Pages

Sunday, 17 May 2009

fever

after having a fever....hmmmm maybe i'm effected from my friend i'm getting better now.So i'm having my MC today. Firstly i'm very happy today.Because what???i can had my sleep,sleep and sleep.No more countdown in the morning!!!!!But so pity,,,i do not seat for my international language paper today.Maybe after this.Sorry Lau se........

But today what is very interesting today that when i had a change to go back to the skj today for the teacher's day event.So this year i still have change to meet back with all my ex-teacher.It's still funny that they still can remember my name but i can't memorize some of their name.

However,happy teacher day to all of you. Hopefully i can continue my journey(sitting for my mid- year exam this month)

Tomorrow is ADD M3!!!!!!
The next day is BAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Insya -allah...........................




Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
www.tips-fb.com

Saturday, 16 May 2009

Selamat Hari Guru






Lama tak menulis.........................

Penulis masih teringat lagi ketika penulis berada di sekolah rendah.Antara subjek yang paling penulis tidak gemari ialah subjek matematik yang kini menjadi subjek kegemaran penulis. Pernah ketika penulis di darjah satu,penulis diberi kerja sekolah matematik untuk disiapkan dalam masa satu malam.Kerjanya ialah menukarkan nombor kemudian menulisnya di dalam perkataan.Ada sepuluh semuanya.Namun ketika usia yang sebegitu muda bagi penulis ketika itu,penulis rasakan ianya satu beban yang begitu besar sehingga penulis menangis kerana tidak dapat menyiapkannya.Pada malam itu penulis menangis dan tidak mahu ke sekolah keesokan harinya.Namun pada keesokan harinya, penulis dapati,kerja itu sudah pun siap.Rupa-rupanya abah yang sipakan.Terima kasih abah!!!!!

Ketika penulis berada di tahap dua,penulis mendapat seorang guru matematik yang penulis rasakan begituuuuuuuuuuuuu garang!!!!!Namannya Cikgu Salmah.Orangnya berbadan agak besar dan memang garang dan menakutkan.Beliau akan memberikan kerja sekolah yang begitu banyak,hampir 50 hingga ke 100 soalan untuk disiapkan.Disebabkan penulis mendapat kerja yang terlalu banyak,pernah penulis terpaksa bangun daripada tidur seawal jam 2 pagi untuk menyiapkan kerjanya.

Pada suatu hari nak dijadikan cerita,penulis tidak dapat menyipakan kerja sekolah yang diberikan. Jadi apabila tiba waktu beliau,mulalah penulis kena denda.Dendanya,penulis mendapat cubitan yang begitu pedih di belakang badan penulis.Memulas-mulas dibuatnya.Sakitnya ketika itu,hanya Allah sahaja yang tahu.Kemudian penulis didenda lagi dengn ditambahnya lagi kerja sekolah matematik.Balik sahaja di rumah pada malam itu,penulis menagadu sakit belakang.Rupa-rupanya terdapat bekas lebam-lebam dan merah-merah kesan daripada cubitan sebentar tadi. Sehingga tinggal parut.

Semenjak kejadian itu,penulis mula 'anti' kepada beliau.Namun entah mengapa,mula timbul rasa sayang dan mengargai kepada beliau. Semenjak itu jugaklah penulis mula mencintai matematik dan sentiasa mendapat 'A' bagi matematik.Kadang-kala beliau akan begitu mesra dengan pelajar,pandai bejenaka dan berpewatakan sebagai seorang ibu dan nenek(kerana sudah bercucu)yang begitu baik kepada anak muridnya.Beliau pernah berkata,beliau garang sebab bukannya apa,cuma beliau sebagai ibu kami mahu melihat anak-anak muridnya berjaya,menjadi orang berguna untuk bangsa dan negara.Ketika itu penulis tidak menyedari tetapi sekarang penulis mula menghayati..................................

Tahun lalu,ketika penulis kemabli ke SKJ untuk berjumpa dengan cikgu-cikgu di sana,penulis dapati beliau sudah tiada.Rupa-rupanya beliau sudah pun pencen pada tahun 2007.....................

Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.




Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;





Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.








Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(Usman Awang, 1979)

Apa-apa pun terima kasih kepada semua cikguuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yang banyak berjasa kepada penulis.






www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...