Pages

Saturday, 18 April 2009

New vision new mission


"We are human. Which human does not commit any mistake? Give us a chance, only with cooperation among ourselves, we can be a better leader." - Anonymous

After I am having the most tired week,lastly I'm having time for rest.This holiday I think I want to do many things that I want to do, but unfortunately because lacking of time just a few thing that can be done.

For this short two day holiday,I am starting to ask to myself.Am I a good person????That other people like me or not?????Friends,teacher hmmmmmmmmmmmmmm how???

However I'm starting to look at myself.How about my study,all my plans for short term or long term????It successful or not.Actually many things that I'm dream it,I'm still do not get it.Many thing,many work,many hardwork that I need to do it to achieve my goal.Certainly it must need a lot of sacrificing.So, I hope all of my vision and my mission will be successful.To my friend,teachers and family please pray for my successful.I need the supporting from all of you.Without all of you,who I am..............................................

www.tips-fb.com

Seminggu yang memenatkan


Walaupun cuti hujung minggu ini penulis akan berakhir sebbentar saja lagi,namun penulis rasakan inilah cuti yang paling berharga. Selepas ini penulis akan berkampung di sekolah selama hampir sebulan lebih sehinggalah cuti penggal kali ini. Sudah banyak tugasan yang sudah menanti di sekoalah.
-PPT,Bahas UIA,PPM,Piala Hajah Rubiyah,batch,PERGEO dan pelbagai kerja sekali.Namun penulis akui,kesemua yang penulis tempuhi ini sudah sedikit sebanyak mematangkan penulis sebagai seorang remaja yang sedang membesar.

Berikut antara rentetan seminggu yang lalu yang agak memenatkan.

Jumaat:Gotong-royong bermula sempena MAC.Segala perkara yang dirancang untuk cuti terpaksa dilepaskan.Petangnya dikehendaki mengikut kursus rumah.Baju tak basuh lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Sabtu:Pada paginya ada kursus ketua rumah.Tamat pada pukul 3 petang.Ketika itu apa yang penulis sedang ingat ialah tentang baju yang belum dibasuh dan kerja sekolah.

Ahad:Sesi p&p seperti biasa.Kemudian ada perhimpunan KOKU.Seronok dengar Safuan berucap.Kemudian kena jumpa Cikgu Malik,ada latihan pidato.Malamnya prep macam biasa.

Isnin:Hari yg tidak ditunggu telah tiba.Sesi raptai untuk MAC diadakan.Kurang lancar. Agak bosan terperap dalam dewan dalam kepanasan.Malamnya pulak diadakan perjumpaan sebentar dengan semua ahli batch.Waktu malamnya tidak tenang untuk prep sebab esok nak berjalan!!!!!!!!!!!






Selasa:Ini barulah hari yang ditunggu. Perjalanan ke UTP amat menyeronokan.Rasa semangat pulak untuk belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh masuk universiti.Sampai sekolah pada waktu malam.Cukup memenatkan ditambah hujan yang renai-renyai menyebabkan penulis tidur awal malam tu.

Rabu:Sesi raptai kembali.Memang agak memenatkan.Segala persiapan akhir dilakukan.Tidak urang jugak perubahan drastik.Pada prep petangnya diadakan perjumpaan PERGEO.Rancangan nak ke Taman Negara Pahang.Wahhhhhhhhhhhhh............Malamnya diadakan lagi gotong-royong.Hmmmmmmmmmmmmmmm..........

Khamis:MAC telah pun tiba. Namun 'kurang' sikit la...........................

Jumaat dan Sabtu:Penulis hanya sempat untuk bersukaria sedikit sahaja sebab banyak kerja yang dibawa pulang.Petang ni nak balik dah.......................

Apabila berada dalam tekanan,jadilah seperti mutiara.Ingatlah semakin bertambah tekanan,semakin baik mutiara yang dihasilkan.

Jangan mudah melatah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
www.tips-fb.com

Friday, 17 April 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009




Mukadimah: 'Maka belajarlah kamu untuk bersyukur.Janganlah kamu kufur dengan nikmat-Nya.Ingat!!!!peluang hanya datang sekali(walaupun dalam hidup selalunya akan ada peluang kedua),namun gunalah peluang yang ada.Belajarlah untuk bersyukur dan mensyukuri nikmat.............................................

Jika sebelum ini,penulis ada menulis artikel berkenaan bersyukur namun semenjak MAC yang baru-baru ini berlangsung penulis mula merenung akan diri penulis,'betulkah aku benar-benar bersyukur????'.Penulis rasakan pegangan penulis yang selama ini penulis pegang kian luntur.Namun,penulis masih lagi cuba untuk memperbaikinya.Begini ceritanya

MAC pada kali ini menyebabkan penulis mampu berfikir lebih matang. Jika sebelum ini lebih banyak mengikut saja,namun pada kali ini lebih banyak berfikir(tidak kurang juga merungut dan memberontak).

Kebiasaanya,apabila seseorang anak itu berjaya mendapat anugerah untuk MAC maka ibu bapalah yang akan berasa begitu gembira,terharu. Selama ini hasil didik,doa dan kasih sayang kepada anaknya sudah membuahkan hasil walaupun ada sesetangah pelajar berjaya mendapat anugerah untuk subjek Sivik sahaja.Tidak kurang juga pelajar,akan terbit rasa sedikit bangga dan lega dalam diri pelajar,berbaloi dengan setiap hari naik turun tangga asrama,prep petang dan malam,'stay up' sampai 2,3 pagi,kerja sekolah sekolah bertimbun-bertimbun,leteran cikgu dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan, MAC merupakan wadah bagi meraikan pelajar yang sememangnya sudah berusaha gigih dalam mencapai kecemerlangan.

Namun..................

Sebaik sahaja penulis menerima kad untuk MAC kali ini penulis mula rasakan tidak sedap hati,walaupun kad yang diterima penulis cantik,berwarna kuning cair,siap di'liminate' lagi. Akhirnya apa yang dijangkakan penulis memang tepat sekali.Pertama, reaksi ibu bapa penulis yang kurang 'bermotivasi'.Jelas kepaparan kebosanan yang ada pada mereka.Ketika MAC sedang berlangsung,penulis dapat melihat ibu penulis yang begitu kebosanan sehingga berpeluh-peluh keseorangan dalam dewan ditinggalkan oleh ayah penulis yang hanya sekejap sahaja berada dalam dewan. Ikutkan hati mahu saja penulis pergi duduk bersama ibu penulis,tapi apakan daya,disebabkan protokol dewan yang membataskan pergerakan penulis.
















Tambah memburukan lagi apabila kedatangan perasmi yang LEWAT ke majlis menyebabkan penulis dapat melihat ramai ibu bapa yang mula duduk tak senyap.Sebaik saja penulis tiba di rumah,seperti biasa reaksi yang biasa dan negatif diberikan.Tiada ucapan tahniah,kagum ataupun terharu diberikan.Tapi penulis sudah biasa,setipa tahun pun begini

Itu cerita ibu bapa penulis,tapi ini cerita penulis pula.Pertama sekali apa yang penulis kesalkan apabila pada asalnya penulis tidak dapat bersalam dengan Datuk Alimuddin kerana beliau hanya akan menyampaikan anugerah kepada pelajar SPM dan guru sahaja. Tapi tentatif program diubah apabila beliau tidak dapat hadir disebabkan kesibukan beliau,maka penulis akan menerima hadiah daripada Puan Aisyah. Maka penulis dan rakan-rakan cuba melakukan yang terbaik berlatih untuk menerima hadiah.Maka seperti biasa sesi raptai dilakukan.Tunduk,langkah kiri,kanan,ucapan terima kasih semuanya sudah diset dalam kepala.Nasib baiklah penulis seorang pengawas,perkara protokol yang sebegini sudah biasa walaupun tidak menyukainya. Tapi bagi pelajar -pelajar lain ianya boleh dianggap sebagai satu'bebanan' yang besar kepada biasa terutamanya yang baru pertama kali mahu mengambil anugerah .Ketika sesi raptai dijalankan,ada yang terpaksa berulang-alik berkali-kali,sampai ada kalanya terpaksa dimarahi oleh pengawas dan guru.Tidak kurang juga yang bahan ketawa.Tapi semuanya hancur berkecai sekelip mata apabila rupa-rupanya orang lain yang memberi hadiah.Tapi apa yang memenatkan kamilah penerima anugerah,terpaksa duduk di dalam dewan berpanas,mendengar perkara yang sama,naik turun pentas,beratur dan sebagainya.Tapi yang bertuahnya apabila ada sesetangah guru yang tidak perlu melalui semua ini dan menaiki pentas dengan biasa sahaja untuk mengmbil hadiah.Apa-apapun penulis rasakan sudah kerugian begitu banyak masa semata-mata untuk perkara ini.

Perkara kedua yang penulis paling tidak suka terutamanya dalam majlis formal ialah mendengar ucapan.Bukannya apa,penulis bosan apabila mendengar ucapan yang bukan merupakan ucapannya sendiri(teks ucapan ditulis oleh orang lain).Kalau ketika setiap perhimpunan pagi ketika sesi pengucapan awam,para pelajar selalu ditegur supaya kita tidak melakukan'public reading' sebaliknya 'public speaking' kerana kita hendak memberikan ucapan,bukannya membaca. Namun yang menghairankan penulis kenapa kebanyakan dalam majlis formal,para VIP akan membaca teks yang bukan disediakan olehnya.Hal ini dapat dilihat apabila sesi ucapan dijalankan ketika MAC..Ucapan pertama yang disampaikan oleh Madam Bibi melegakan sedikit hati penulis kerana sudah diringkaskan sedikit berbanding ketika penulis mendengarnya ucapannya yang begitu panjang lebar ketika sesi raptai yang menceritakan hampir kesemua kejayaan kokurikulum sekolah.Tidak kurang juga asyik mengulang perkara yang lama yang penulis rasakan tiak perlu lagi diungkitkan terutamanya SPM 2007.Tapi apa -apa pun ucapan itu sedikit membosankan apabila masih jelas menggambarkan nada membaca ucapan orang lain.











Ketika sesi ucapan dilakukan oleh VIP bertambah menyuramkan majlis.Pertama disebabkan kelewatan perasmi menyebabkan ucapan tidak lagi menarik didengari ditambah pula teks yang disediakan terlalu berfakta dan tinggi arasnya.Nada membaca teks kurang disenangi Tapi jangkaaan penulis sememangnya tepat,ketika perasmi keluar sedikit daripada membaca teks ucapan,suasana dewan menjadi menarik seketika.Para pelajar yang terlelap pun terjaga.Penulis masih ingat lagi kata-kata beliau yang keluar sedikit daripada membaca teks ucapan

'Untuk makluman Tuan-Tuan dan Puan-Puan,di SBP para pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit. Telefon bimbit diharamkan.Kalau dibawa juga nanti segala kemudahan akan disekat'kata beliau dengan yang bersahaja dan menarik menyebabkan seisi dewan'segar' semula berbanding mendengar bacaan teks ucapan yang mendatar.Ditambah lagi teks ucapan bukanlah hasil nukilan sendiri menyebabkan ianya kurang menarik.

Sebaik sahaja sesi penyampaian hadiah selesai,tibalah sesi persembahan. Persembahan yang disampaikan oleh rakan penulis memang menarik,namun apa yang penulis lihat ialah reaksi biasa sahaja daripada ibu bapa .Mungkin disebabkan terpaksa menunggu perasmi yang lewat menyebabkan ibu bapa menjadi kurang berminat walaupun kami pelajar-pelajar sentiasa didik oleh para guru supaya sentiasa menepati masa.

Sebaik saja sesi dalam dewan tamat,majlis bersurai. Ingatkan ada sesi fotografi,tapi rupa-rupanya untuk guru-guru sajahaja.Tapi tak kisahlah kerana sesi bergambar dijalankan ditengah panas,malaslah!!!!Jamuan pun hanya untuk jemputan khas dan guru-guru sahaja sebaliknya pelajar dan ibu bapa yang diraikan diberikan nasi bungkus dan air mineral saja.Apa-apapun ketika itu rumah saja yang kelihatan difikiran penulis.

Kesimpulannya di sini penulis kurang menyukai MAC kali ini dan penulis rasakan yang ianya sama saja seperti tahun-tahun berikutnya.Dengan asyik berpakain 'full malay' setiap tahun yang agak merimaskan terutamanya pelajar putera yang terpaksa memakai samping berbanding guru yang akan bertukar warna bajunya setiap tahun.Hadiahnya tetap fail.Dan apa yang penulis paling tidak sukai ialah sesi raptai ketika menerima hadiah walaupun ianya memang penting,namun apa yang penulis lagi kesalkan ada pihak yang tidak perlu menempuhinya.

Diharapkan agar tiada lagi kelewatan yang serius dalam majlis-majlis yang akan datang. Penulis juga mengimpikan VIP yang akan memberikan atau membaca ucapan nukilannya sendiri dengan penuh bersahaja dan bersemangat,bukannya membaca teks ucapan orang lain tanpa penghyatan dan membosankan(tapi lebih baik 'public speaking' daripada'public reading').

Akhir sekali penulis ingin memohon kemaafan,sekiranya kenyataan penulis pada nukilan kali ini ada menyentuh hati mana-mana pihak.Namun ini adalah pandangan dan rasa penulis yang ingin penulis luahkan yang mungkin boleh direnung-renungkan.Jutaan syabas dan tahniah kepada-kepada guru-guru,khasnya kepada rakan-rakan pelajar dan seluruh warga SBPI Kubang Pasu yang mencuba sedaya-upaya,mengerah keringat,bergotong-royong berkali-kali dan berusaha untuk menjayakan MAC.Sessunguhnya manusia hanya merancang tapi Allah yang menetukan..................................................................................................

p/s:Pengalaman sepanjang 4 kali MAC menyebabkan penulis sudah mula berfikir dua kali untuk MAC seterusnya.Diharapkan selepas SPM nanti pihak sekolah masih mahu menjemput penulis ke MAC kerana penulis tidak perlu lagi mengikuti raptai :-)


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...