Pages

Saturday, 21 March 2009

HKSBP 2:BUDAYA


Berbalik kepada HKSBP,kali ini penulis ingin sentuh pasal budaya. Sememangnya ini merupakan kali pertama penulis ke SOKSEK(nama tidak rasmi),jadi tiada apalah sangat yang hendak diceritakan pada pertama kalinya.Malah rakan pembahas yang lain pun tidak pernah menjejakan kaki ke sana. Kami dengar cerita pun daripada mulut cikgu saja yang menceritakan pengalaman beliau ke sana menaiki bas kerana menghadiri mesyuarat.

Disebabkan tiada siapa pun tahu dimanakah sebenarnya sekolah tersebut,menyebabkan keadaan menjadi panik sedikit. Sepanjang latihan bahas,antara isu utama yang turut dimainkan ialah

'Camana nak balik?'
'Camana tuh,sampai mesti lewat.Banyak tempat nak singgah'
'Bas nanti ada tak nak berhenti sik,jeniang,jeneri,pendang,gurun,kepala batas,bukit mertajam,alor setar.....................................................................?????????????????'

Penulis menjawab'Yang pasti bas tuh mesti singgah Jitra sebab bas nak balik sekolah'Ha..ha...

Itulah antara topik yang turut'diperdebatkan'.

Sesampai di sana,seperti biasa kami semua disambut oleh penyambut tetamu. Tapi yang hairannya tak ramai yang sambut.Patutlah,kontinjen yang paling lewat sampai. Sebaik sahaja sampai,tempat yang mula-mula sekali yang penulis tinjau ialah bilik kuarintin yang turut memberi pandangan penulis tentang kelas-kelasnya. Nampaknya biasa sahaja,tiada yang istimewa.

Sebaik sahaja di kelas,kami semua terus ke kelas.Haa ini yang paling ingin diketahui,keadaan asrama. Sepanjang perjalanan ke asrama,penulis dapati terdapat beberapa kerja pembinaan sedang dilakukan. Katanya nak buat asrama baru. Akhirnya sampai juga di dorm yang terletak di tingkat atas sekali.Boleh tahan,cuma katil je yang tak cukup. Tandasnya biasa-biasa saja.Tapi lebih selesa kat sekolah.

Dewan makannya taklah besar sangat,kena bukak kasut bila nak masuk.Susunan meja ikut kumpulan tertentu. Sekolah ini ada masjid,tapi masjidnya jauh sikit dan lokasinya agak istimewa dan unik.Tapi penulis tidak tahu bagaimana hendak diterangkan.

Itulah sedikit-sebanyak tentang sekolah ini. Kiranya lengkaplah sebagai sebuah sekolah. Kedudukannya agak 'dalam' sedikit. Tapi yang seronoknya sepanjang perjalanan terdapat banyak kedai-kedai dan'shopping complex.' Boleh shopping sakan nih.

Apabila sentuh pasal budaya,penulis tidaklah nampak sangat budaya sebenar tentang sekolah ini yang penulis dengar selama ini. Apa-pun penulis turut juga dapat mengetahu cerita-cerita 'panas' tentang sekolah ini tetapi rasanya lebih baiklah tak payah diceritakan.

Namun apa yang penulis paling seronok ketika di sini ialah dengan kantinnya(kesian kantin kat sekolah) dan dengan sebuah padang mini yang berhampiran dengan koperasi. Pemandangannya:subhanallah.Dari sini penulis dapat melihat pemandangan hijau dan bukit yang sejuk mata memandang.Puncak bukit agak tajam jugak,mungkin itu bukit mertajam.

Tapi kisahlah apa-apa pun tanggapan penulis dan rakan-rakan yang lain terhadap sekolah ini,tiada tempat yang lebih menyeronokan berbanding SBPIKP.Betapa bersyukurnya penulis kerana ditempatkan di sini.Walaupun mungkin terdapat beberapa kekurangan tapiiiiiiiiiii............kelebihannya tetap banyak.

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri tapi
korang pernah dengar ke pasal hujan emas??mana ada
hujan batu ada la jugak
jadi lebih baik hujan batu daripada tak hujan langsung
kerana hujan itu rahmat..........................

Cayalah SBPI Kubang Pasu.........
www.tips-fb.com

Thursday, 19 March 2009

Senioriti.........................

Sedar tak sedar Rosman kau sudah pun berada di tingkatan empat!!!!. Ya memang masa itu berlalu dengan begitu pantas.Maka memang betulah jika dikatakan masa itu ibarat nyawa!!!! bukannya emas kerana emas masih lagi boleh dibeli tapi kalau nyawa???

Maka bila dikatakan sebagai pelajar tingkatan empat,maka boleh dikatakan sebagai senior la.Dah 'besar' sikit la. Boleh perintah orang la. Namun hakikatnya penulisnya masih belum rasakan diri penulis ini sebagai 'senior' lagi. Kalau ikutkan hati penulis, penulis teringin berada di tingkatan tiga buat tahun ini sekali lagi. Bukan apa, kerana penulis belum bersedia lagi. Teringat dan rindu pula pada suasana,kawan,guru, dan subjek-subjeknya masa di tingkatan tiga dulu.Kerjanya pun taklah banyak dan berat sangat macam sekarang.Tapi mustahil bukan......

Baru-baru ini satu dasar ada diperkenalkan kepada pelajar. Bunyinya 's.e.n.e.o.r.i.t.i'.Hahh begitulah bunyinya.Hairannya kenapa baru-baru ini baru hendak diperkenalkan dasar ini,sedangkan selama ini memang sudah ada senioriti di bumi SBPIKP ini. Yang tua dipanggil kakak atau abang,yang muda dipanggil adik,beri salam kepada yang lebih tua,kasihi yang muda. dan hormati yang lebih tua. Semua budaya itu penulis rasakan sudah berjalan dengan jayanya yang menggambarkan sememangnya senioriti itu sudah ada. Tapi sudah tentulah terdapat beberapa kelompangan kan tetapi seteruk mana sehinggga menjejaskan budaya senioriti ini. Ye lah,bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan,laut mana yang tidak pernah bergelora.

Tapi penulis ada terdengar katanya 'senioriti' di SBPIKP ni lemah. Senior-seniornya 'lembik'. Junor-juniornya lebih naik 'kepala' daripada seniornya.Malah sampai ada orang bandingkan 'senioriti' di SBPIKP dengan sekolah 'S' tuh walaupun pada dasarnya mereka sendiri yang ingin mencontohi dan menggagumi SBPIKP.

Maka baru-baru ini dasar ini pun diperkenalkan. Kalau dilihat daripada perspektif yang positif,memang ada pentingnya. Sebenarnya senior-senior dekat sekolah memang perlu diperkasakan agar mempunyai daya memimpin dan dalam masa yang sama dipimpin bertepatan dengan visi sekolah untuk menzahirkan pemimpin bertaraf dunia. Namun ingat sesungguhnya kepimpinan itu melalui teladan!!!!

Setelah beberapa minggu dasar ini diperkenalkan, penulis mula terperasan akan sesuatu yang tak kena. Dasar ini rupanya telah disalahgunakan untuk kepentingan individu.

Iyelah ada ke patut,senang-senang saja pergi mendenda junior atas beberapa kesalahan sedangkan senior sendiri pun tidak beberapa terurus.Contohnya kerap kali penulis terlihat terdapat beberapa orang junior yang didenda berlari mengeliliingi asrama kerana tidak ke surau dan ada yang 'lack' prep.

Sememangnya bagus cara tu bagus. Tapi bagaimana pula dengan senior yang lain yang lain yang turut melakukan kesalahan yang sama?? Adil ke begitu??? Malah yang terlalu 'fanatik'memberi denda kepada kebanyakan junior bukannya senior yang elok sikapnya tetapi yang turut sama buat salah. Tenking-tengking orang kononnya nak tunjuk kuasalah tuh.

Buktinya mudah,kalau tak percaya cubalah datang ke asrama pada pukul 11 malam.Ada sestetengah senior akan mula menjerit-jerit menyuruh para junior menyusun kasut dan 'light off' yang kadangkala mengalahkan pengawas yang menjalankan tugas. Impaknya?? Sungguh bagus,semua kasut tersusun dengan elok di raknya dan lampu kamar dipadamkan tepat pada masanya disebabkan senioriti dan takut didenda oleh senior-senior. Tapi itu di paras satu saja,paras dua bagaimana???Kasut masih lagi terabur cuma lampu kamar saja yang dipadamkan tepat pada masanya.Yelah kalau tak padam nanti junior kata apa pulak.Tu pun kamar -kamar yang mempunyai no 3 di belakangnya masih lagi menyala lampunya.

Satu lagi hakikatnya kalau di surau pun junior -juniorlah yang akan datang awal ke surau. Yalah sekali imbas memang menunjukkan keberkesanan sistem senioriti tuh. Tapi kalau sampai saf depan tuh semuanya adik-adik junior 'terpaksa' penuhkan kerana para senior yang lewat datang ke surau,apa cerita??? Kalau tak percaya,datanglah ke muusolla pada waktu subuh,kita tengok siapa yang masbuk.Jarang kali nak nampak kelibat junior teapi senior.Kalau BADAR atau pengawas mungkin tak mengapa kerana menjalankan tugas tetapi yang yang ramainya(....................) .Hah faham -faham sendiri lah.

Malah kalau menunggu sementara masuk waktu solat pun, penulis acap kali akan ternampak para juniorlah yang sedang sibuk menghafaz dan membaca Al-Quran. Tetapi para senior sedang lagi lalai bersembang di luar.Hmm.... bgaimana tuh.

Malah apa yang lebih penulis rasakan lebih teruk lagi apabila baru-baru ini apabila kesemua ketua kamar kecuali kamar tingkatan lima didenda kerana 'kurang bersih' walaupun kalau dibandingkan,penulis rasakan semua kamar sama sahaja. Tambahan pula, apabila baru-baru ini kesemua pelajar putera dikumpulkan di surau dan para pelajar dikehendaki memegang Al-Quran kecuali juga tingkatan lima untuk mencari siapa pesalah yang telah merosakan kaca mata seorang senior. Tapi apa yang tambah memelikkan penulis,bagaimana para senior tahu bahawa kesalahan itu mesti dilakukan oleh junior dan bukannya senior. Sudahlah kami ditengking-tengking di dalam surau dan yang lebih teruknaya apabila senior yang 'hawar' pula lebih 'over' menengking-nengking kami berbanding senior yang kaca matanya rosak ataupun ketua BADAR ataupun ketua pengawas. Akhirnya tiada siapa pun yang mengaku walaupun Al-Quran telah digunakan. Jadi agak-agaknya siapa lagi yang rosakan???

Namun harus dingatkan,segala kenyataan yang penulis nyatakan bukannya membabitkan semua senior tetapi ada 'secupit' je. Tapi masalahnya yang 'secupit' tu lah yang telah menyalahgunakan senioriti ni.Dia suruh orang buat,tapi dia sendiri tak buat. Harus diingat!! kerana nila setitik,akan rosak susu sebelanga. Kalau seorang buat salah,semua orang akan mendapat tempiasnya. Itulah konsepnya. Jadi kalau ada antara kalangan senior yang 'cakap tak serupa bikin' sudah pasti senior yang lain akan mendapat tempiasnya juga. Jadi bagaimana pula hendak pastikan yang para junior betul -betul akan menghormati kita disebabkan kepimpinan kita yang telus,jujur dan adil????Tidak gunalah jika para junior takut kepada kita semata -mata kita ni merupakan senior ataupun kita mempunyai kuasa.

Akhir kata penulis terinagt akan kata-kata Asyraf Muiz ketika beliau memberikan tazkirah di surau:

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah As Shaff 61: 2 & 3)

Oeh itu para seniorku,marilah kita berubah demi kebaikan kita bersama!!!!




www.tips-fb.com

Sains Agama Pasif(Diam)?????

'Ala tuh kelas alim'
'Sebab tuh semuanya senyap.....................'

Hmmm................begitulah antara suara -suara sumbang yang dilemparkan kepada kelas sains agama.Form apa???Tak kisah form apa pun. Kalau kelas sains agama,mesti akan dengar punya.............

Apabila sebut pasal alim,penulis teringat akan suatu kata-kata hikmat semasa penulis di menengah rendah dulu.

Alim tu maknanya bukannya warak ataupun tinggi ilmu agama ataupun baik sangat,tapi alim tu عليم tu maknanya mengetahui.Bila dikatakan mengetahui itu,boleh dimaksudkan pandai la.Mungkin budak-budak kelas sains agama berpegang kepada kata-kata Saidina Ali Abi Talib'Apabila sempurna akal, kurang perkataan'.Tak begitu wahai sahabatku.

Kejadian yang menimpa di kelas penulis beberapa minggu yang lalu menyebabkan penulis memandang serius akan hal ini. Memang,buat pertama kalinya penulis memandang enteng akan perkara ini walaupun perkara ini telah disebut beberapa kali oleh guru.Tidak kurang jugak kawan yang turut menyakat.

Apa yang lebih mengejutkan apabila penulis mendapati beberapa orang guru tidak beberapa gemar untuk mengajar di aliran sains agama disebabkan masalah ini.

Disebakan masalah ini boleh dikatakan hampir menjadi serius,penulis mula memikirkan hal ini secara mendalam.

Hakikatnya kami(pelajar sains agama) rasanya bukanlah begitu terutamanya rakan-rakan yang belajar di sekolah semenjak tingkatan satu lagi yang sememangnya yang penulis amat kenali dengan sifat ceria dan peramahnya.Tapi apa yang memelikkan apabila kami semua berada di tingkatan empat,bagaikan ada suatu virus yang menyerang kami.'Virus' senyap. Sebab apa agaknya?? Subjek yang banyak ka???Walaupun pada hakikatnya penulis bukannya seorang yang tidak suka bercakap,namun kadang-kala penulis turut rasa malas nak bercakap.

Tapi apa yang lebih yang mengahairankan apabila kami di luar p&p keadaannya bertambah sedikit baik. Bagi orang yang macam penulis inilah yang kadang-kala cuba menjadi pencetus keadaan bersama rakan -rakan yang 'sekepala' untuk memeriahkan kelas setanding dengan kelas-kelas di atas.

Jadi masalahnya di sini,budak-budak sains agama bukanlah pendiam(alim) sangat,cuma mungkin kurang respond sedikit ketika di dalam kelas berbanding budak sains tulen dan teknikal. Sebenarnya maslaah ini tetap akan ada kepada budak sains agama tak kisah'batch' apa pun.

Tapi kenapa terjadi begitu ya????????????????????
Agak-agak apa yang boleh dibuat untuk selesaikan masalah ini ?????
www.tips-fb.com

Monday, 16 March 2009

16th March 2009

It was the third day for my holiday.Hmm... nothing interesting story to be tell. I had started doing my revision for my study.There still some subjects (bm,bi syariah and history) that I'm still not take it .So get ready for it!!!!
-Beside I'm started try to finishing as many as I can for my add m3 module.
-I also had book the flight tickets for my holiday in kl soon..............................................
www.tips-fb.com

Saturday, 14 March 2009

HKSBP 1:KALAH KE MENANG????



Antara pengajaran penulis yang penulis perolehi sepanjang HK kali ini ialah

-'The higher you climb,the harder you fail'
-'The people that never climb high,has never feel low'
-Semakin tinggi kalau kita letakan sesuatu harapan itu,semakin mudah kita nak bersedih atau tertekan kalau sesuatu benda itu tak menjadi.

Kenapa begitu???? Kalau nak tahu,begini ceritanya.................

Kejutan bermula apabila penulis mendapati bahawa pasukan SBPIKP akan bertemu dengan MCKK pada pusingan pertama.Huhhh terkejut katak dibuatnya. Namun apapun persediaan tetap dilakukan dan semuanya berjalan lancar. Maklumlah nak bertemu dengan sekolah yang agak hebat.....Namun apa yang lebih mengejutkan apabila penulis dikehendaki diserapkan untuk HKSBP Zon Utara pada kali ini atas beberapa sebab tertentu. Bermula pada saat itu,penulis terpaksa mengubah mind set daripada trainer kepada peserta. Huhhh.... penat dibuatnya ditambah lagi dengan hari sukan dan ujian topikal.Apa yang lebih memenatkan apabila sistem diubah pada saat-saat akhir. Namun semua itu ada hikmahnya.

Untuk pengetahuan semua,sasaran yang telah diletakkan bagi HK kali ini,ialah sampai ke peringkat separuh akhir.Agak-agaknya boleh tercapai tak???

Apa yang menarik bagi HK kali ini apabila melihat kepada sistem liganya. Pada pusingan pertama, SBPIKP akan bertemu dengan MCKK .Jika berjaya,pasukan SBPIKP akan bertemu dengan STAR pada pusingan ketiga.Kalau kalah,dijangka bertemu dengan SBPI Gopeng pada pusingan kedua.

Sebagai motivasi,kami semua akan berpuas hati sekiranya telah berjaya melepasi pusingan pertama walaupun diramalkan akan tersungkur pada pusinagn ketiga.Tetapi jika kalah pada pusingan pertama,pada hari itu juga pasukan SBPIKP akan ke pusingan kedua dan laluannya akan menjadi lebih senang.Semuanya ada timbal-baliknya.Namun menang tetap menang telah disematkan kepada setiap pembahas.

Nak dijadikan cerita,pada hari pertandingan,tidak disangka-sangka apabila kami berjaya menewaskan MCKK.Lebih mengejutkan apabila penulis telah dipilih sebagai pembahas terbaik.Kecoh dibuatnya.Di SOKSEK,SBPIKP,kalangan peserta,cikgu dan peserta sekolah lain,semuanya asyik bercerita pasal kemenangan kami.

Ada yang mengatakan bahawa MCKK masih lagi belum menunjukkan 'taring' yang sebenarnya ketika berlawan dengan kami kerana inginkan laluan yang lebih senang. Penulis pun pada mulanya berasa begitu.Nak difikirkan,persembahan kami biasa sahaja.Tapi,pihak lawan pun taklah sehebat mana.

Namun, semua itu penulis tak kisah.Apa yang penting kami semua telah memperolehi pengalaman,pengalaman yang agak berharga,pengalaman yang tidak mudah akan diperolehi dimana-mana,pengalaman bertemu dengan orang yang hebat.Apa-apa pun langkah perlu diatur,strategi perlu dirancang untuk bertemu dengan orang yang lebih hebat pada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya, perlawanan dengan STAR pun berlangsung.Namun telah ditakdirkan kami tewas kepada mereka walaupun pada kali ini kami rasakan perlawanan pada kali ini lebih mudah berbanding pusingan pertama dahulu.Keyakinan nak menang pun kuat.

Jadi kesimpulannya,tiada peningkatan yang dilakukan kerana tetap terkandas pada pusingan ketiga sama seperti di SERATAS dahulu.Target pun hancur.

Mungkin ada hikmah disebaliknya............................
Walaupun sukar untuk menerimanya.....................

Pengajarannya di sini semakin tinggi harapan kita ,semakin sedih atau tertekan kalau sesuatu benda itu tak menjadi .Jadi lebih baik kita hidup tanpa harapan.

Eh??? Betulkah pengajarannya sepatutnya begitu???
Kalau hidup tanpa harapan,bagaimana nak berjaya???????

Anda bagaimana??????
www.tips-fb.com

Thursday, 12 March 2009

HKSBP ZON UTARA:1001 MAKNA DAN CERITA

Huhhh.....................akhirnya penulis pun telah sampai di rumah setelah 3 hari 'berkampung' di SOSEK. Banyak cerita yang penulis ingin sampaikan. Macam -macam yang jadi, sampaikan penulis naik pening buatnya.


Cerita kemenangan,kejayaan,kekalahan,kegagalan,konflik,penganiayaan,kontorversi,suka,duka,kejutan budaya,kena excort dengan orang yang tak dikenali,tension dengan hakim malah cerita cinta pun ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Huhhhhhhhhh....................... semua itu cerita dan pengalaman yang penulis dapati sepanjang 3 hari berada di sana.




Apa-apa pun ikut perkembangan sepenuhnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Pembahas-pembahas dan guru SBPIKP 09 HKSBPZON UTARA









jurulatih merangkap pengiring/ketua kontinjen:Cikgu e-paint









Syahrul-YB pertama








ROSMAN-YB kedua









HAYATI-YB ketiga









SYAHNIZA-yb keempat















1st speaker:Nadzrin





2nd speaker-Atikah


3rd speaker:Azwan

4th speaker:Aqila

Maaf kepada kerana ketiadaan gambar teacher Widat kerana ketidaksudian beliau. Maaf juga kerana tiada gamar para 'penyeludup' kerana tak sempat.Ha....ha........................................Ahaks....

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...