperti tempat pembuangan sampah.

Itulah mak cik cleaner sekolah. Orang yang juga penting selain,pengetua, guru, penyelia asarama dan tak lupa jugak kepada pembantu makmal. Selama ini penulis hanya menggangap mereka hanyalah pekerja biasa yang menjalankan tugas dan sekali-kala apabila bertembung dengan mereka, salam pasti akan dihulurkan sebagai tanda menghormati yang tua. Mereka tersenyum menjawabnya...........................

Namun semuanya berubah, pada suatu pagi yang muram di foyer
penulis duduk bersama beberapa orang rakan ketika itu sedang buntu untuk memikirkan satu masalah, keadaan agak kecoh. Dalam beberapa masa yang sama kelihatan seorang mak cik cleaner yang sedang menyapu sampah tak jauh dari situ.

Tiba-tiba mak cik tu datang, lalu menegur
'Ada apa nik nak? Nampak macam ada hal??'

'Tak da apalah mak cik, saja sembang dengan kawan' rakan penulis memberitahu
'Ye la mak cik tak de apa pun' penulis menambah
Ketika itu dalam benak hati penulis berkata
'Buat pa nak bagitau mak cik ni, lagipun ni masalah budak sekolah, tak sesuai nak bagitau. Kalau bagitau pun bukan paham'

Kemudian tumpuan tu beralih kepada seorang lagi rakan yang tak berkata apa-apa,
kelihatan seperti mendesak mak cik tu berkata lagi
'cubalah bagitau kat mak cik, kot mak cik boleh tolong, yang mana mak cik boleh, boleh la'

Baik juga mak cik ni sudi mengetahui masalah pelajar sedangkan selama ini kami seperti tiada apa-apa hubungan dengannya.

Keadaan senyap seketika,akhirnya kawan penulis yang diam itu pun menceritakan masalahnya.
Kemudian mak cik itu terus memberikan komen,ulasan, nasihat dan cadangan yang meyebabkan penulis terlopong,tidak penulis jangka seorang mak cik cleaner petah dalam memberikan nasihat disertakan hujah-hujah dan bukti yang kuat. Ditambah lagi dengan pengalamanya serta dalil-dalil agama yang lebih mengejutkan penulis.

Ketika mak cik itu sedang mengutarakannya pendapatnya,
penulis mencelah,cuba untuk menguji,

'kalau kita buat macamtu,, tak rasa dia nak buat lagi???'
'tak pa,dia dah tu dah tetap salah, ingat keredahaan Allah tu lagi penting dik.malaikat kiri kanan sentisa dok catat amalan kita.Yang belah kanan tu pantas dia catat semua kebaikan kita, yang belah kiri dok tengah tunggu saja sampai beberapa kejahatan, baru la dia catat'

Maka sepanjang pagi itu,penulis mendapat satu perbincangan ilmiah yang baik dan akhirnya masalah kami dapat diselesaikan dengan batuan mak cik tersebut.

p/s:rasanya kalau lepas nih kalau ada masalah nak jumpa la mak cik tu. masalah lupa pulak nak tanya nama.............aduhai.........................
www.tips-fb.com

Thursday, 29 October 2009

Yang kini dan terkini.......



...Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cerita yang ingin ku tulis
Bukanlah cerita biasa......


Sudah lamanya agaknya penulis tak menghadap komputer nih, sampai orang-orang kat sana dah nak mengamuk, kenapa lama tak update. Bukan apa sibuk sangat, ditambah lagi akses komputer yang agak susah untuk didapati di SBPIKP.

Peperiksaan memang memenatkan. Jadual peperiksaan yang dirancang selama hampir sebulan, sudah berlalu begitu sahaja. Tiada apalah sangat cerita yang ingin penulis tulis sepanjang peperiksaan, alah samalah macam orang lain yang ambil periksa. Baca buku, mengadap buku, study, yang last minute pun ada lepas tu ambil periksa. Setiap hari berlalu dengan kertas yang bertukar ganti.

Tapi cerita yang menarik bermula Ahad yang lalu sejurus sahaja tamat peperiksaan. Banyak sangat benda, banyak sangat benda dan bermacam -macam lagi, rasanya macam boleh buat jurnal hidup pulak.

Perkara pertama sekali yang penulis hadapi selepas peperiksaan sudah pastilah berkaitan dengan keptusan. Siapa kata waktu peperisaan itu perik?? Sebenarnya selepas peperiksaan tu lagi la sakit. Nasib seperti tidak menyebelahi penulis, walaupun ada pelbagai usaha dan ikhtiar yang sudah dilakukan. Mungkin ada silap dan salah yang penulis lakukan, dan mungkin ada juga hikmah yang ingin disampaikan.

Keputusan peperiksaan tak habis lagi, terpaksa bergelumang pulak dengan jamuan batch. Biasalah dekat hujung tahun ini, jamuanlah merupakan agenda utama, budak asrama katakan, kuat makan. Untuk menguruskan kerenah 173 orang kawan+ cikgu bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semudah kita melangkah ke kenduri kahwin , hakitatnya hanya orang yang kahwin dan ahli keluarga yang terdekat sahaja yang tahu: memang penat buat kenduri kahwin. Tak habis dengan jamuan batch, seperti ada persaingan, kelas dan kelab pun nak tunjuk belang jugak. Maka masing-masing lah akan ada jamuan bermula dari usrah,dorm,pengawas, BADAR,PRS,librarian,kelab, persatuan, unit uniform,batch dan akhir sekali satu sekolah akan berpesta makan pada 12 haribulan nih. Jadi bersedialah untuk sakit perut selepas bukak sekolah nih.

Tak boleh fikir pasal nafsu nak makan je, tanggungjawab pun kena jalan jugak. Semua benda yang ditinggalkan sebentar selama nih, BOOM!!!! dah mula beban atas bahu nih. Pertama sekali pastilah pasal batch 'kan'. Banyak masalah yang perlu diselesaikan dan tranformasi perlu dilakukan. Dalam masa yang sama pulak turut sedar yang penulis ni pengawas. Maka kebelakangan nih kami kerap ada mesyuarat, dengar kata ada ancaman dan musuh. Tu la tengah rancang strategi tapi sebab penulis ni bulan la MT, lebih banyak ikut je. Dalam masa yang yang sama kelas pun bermasalah juga, ingatkan dah setahun dah ok.Hmm.... tu lah hidup.Banyak renyah dan kerenah.Dalam tengah sibuk-sibuk teringat pula pasal bahas bila di suatu petang apabila penulis bertembung dengan Safuan di koridor. Tengok aje muka dia terus teringat kat bahas. Jadi teruslah pergi serang adik-adik peringatkan pasal pengucapan awam yang berbaki lagi. Dalam masa yang sama pergi jugak jumpa cikgu. Tapi rasanya tengok macam cikgu datang 'angin', jadi komunikasi pun jalan gagal berjalan dengan sempurna lalu pun keadaan jadi kurang 'best' sebab sepanjang minggu ni asyik dengar suara cikgu satu blok. Mungkin ramai budak 4 Ihsan dan 4 Imtiaz yang akan terima 'anugerah'. Ha...ha.... apa-apa pun tahniah. Macam mana pun kenalah bersedia untuk perlawan dengan SMSAH yang kan datang nih. Hati nih masih rasa risau walaupun adik-adik yang masuk. Jadi buatlah elok-elok ye.

Habis soal tanguungjawab, poket pun dah sengkek nih. Nasib baik boleh balik. Beberapa hari sebelum nak balik ni pun masih ada banyak benda yang datang. Kena meniaga, kena ambil anugerah, kemas kelas, kemas dorm dan bermacam benda lagi yang akan datang. Harap-harap semua kerja dapat diselesaikan dengan baik. (Lagi satu, harap juga hari koku nih bukan VIP je yang makan sedap tapi harap orang yang diraikan turut makan sedap)-MAJAZ MURSAL.


Masalah hubungan pun ada jugak, tapi bukan cinta ye. Rasanya tak payahlah cerita, cuma doa-doakanlah agak penulis dapat selesaikan dengan baik....................



Jadi pengajarannya sini, hidup mesti enjoy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
www.tips-fb.com

Monday, 31 August 2009

diri ini..........

-layar yang teguh mampu memagar angin yang kencang

-nakhoda berhati sali tidak akan tewas di tengah gelombang

-tanpa cabaran seseorang tidak kan menjadi kuat

-tanpa halangan seseorang tidak akan menjadi hebat.............................

Esok merupakan hari untuk aku pulang ke sekolah. Terasa berat hati ini hendak pulang ke sekolah. Namun dalam masa yang sama aku berasa bosan berasa dirumah. Diri ini sunyi, hati ini kosong. Terasa rindu pulak dekat kawan-kawan. Tapi bila mereka semua berada di depan aku, terasa pulak satu beban yang besar kepada aku.

Pernah aku terfikir, kalau di rumah pun membebankan, kalau di sekolah pun membebankan,kenapa aku di dunia ini. Kalau boleh nak lari dari semua ini.Tapi nak lari ke mana??? Tiada tempat lain dah yang aku boleh pergi,lari..............Kalau begitu jawapannya satu sahaja lebih baik 'mati'. Tak gitu????

Kalau di sekolah aku ada satu tabiat. Aku rasa tabiat ini pun aku sudah mula amalkan di rumah. Bila hati ini rasa dibebankan, otak ini rasa berat sangat,aku akan tidur dengan harapan masalah akan hilang begitu sahaja. Ya memang, aku cuba lari dari masalah. Tapi hakikatnya, setiap pagi fajar menjelma, masalah itu akan datang sebaik sahaja aku membuka mata.

Hmmm...penat bukan......................

Ya memang penat. Kadang-kala aku pernah terfikir, kalau boleh nak hidup ni tiada masalah.Kenapa aku??Tiada orang lain ka???Kenapa takdir aku begini??? Nak semua kerja yang senang sahaja. Maka aku pernah memencilkan diri dengan harapan apabila aku tak berkomunikasi,masalah tak akan datang ,hidup akan menjadi tenang................

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (Al-Qiyyamah 75:36)


Namun......

Hakikatnya aku berada di dunia yang penuh dengan pancaroba. Selagi aku masih menjejakkan kaki di dunia ini maka selagi itulah dunia akn mengejar aku.Aku tidak boleh lari aku tidak boleh sembunyi.

Maka disitulah aku kena belajar menyesuaikan diri dengan dunia ini bukan dunia yang cuba menysuaikan diri dengan aku.

Namun Ya Allah apa yang aku harap selepas ini dari-Mu hanya satu:


Ya Allah!!sirnakan aku dari rasa sedih dan duka, dan usirkanlah kegundahan dari jiwaku.
Aku berlindung kepada-M
u dari setiap rasa takut yang menduga............

Aku pasti selepas ini aku akan lebih banyak menangis.
Kerana aku tahu
menangis dalam perjuangan itu lebih baik dari ketawa dalam ketewasan.
Aku tahu kawan ketawa senang dicari kawan menagis susah sekali.

Tetapi jangan kecewa dan jangan mengalah!!! Aku...ialah pemimpin untuk diri aku dan setiap keputusan yang aku lakukan wajar dihormati

TITIK!!!!!

P/S:terima kasih kepada Alang.Telatahmu memberikan semangat untukku.





www.tips-fb.com

I got a tag!!!!

From Devotee:Rosman ada tag untuk awak

what tag ??? what is that??look new and interesting.

Yes it look very interesting
So who are the next victim??

those who has shoutwix widget!!!!












1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..


kholasss...


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..


taht kholis...


3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...


aiwah...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

insyaAllah...




Those who are my friend that i care them very much. So enjoy the tag!!!!




p/s:soory to the poster!!!! not enough quantity for the bloggers
www.tips-fb.com

Thursday, 27 August 2009

Aku tabik!!!!!!

Akhirnya penulis berpeluang juga menikmati keindahan dunia ini. Setelah hampir seminggu memerap dirumah sahaja disamping dibebani dengan pelbagai kerja,masalah dan kerenah akhirnya dapatlah berehat sebentar. Jamu-jamu mata sikit,jalan-jalan sikit,ambil angin sikit. Terima kasih kepada Cikgu Ariffin kerana sudi membawa penulis ke Alor Setar. Banyak perkara yang dapat dikongsikan.

Namun nukilan pada kali ini bukanlah penulis hendak apa yang ada di Alor Setar itu, ramai orang ke tak, dah ada jual baju raya tak, City Plaza, Pacific, Pekan Rabu ataupun Stadium kerana sudah sedia maklum pasti sudah ramai yang biasa ke Alor Setar(banyak kawan orang Kedah!!!!)

Namun apa yang menarik perhatian penulis ada satu golongan yang penulis dapat kesan ketika di Alor Setar. Nak kata ramai, boleh kira dengan jari. Nak kata pelik, orang buat tak kisah pun tapi memang nampak pelik. Nak kata mereka ni berbahaya,TAK!!!! mereka lakukan perkara betul, sebab tu penulis tabik dekat mereka. Siapa agak2????

Hari ini, Utusan Malaysia, 27 Ogos 2009:
-Kematian akibat selsema babi kini berjumlah 71 orang

Haa....Golongan inilah yang penulis maksudkan. Golongan yang memakai penutup mulut(lebih glamour dalam kalangan kita:mask).Apa ??? Biasa saja??? Tak da apa pun???

Siapa kata?? Baca nih



Sebaik sahaja tiba di Alor Setar penulis mengikut cikgu ke sebuah bank. Penulis dapati para pekerja di kaunter sememangnya mengenakan mask. Namun bagi penulis itu biasa sahaja kerana berdasarkan pengalaman ibu penulis yang turut bekerja di bank iaitu para petugas di kaunter dikehendaki memakai mask atas tujuan keselamatan.

Sementara menunggu urusan di bank selesai, penulis berjalan-jalan sebentar di sekitar kawasan bank. Dalam kemeriahan orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang menjual baju raya, penulis terpandang sebuah keluarga yang lengkap bermask. Daripada yang didukung sehinggalah ke si suami. Terkesima sebentar. Rasanya tak ada apa kot.

Perjalanan diteruskan lagi ke City Plaza. Sepanjang window shopping(bajet dah habis)penulis dapat lihat beberapa orang yang mengambil langkah keselamatan dengan memakai mask. Namun apa yang lebih mengejutkan penulis apabila terdapat sepasang suami isteri berusia yang turut mengenakan mask sehinggakan ketika nak cakap telefon pun si suami tak buka masknya walaupun suaranya tak begitu jelas.Kemudian ada seorang budak kecil yang turut pakai mask lalu ditepi penulis dengan pandangan yang pelik kepada penulis.

??????

Namun sebaik sahaja sampai di rumah, timbul sedikit keinsafan. Orang lain bukan main usaha nak jaga diri, kita ni senang-senang sahaja nak bunuh diri. Tapi kalau ditanya kenapa penulis tak pakai mask, berikut merupakan alasannya:

-gatal hidung
-rasa tak selesa
-susah bernafas
-rasa orang nak gelak kat kita kalau kita pakai
-malu;muka nampak pelik
-sekarang ni orang kalut dengan posa lepas tu nak raya(tak fikir sangat pasal H1N1)

Tapi semua alasan, alasan semua. Alasan selalunya boleh diubah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Apa-apa pun penulis tetap tabik kepada golongan ini kerana tetap memakai mask dan tidak memikirkan impak-impak yang mungkin akan ada bila pakai(contohnya seperti alasan di atas).Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran bernafas di tengah-tengah orang ramai.Biarlah orang nak kata apa pun, janji kita selamat. Apa2 pun istiqamah!!! Keep climbing keep moving. Andalah contoh yang baik kepada masyarakat.

Penuliis pula??? Masih lagi 'terlekat' dengan alasan di atas. Oleh itu penulis mengambil keputusan drastik, takkan keluar dah rumah selepas ini.

Ha.....ha.......ha........

p/s:Teringat kata cikgu, rakyat Malaysia memang susah bab2 pendidikan nih
-suruh jaga sungai tercemar jugak
-ikut peraturan jalan raya kemalangan juga
-suruh pakai mask boleh gelak lagi
(dan selepas itu penulis dan cikgu pun tertawa. Terasa pula kat batang hidung sendiri)
www.tips-fb.com

Sunday, 23 August 2009

dah raya ke????



Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters
click to get More ramadan mubarak Comments & Graphics



Penulis hairan?
Dah raya...
Dah raya ke????
Baru dua hari puasa...........

Tak caya dah nak raya???

Hari ini :Ahad 23 Ogos 2009, 2 Ramadan 1430H

Sebaik sahaja penulis menekan butang 'on' tv sahaja

tv1:biskut raya bersama majerin x
tv2:rancangan masak juadah raya
tv3:rancangan wanita:pasal baju kurung(baju raya la tuh)
ntv7:disebabkan hujung minggu:ada kartun sampai pukul 12
8tv:ada cite korea(tak ada kaitan)
tv9:ada iklan pasal dapat tiket free nak balik kampung

Tu baru waktu tuh. Beberapa jam selepas tuh,kenalah tengok sendiri.Lagi dahsyat!!!!! Nasib baik dekat rumah tak da astro.

Lagi satu yang ppenulis hairan waktu nilah banyak rancangan tv nak tayang rancangan masak.Kenapa sebelum bulan puasa tak tayang banyak-banyak? Ye lah kalau diri ni tak lah rasa apa tapi kalau budak-budak yang baru saja nak berlatih puasa macamana? Lagi satu nak tayang rancangan tuh biarlah berpada-pada. Ramadan baru saja dah datang takkan dah nak ingat syawal kan. Kalau boleh banyakanlah rancangan yang berbentuk kerohanian ni. Boleh tayang waktu puncak bukan saja waktu pagi subuh(waktu yang sesuai untuk beribadat) dan waktu nak dekat buka puasa(waktu tu nak tolong mak kat dapur)

p/s:Baru semalam tengok majalah 3, dah cerita pasal tempahan baju raya dah ditutup..........


Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:'Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya,Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya, mengampunkan dosa dan mengkabulkan doa. Pada bulan itu Allah melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan mebangga-banggakan kamu di hadapan malaikat. Oleh kerana itu tunjukkanlah kepadaNya kebaikan -kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah s.w.t pada bulan Ramadhan"
(Riwayat An-Nasai)
www.tips-fb.com

Salam ramadan


Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters
click to get More ramadan mubarak Comments & Graphics


Saja lama tak menulis. Bukan apa, tapi sibuk sikit. Hari ni pun baru la dapat mula 'online'. Saja guna layout baru, yang lama tu susah sikit.

-Hari ni hujan. Mula dari semalam lagi hujan tak henti2. Sejuk saja rasanya .Best la pulak rasanya. Kalau nak tido sepanjang hari ni. Tapi tak boleh nanti makruh.

ha22......ha222......

Apa -apa pun salam ramadan!!!!



www.tips-fb.com

Friday, 31 July 2009

Tinggi Mencapai Langit

Aku ingin dengar nyanyian merdu
Ada sesiapa yang sudi nyanyikan lagu untuk aku?
Di dunia ini hanyalah manusia yang tersenyum melihat bunga!!
Hanya manusia yang menitiskan air mata!
Kau yang lemah menyerupai manusia!
Aku suka lagu-lagu yang tenang
Sudikah kau nyanyikan lagu untuk aku
Walaupun nyanyianmu kurang memuaskan??

Berikan nama yang indah
Kepada setiap bintang yang muncul di langit yang gelap
Hanyalah manusia yang menitiskan air mata
Kau yang lemah menyerupai manusia
Tapi..........
Sebab kita adalah manusia
Manusia yang akan menjadi kuat suatu hari nanti!!

Yang mampu terbang
Yang mampu terbang tinggi!
Tetbang tinggi mencapai langit
Buat kesekaliannya...................................................
www.tips-fb.com

Friday, 12 June 2009

Pengawas.................



Ada sebuah kisah yang agak menarik yang ingin penulis kongsikan dalam badan pengawas sekolah. Sebuah kisah tentang seorang insan yang begitu 'unik' orangnya sehingga menyebabkan kadang-kala penulis mengharap akan ramai orang menjadi seperti beliau ataupun penulis menjadi seperti beliau. Tapi kadang-kala penulis rasakan ianya seperti satu bencana sekiranya penulis menjadi seperti beliau, kerana perwatakannya menyebabkan ramai orang tidak menyukainya.

Baiklah, penulis namakannya Mrs. X. Untuk pengetahuan semua, beliau ini seorang yang sangat garang,tegas dan ramai yang tidak menyukainya(lelaki la). Namun kalau dilihat daripada perspektif yang lain, memang sepatutnya kami(pengawas) berpewatakan seperti beliau kerana beliau amat tegas dalam melaksanakan tugasnya.

Namun apa yang penulis tertarik kepada beliau, walaupun beliau tidak disukai oleh ramai orang sehingga beliau kadang-kala dikutuk dan dikeji dengan amat dahsyat oleh pelajar lelaki, namun tiada sesiapa yang berani untuk menentangnya. Ketika beliau menjalankan tugasnya, walaupun dengan mukanya yang agak menakutkan dan tidak kurang jugak diherdik, ditengking dan ditegur secara telus dan tulus namun tiada siapa berani menentang. Ha... itulah kehebatannya yang menyebabkan segala kerja kalau diberikan kepada beliau boleh berjalan lancar walaupun dalam masa yang sama ramai orang(pelajar) yang kurang berpuas hati dengan beliau. Ketika X bercakap di dalam mesyuarat pengawas, semua orang akan 'terdiam' memberi perhatian walaupun ada suara-suara sumbang di belakang kemudian akan dismabung umpatan tersebut hingga ke hostel. Malah keberanian X memang tidak disangkal lagi apabila X telah berani menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap individu di dalam badan pengawas secara terus kerana tidak menjalankan tugas.

Memang disebabkan perwatakan X, ramai orang tidak menyukainya. Malah ada orang katakan,sebelum X menjadi pengawas X juga turut melakukan masalah disiplin terutamanya dengan membawa telefon bimbit dan seterika!!! Namun penulis rasakan penulis rasakan X mungkin sudah menjadi 'tegas' atas tabggungjawab yang diberikan kepadanya. Iyalah takkan sudah dilantik menjadi pengawas masih mahu melakukan masalah disiplin.

Kadang-kala penulis tertanya bagaimana X boleh hidup dengan berpewatakan seperti begitu. Mesti ramai orang anti dia. Mesti tak banyak kawan???? Itu penulis tak dapat nak jawab kerana penulis bukanlah satu kelas dengan beliau.

Pada suatu hari selepas X baru sahaja melepaskan geramnya, penulis terdengar ada seorang pengawas lelaki yang mengatakan memang perlu kami(pengawas)memiliki orang sebegitu kerana X begitu berani dalam menegur kesalahan dan begitu tegas dan amanah dalam melaksanakan tugasnya.

Mendengar pendapatnya, penulis bersetuju. Namun untuk menjadi seperti X menyebabkan penulis akan cuba berfikir 1001 kali.

Namun apa-apa pun yang berlaku, sudah pasti selepas sekolah dibuka kebanyakan badan kepimpinan di sekolah akan diambil alih oleh pelajar tingkatan 4 pula. Sudah pasti ini merupakan satu cabaran yang kami akan tempuhi. Semoga semuanya akan berjalan lancar........
www.tips-fb.com

Tuesday, 9 June 2009

Bas oh bas!!!!!!!!

Beberapa hari yang lalu penulis pernah menonton satu rancangan yang mengisahkan seorang rakyat Malaysia yang sudah menetap di Hong Kong sudah hampir 20 tahun. Apabila ditanya kepada beliau mengapa beliau memilih untuk tinggal di Hong Kong dan bukannya di Malaysia, beliau menjawab kerana disini beliau mudah rasakan untuk ke mana-mana sahaja kerana terdapati kemudahan pengankutan awam yang canggih. Berbeza di Malaysia, katanya semuanya memerlukan kereta untuk ke mana-mana sahaja sehingga menyebabkan kesesakan, pencemaran dan bunyi yang bising!!!! Kemudahan pengankutan awam juga kurang efisyen.

Hmmm mungkin suatu hari nanti, penulis akan mengambil keputusan untuk menetap di Hong Kong jugak.................................

Perjalanan penulis ke Alor Star pada hari ini dengan menaiki bas, bolehkan penulis sifatkan seperti sebuah perjalanan ke Kuala Lumpur. Malah penulis rasakan, penatnya lebih mengalahkan perjalanan ke Kuala lUmpur!!! Ya, mungkin ini satu dugaan atau kebiasaan apabila bagi menggunakan pengankutan awam seperti bas, namun hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengankutan awam terutamanya bas masih lagi berada pada tahap yang begitu rendah terutamanya di Kedah ini.

Pertama sekali dapat dilihat apabila tiada jadual yang tetap bagi bas-bas ini bergerak ataupun waktu kekerapan bas yang perlu ditunggu menyebabkan penulis terpaksa menunggu hampir sejam untuk mendapatkan bas hanya ke Alor Star.Penulis rasakan, mereka hanya bergerak mengikut sesuka hati mereka dan apabila penuhnya penumpang di dalam bas mereka. Begitu jugak dengan perjalanan pulang. Walaupun penulis berada di Shahab Perdana, namun penulis masih terpinga-pinga untuk mendapatkan bas!!!! Bukan kerana tidak tahu, cumanya bas sudah ada, tetapi pemandunya tiada. Hampir setengah jam menunggu namun habuk pun tiada. Akhirnya penulis megambil keputusan untuk menjenguk sebentar bas di bahagian Mara Liner. Apa yang mengecawakan penulis rupa-rupanya bas hendak ke Jitra sudak hendak bergerak sedangkan tiada sebarang pengumuman dan masih terdapat beberapa penumpang yang masih lagi bas HBR yang ketiadaan pemandu di hujung nun sana. Cukup menyushkan . Ini juga merupakan satu masalah apabila terdapat terlalu banyak syarikat bas yang menebabkan kecelaruan dan kekeliruan. Dicadangkan agar diseragamkan sistem bas ini seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur iaitu Rapid KL dan Penang agar tidak mencelarukan dan menyusahkan pengguna. Suatu lagi kelemahan yang ketara bagi sistem bas di Kedah ini ialah apabila tidak diwujudkan perhentian-perhentian yang tetap untuk berhenti. Berbeza seperti di Kuala Lumpur apabila terdapatnya perhentian yang sudah ditetapkan dan laluan bagi setiap bas juga sudah dinyatakan di perhentian bas. Begitu jugak dengan tiketnya. Hanya ditebuk-tebuk lubang pada tiketnya tanpa sebarang diskripsi pada tiket. Bagi pelanggan tetap, mungkin sudah mengetahui tambang yang perlu dibayar, namun bagi pelancong atau oarang yang pertama kali menaiki bas, sudah pasti ini akan menyusahkan. Tambang tidak dinyatakan di perhentian bas dan hanya dapat diketahui oleh konduktor bus.

Kesimpulannya sistem bas di Kedah ini masih berada pada tahap yang lemah. Maka sudah tiba masanya suatu perubahan perlu dilakukan. Penulis rasakan sudah tiba masanya untuk mewujudkan sistem LRT di Kedah ini bagi meningkatkan mutu kenderaan awam dan bagi meyenangkan pengguna. Bertepatanlah dengan slogan 'Kedah Maju 2010'....................................................................??????????

p/s:Penulis mengharapkan agar segera dapat memiliki lesen memandu kereta........................................
www.tips-fb.com

Holiday!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My boarding passes.



the book festival at MINES Serdang!!



At Aquaria KLCC. Nothing such different. It like visiting the Underwaterworld at Langkawi









The LRT from Tasik Selatan to KL






When I’m typing for this article, I still have about few days more for my holiday. Having a lot of work that need to be done, this holliday just like a normal one. Many experiences that I get it for this time.

Lived at Kuala Lumpur had taught me many things. The people, the food, the sosialization, the transportation(the public one that I used it:LRT, KL Monorel, Komuter, Rapid KL bas) and eventhough the technolgy!!!!! If I’ve a lot of money, I’m sure that I will get the new one Sony Ericson Walkman mobile phone to replace my Nokia 5200 or get a new DSLR camera or maybe Sony PSP????. Because it is too cheap.


However like usual I felt a little bit bored and miss my home. At last, on the Sunday night I had return home to Jitra…………YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
www.tips-fb.com

Thursday, 4 June 2009

HKSBP ke 36




Cerita yang akan penulis ceritakan untuk HKSBP kali ini mungkin tidaklah semanis yang disangka dan dijangkakan. Namun secara keseluruhannya penulis rasakan ini merupakan satu lagi pengalaman baru yang penulis rasakan tidak semua orang berpeluang untuk menikmatinya.

Hari pertama,28 Mei 2009,Khamis

Ketika semua pelajar sedang sibuk mengankat beg masing-masing menghala ke kantin untuk melepaskan rindu masing-masing di kampung halaman,penulis dan rakan-rakan pembahas yang lain mempunyai satu lagi misi untuk mengharumkan nama sekolah. Setelah hampir sebulan berpenat lelah'bergelumang' dengan surat khabar dan pelabagi konflik dalaman, maka sudah tibalah masa untuk dituai. Perjalanan pada kali ini bermula tidaklah sesenag seperti selalu.Menaiki bas sekolah yang sedikit panas terus ke Changloon untuk menaiki bas SMSTSP sehingga menyebabkan penulis tertinggal songkok penulis di dalam bas. Namun apa yang sedikit menarik pada rombongan kami ialah kami desertai oleh delegasi daripada SMS Kubang Pasu yang diantaranya ialah Si Viki dan Cikgu Zul. Maka di atas bas, terdapat banyak cerita yang diumpatkan oleh kami semua. Sepanjang hentian kami di R&R, penulis juga mendapati terdapat sekolah baru yang turut menyertai HK pada kali ini seperti SMS Kepala Batas. Setelah hampir 5 jam sejuk menggigil di dalam bas, akhirnya kami tiba juga di SSP,Cyberjaya. Sambutan yang agak biasa sahaja oleh LO kami.Namanya Sara,orang selangor,PRS,tingkatan empat. Setelah tamat sesi pendaftaran, kekalutan sedikit berlaku apabila Cikgu Ain memberitahu terdapat sedikit perubahan pada format pertandingan tetapi sebenarnya tiadalah apa sangat. Selepas menikmati makan malam, kami terus bergerak ke Dewan SSP,tidakalah begitu besar seperti dewan sekolah tetapi yang seronoknya ianya berhawa dingin dan agak cantik.Setelah hampir 2 jam mendengar takilimat yang agak membosankan sehinga penulis dapati ramai yang tertidur. mungkin semuanya masih lagi kepenatan disebabkan perjalanan yang jauh. Akhirnya tibalah taklimat untuk bahas BM. Rupa-rupanya tiadalah yang berubah banyak sangat,cuma ada tidak boleh menybut'tidak' sahaja kalau menjadi pembangkang. Akhirnya kami tiba di SAS pada pukul 12 tgh malam. Dormnya, biasa saja,sekolah budak lelaki.





Hari kedua,29 Mei 2009,Jumaat

Hari kedua bermula denagan begitu hambar. Disebabkan kelewatan beberapa pihak menyebabkan kami akhirnya terlewat untuk menaiki bas ke SSP. Nasib baik pasukan bahas BI bermula agak lewat, jadi sempatlah. Permulaan bagi SBPIKP ialah pasukan bahas BI iaitu menetang MOZAC, Melaka.Namun nasib tidak menyebelahi kami dengan tewas kepada mereka. Selepas solat Jumaat, bermulalah pulak bagi perlawanan bahas BM yang menentang dengan SAS. Namun bagaikan satu badi, kami tewas kepada mereka buat kali kedua walaupun perlawanan sengitdengan keputusan 2-1. Pada sebelah malamnya diadakan pulak Malam Jalinan Kasih yang penulis rasakan agak'biasa' sahaja. Tiada apa-apa pun yang menarik. Meyesal pulak kerana mengikutinya.







Hari Ketiga,30 Mei 2009,Sabtu

Perjuangan masih diteruskan walaupun penulis rasakan ada sesuatu yang tidakbaik.Perlawanan menentang SMSTSP begitu senang. Namun penulis akui,kualiti perdebatan kami agak menurun sedikit berbanding kemarin. Pada hari itu jugak pasukan bahas BI menentang SBPI Sabak Bernam.Walaupun harapan untuk menang nampak begitu tinggi tetapi nasib tetap tidak menyebelahi kami. Pada sebelah malamnya memandangkan tiada sebarang aktiviti, persediaan tetap diteruskan untuk perlawanan pada hari keesokannya. Kami semua pelajar lelaki membuat ‘port’ di sebuah pondok kecil berhampiran surau SAS memandangkan tajuk yang akan diperbahaskan oleh kedua-dua pasukan berkaitan dengan tema budaya.

Hari keempat, 31 Mei 2009, Ahad

Berbekalkan dengan sedikit harapan, perjuangan masih lagi diteruskan. Perlawanan pada kali in I merupakan perlawanan yang paling ‘unik’ yang pernah penulis alami. Apa yang uniknya. Pertama:kesilapan berlaku apabila kami semua terpaksa berulang-alik dari SSP ke SAS kemudian ke SAS semula hanya untuk undian peranan. Keadaan ini menyebabkan penulis mula berasa begitu tertekan, namun pengalaman yang mengajar penulis, penulis berjaya mengatasinya. Kedua: Penulis bersma rakan-rakan yang lain tidak sempat untuk menikmati sarapan pagi, menyebabkan penulis mengalami kesakitan perut yang amat sangat.Namun ketika sesi perbahasan, semuanya berjalan dengan baik. Ketiga: Perlawanan yang penuh dengan tekanan bermula daripada sesi kuarintin sehinggalah kepada sesi perlawanan, begitu juga dengan pihak lawan. Boleh kata keserasian kami juga nampak kurang. Keempat: Menang ke,kalah ke, dapat pembahas terbaik ke perjuangan kami semua sudah tamat di sini. Berjaya mengalahkan SEMSAS tidaklah membawa sebarang makna kerana disebelah pihak, SAS sudah berjaya memenangi kesemua perlawanan. Akhirnya pada sebelang petangnya kami semua diwah oleh madam Hajar dan Cikgu Ipin ke Alamanda, Putrajaya. Hmmm tiada apa pun yang menarik, selain lengah-lengah kaki ataupun cuba menghabiskan duit. Malamnya diadakan makan malam HKSBP di PICC. Majlis tamat sekitar 12 tengah malam.









Hari kelima, 1 Jun 2009, Isnin

Tiada apa yang menarik untuk hari ini. Semuanya sudah tamat. Cuma bagi penulis seorang sahaja yang masih ada misi untuk dilaksanakan. Pertandingan pidato. Maka sepanjng hari sehinggalah ke malam hari, penulis bersma Cikgu Ipin menyiapkan teks pidato.

Hari keenam, 2 Jun 2009, Selasa

Hari yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba. Akhirnya semua kontinjen pulang ke sekolah masing-masing. Cuma penulis sahaja yang masih lagi berfoya-foya di KL ini.

Apa-apa pun jumpa di Kelantan untuk HKSBP 2010……….

www.tips-fb.com
www.tips-fb.com

Sunday, 17 May 2009

fever

after having a fever....hmmmm maybe i'm effected from my friend i'm getting better now.So i'm having my MC today. Firstly i'm very happy today.Because what???i can had my sleep,sleep and sleep.No more countdown in the morning!!!!!But so pity,,,i do not seat for my international language paper today.Maybe after this.Sorry Lau se........

But today what is very interesting today that when i had a change to go back to the skj today for the teacher's day event.So this year i still have change to meet back with all my ex-teacher.It's still funny that they still can remember my name but i can't memorize some of their name.

However,happy teacher day to all of you. Hopefully i can continue my journey(sitting for my mid- year exam this month)

Tomorrow is ADD M3!!!!!!
The next day is BAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Insya -allah...........................




Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
www.tips-fb.com

Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru






Lama tak menulis.........................

Penulis masih teringat lagi ketika penulis berada di sekolah rendah.Antara subjek yang paling penulis tidak gemari ialah subjek matematik yang kini menjadi subjek kegemaran penulis. Pernah ketika penulis di darjah satu,penulis diberi kerja sekolah matematik untuk disiapkan dalam masa satu malam.Kerjanya ialah menukarkan nombor kemudian menulisnya di dalam perkataan.Ada sepuluh semuanya.Namun ketika usia yang sebegitu muda bagi penulis ketika itu,penulis rasakan ianya satu beban yang begitu besar sehingga penulis menangis kerana tidak dapat menyiapkannya.Pada malam itu penulis menangis dan tidak mahu ke sekolah keesokan harinya.Namun pada keesokan harinya, penulis dapati,kerja itu sudah pun siap.Rupa-rupanya abah yang sipakan.Terima kasih abah!!!!!

Ketika penulis berada di tahap dua,penulis mendapat seorang guru matematik yang penulis rasakan begituuuuuuuuuuuuu garang!!!!!Namannya Cikgu Salmah.Orangnya berbadan agak besar dan memang garang dan menakutkan.Beliau akan memberikan kerja sekolah yang begitu banyak,hampir 50 hingga ke 100 soalan untuk disiapkan.Disebabkan penulis mendapat kerja yang terlalu banyak,pernah penulis terpaksa bangun daripada tidur seawal jam 2 pagi untuk menyiapkan kerjanya.

Pada suatu hari nak dijadikan cerita,penulis tidak dapat menyipakan kerja sekolah yang diberikan. Jadi apabila tiba waktu beliau,mulalah penulis kena denda.Dendanya,penulis mendapat cubitan yang begitu pedih di belakang badan penulis.Memulas-mulas dibuatnya.Sakitnya ketika itu,hanya Allah sahaja yang tahu.Kemudian penulis didenda lagi dengn ditambahnya lagi kerja sekolah matematik.Balik sahaja di rumah pada malam itu,penulis menagadu sakit belakang.Rupa-rupanya terdapat bekas lebam-lebam dan merah-merah kesan daripada cubitan sebentar tadi. Sehingga tinggal parut.

Semenjak kejadian itu,penulis mula 'anti' kepada beliau.Namun entah mengapa,mula timbul rasa sayang dan mengargai kepada beliau. Semenjak itu jugaklah penulis mula mencintai matematik dan sentiasa mendapat 'A' bagi matematik.Kadang-kala beliau akan begitu mesra dengan pelajar,pandai bejenaka dan berpewatakan sebagai seorang ibu dan nenek(kerana sudah bercucu)yang begitu baik kepada anak muridnya.Beliau pernah berkata,beliau garang sebab bukannya apa,cuma beliau sebagai ibu kami mahu melihat anak-anak muridnya berjaya,menjadi orang berguna untuk bangsa dan negara.Ketika itu penulis tidak menyedari tetapi sekarang penulis mula menghayati..................................

Tahun lalu,ketika penulis kemabli ke SKJ untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu di sana,penulis dapati beliau sudah tiada.Rupa-rupanya beliau sudah pun pencen pada tahun 2007.....................

Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.




Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;





Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.








Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(Usman Awang, 1979)

Apa-apa pun terima kasih kepada semua cikguuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yang banyak berjasa kepada penulis.






www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...