Pages

Friday, 23 January 2009

Belajar Untuk Bersyukur


menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

Begitulah bunyinya lirik lagu Laskar Pelangi yang turut menjadi lagu tema sempena MSR Tingkatan satu di sekolah penulis baru-baru ini. Sememangnya penulis lagu ini merupakan pilihan yang tepat terutamanya sebagai pelajar di bumi SBPIKP dalam menempuhi pelbagai cabaran dan onak serta duka


Sememangnya hidup ini penuh dengan cabaran. Masalah??? mesti ada punya ................Sakit,tension ,tak puas hati,banyak kerja sekolah itulah rutin biasa yang dihadapi oleh penulis di sekolah. Namun dalam sedar atau pun tak sedar,maka ketika saat itu terdapatnya hikmah yang boleh dijadikan pengajaran. Maka sentiasa ucapkanlah Alhamdulillah dalam apa jua keadaan.



Baru-baru ini penulis menghadapi demam selsema yang agak teruk. Kalau demam sahaja tak pa, ini tambah dengan selsema sekali. Aduh cukup menyeksakan. Malah, beberapa hari sebelum cuti, penuulis menghadapi sakit gigi yang sebelum ni penulis tak pernah hadapi.


Memang sakit tetap sakit. Sudah pasti kita akan merungut. Namun sebagi insan yang bersyukur dengan nikmatnya,janganlah terlalu merungut banyak sangat. Sememangnya sakit itu untuk menghapuskan dosa.


Namun apa yang penulis ingin ceritakan ialah disebalik kesakitan yang penulis hadapi,sememangnya terdapat banyak hikmahnya. Ketika inilah penulis mula boleh mula mengenal erti kenal dan lawan. Namun syukur atas nikmat-Nya banyak kawan yang penulis perolehi.


Malah ketika penulis menelefon mama memberitahu tentang keadaan penulis, petang itu juga dari Jitra mama dengan abah terus pecut datang ke sekolah untuk menghantar ubat. Sayang lagi mereka kat penulis. Kawan juga tak kurang yang membantu. Dekat dorm, rakan penulis sanggup mengorbankan waktu tidur mereka dengan tidak membuka kipas hanya semata-mata untuk penulis.


Malah ketika penulis menghadapi sakit gigi,pennulis bagaikan buntu kerana tidak tahu hendak melakukan apa-apa. Namun ketika itulah kawan itu mula memainkan peranan. Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila antara ramai kawan dalam 'batch' penulis yang sebelum ini penulis jarang berbual dengan meraka,turut menyebabkan penulis terdorang untuk bersama mereka.Menjadi lebih mesra. Ruapa-rupanya baik dan berpengetahuan tinggi juga korang ni yah.


Apa-apapun,cubalah untuk belajar bersyukur dalam apa jua keadaan. Kepada pelajar tingkatan satu yang baru masuk, cubalah belajar daripada lagu tema MSR untuk bersyukur kerana terpilih ke bumi SBPIKP. Bersyukurlah juga juga kerana anda tidak perlu lagi ditemuduga seperti pelajar ambilan kedua.Begitulah juga dengan penulis yang juga dulu merupakan pelajar ambilan kedua. Syukur.................kerana tidak perlu ditemuduga dan apa yang paling mebanggakan penulis,penulis boleh berdikari di sekolah dengan cemerlang walaupun tanpa minggu orientasi. Syurur kepada Allah atas nikmatnya sehingga apa yang penulis peroleh hari ini.



Maka sentiasalah ingat kepada pesan ibu ayah untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.Bersyukurlah kerana kita merupakan kalangan yang 'terpilih' dan terbaik dalam kalangan yang 'terbaik'.....................................................................................demi agama,bangsa dan negara.


mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

laskar pelangi takkan terikat waktu


www.tips-fb.com

Saturday, 3 January 2009

PENGHARGAAN

Penulis teringat sebuah kata-kata hkimat yang sebelum ini penulis rasa sukar untuk dipercayai namun akhirnya penulis rasakan ianya boleh dijadikan pegangan hidup. 'BERUSAHALAH KAMU WALAUPUN IANYA SEPAHIT HEMPEDU,NESCAYA USAHANYA SEMANIS MADU'. Begitulah bunyinya.

Sememangnya penulis tidak dapat nafikan bahawa dalam setiap kejayaan itu perlukan usaha. Sebab itulah terdapat pepatah usaha itu tangga kejayaan. Malah Allah pun telah berfirman di dalam ayat Al-Quran(surah Yassin:54).

Maka kepada kesempatan ini penulis ingin menyampaikan penghargaan penulis kepada insan-insan yang telah banyak membantu penulis terutamanya ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu:

BM
Cikgu Ain
Cikgu Aznizan
Cikgu Ariffin
Cikgu Rosmini(tingkatan 1)

BI
Sir Irwan
Sir Fiz
Mdm Fazlina(form 2)
Teacher Normala(form 1)

M3
Madam Siti Mulia
Cikgu Khadijah
Cikgu Zura
Cikgu Zul(tingkatan 1)

SN
Sir Wan
Mdm Husni
Cikgu Azraimah(form 2)
Cikgu Husna(form 2)
Mdm Amani(form 1)

BA
Ustazah Wan
Ustah Haliza

SJ
Cikgu Anis
Cikgu Zahrul
Cikgu Aznizan (tingkatan 2)
Cikgu Azrol(tingkatan 2)
Cikgu Amir Abd Hamid(tingkatan 1)

GEO
Cikgu Asmaniza
Cikgu Zulkepli
Cikgu Zura(tingkatan 2)

KH
Cikgu Azuan

PAI
Ustazah Azlina
Ustazah Haliza
Ustazah Hafizah(tingkatan 2)

Penulis juga ingin memohon maaf sekiranya tidak dapat meyatakan beberapa nama guru(mungkin sebab lupa kot. Ramai sangat!!!) yang telah banyak membantu penulis sepanjang 06-08. Begitu juga kepada rakan SBP dan MRSM yang sudi berkongsi maklumat dan membantu penulis. Rakan -rakan SM Jitra,terima kasih tidak ternilai atas perkongsian ilmumu.

Pengharagaan tidak ternilai kepada Abah, Mama, Alif, Nina, Tok, Mak Tam, Mak Pah serta ahli keluarga lain yang menjadi inspirasi kepada penulis. Syukran jazzilan....

Apa-apa pun doakanlah penulis mencapai kejayaan cemerlang bagi tahun ini.

Amin...............................









www.tips-fb.com

Thursday, 1 January 2009

Kartun/Animasi/Anime/Komik/Anime/Manga

Sepanjang cuti sekolah ini, penulis sering kali ditegur menonton kartun. Iyelah umur dah nak dekat 16 tahun. Namun penulis rasakan ini merupakan satu pandangan yang negatif. Siapa katakartun ni hanya untuk budak-budak sahaja. Sedangkan impak kartun ini amat hebat!!!

Kita lihat di Jepun,industi animasi(termasuk komik,anime,manga) dan sebaginya sudah menjadi industri yang menguntungkan bagi mereka. Penulis rasakan mungkin bagi rakan-rakan penulis bersetuju dengan pendapat penulis yang kartun bukanlah untuk budak-budak saja, tapi bagaimana dengan golongan dewasa??? Takkan malu kalau dilihat orang menonton kartun.Takdalah

Satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis berkaitan animasi ini ialah apabila memperkatakan tentang animasi Malaysia. Ramai yang memandang enteng. Hmmm....tak patriotik langsung. Korang ada pernah tengok Budak Lapok???Dah,bagus. Tu tandanya industri animasi Malaysia semakin maju.

Namun apa yang ingin dikongsikan penulis,ialah ketika penulis melihat iklan animasi di RTM yang ditaja oleh RTM sendiri. Hm....boleh dibanggakan. Satu medium yang baik untuk meyampaikan mesej kemasyarakatan. Grafik dia pun cantik, lawak pun ada.

Apa-apa pun INGAT.................................

sokonglah animasi kita.......................................





video












video
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...