Pages

Friday, 12 June 2009

Pengawas.................



Ada sebuah kisah yang agak menarik yang ingin penulis kongsikan dalam badan pengawas sekolah. Sebuah kisah tentang seorang insan yang begitu 'unik' orangnya sehingga menyebabkan kadang-kala penulis mengharap akan ramai orang menjadi seperti beliau ataupun penulis menjadi seperti beliau. Tapi kadang-kala penulis rasakan ianya seperti satu bencana sekiranya penulis menjadi seperti beliau, kerana perwatakannya menyebabkan ramai orang tidak menyukainya.

Baiklah, penulis namakannya Mrs. X. Untuk pengetahuan semua, beliau ini seorang yang sangat garang,tegas dan ramai yang tidak menyukainya(lelaki la). Namun kalau dilihat daripada perspektif yang lain, memang sepatutnya kami(pengawas) berpewatakan seperti beliau kerana beliau amat tegas dalam melaksanakan tugasnya.

Namun apa yang penulis tertarik kepada beliau, walaupun beliau tidak disukai oleh ramai orang sehingga beliau kadang-kala dikutuk dan dikeji dengan amat dahsyat oleh pelajar lelaki, namun tiada sesiapa yang berani untuk menentangnya. Ketika beliau menjalankan tugasnya, walaupun dengan mukanya yang agak menakutkan dan tidak kurang jugak diherdik, ditengking dan ditegur secara telus dan tulus namun tiada siapa berani menentang. Ha... itulah kehebatannya yang menyebabkan segala kerja kalau diberikan kepada beliau boleh berjalan lancar walaupun dalam masa yang sama ramai orang(pelajar) yang kurang berpuas hati dengan beliau. Ketika X bercakap di dalam mesyuarat pengawas, semua orang akan 'terdiam' memberi perhatian walaupun ada suara-suara sumbang di belakang kemudian akan dismabung umpatan tersebut hingga ke hostel. Malah keberanian X memang tidak disangkal lagi apabila X telah berani menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap individu di dalam badan pengawas secara terus kerana tidak menjalankan tugas.

Memang disebabkan perwatakan X, ramai orang tidak menyukainya. Malah ada orang katakan,sebelum X menjadi pengawas X juga turut melakukan masalah disiplin terutamanya dengan membawa telefon bimbit dan seterika!!! Namun penulis rasakan penulis rasakan X mungkin sudah menjadi 'tegas' atas tabggungjawab yang diberikan kepadanya. Iyalah takkan sudah dilantik menjadi pengawas masih mahu melakukan masalah disiplin.

Kadang-kala penulis tertanya bagaimana X boleh hidup dengan berpewatakan seperti begitu. Mesti ramai orang anti dia. Mesti tak banyak kawan???? Itu penulis tak dapat nak jawab kerana penulis bukanlah satu kelas dengan beliau.

Pada suatu hari selepas X baru sahaja melepaskan geramnya, penulis terdengar ada seorang pengawas lelaki yang mengatakan memang perlu kami(pengawas)memiliki orang sebegitu kerana X begitu berani dalam menegur kesalahan dan begitu tegas dan amanah dalam melaksanakan tugasnya.

Mendengar pendapatnya, penulis bersetuju. Namun untuk menjadi seperti X menyebabkan penulis akan cuba berfikir 1001 kali.

Namun apa-apa pun yang berlaku, sudah pasti selepas sekolah dibuka kebanyakan badan kepimpinan di sekolah akan diambil alih oleh pelajar tingkatan 4 pula. Sudah pasti ini merupakan satu cabaran yang kami akan tempuhi. Semoga semuanya akan berjalan lancar........
www.tips-fb.com

Tuesday, 9 June 2009

Bas oh bas!!!!!!!!

Beberapa hari yang lalu penulis pernah menonton satu rancangan yang mengisahkan seorang rakyat Malaysia yang sudah menetap di Hong Kong sudah hampir 20 tahun. Apabila ditanya kepada beliau mengapa beliau memilih untuk tinggal di Hong Kong dan bukannya di Malaysia, beliau menjawab kerana disini beliau mudah rasakan untuk ke mana-mana sahaja kerana terdapati kemudahan pengankutan awam yang canggih. Berbeza di Malaysia, katanya semuanya memerlukan kereta untuk ke mana-mana sahaja sehingga menyebabkan kesesakan, pencemaran dan bunyi yang bising!!!! Kemudahan pengankutan awam juga kurang efisyen.

Hmmm mungkin suatu hari nanti, penulis akan mengambil keputusan untuk menetap di Hong Kong jugak.................................

Perjalanan penulis ke Alor Star pada hari ini dengan menaiki bas, bolehkan penulis sifatkan seperti sebuah perjalanan ke Kuala Lumpur. Malah penulis rasakan, penatnya lebih mengalahkan perjalanan ke Kuala lUmpur!!! Ya, mungkin ini satu dugaan atau kebiasaan apabila bagi menggunakan pengankutan awam seperti bas, namun hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengankutan awam terutamanya bas masih lagi berada pada tahap yang begitu rendah terutamanya di Kedah ini.

Pertama sekali dapat dilihat apabila tiada jadual yang tetap bagi bas-bas ini bergerak ataupun waktu kekerapan bas yang perlu ditunggu menyebabkan penulis terpaksa menunggu hampir sejam untuk mendapatkan bas hanya ke Alor Star.Penulis rasakan, mereka hanya bergerak mengikut sesuka hati mereka dan apabila penuhnya penumpang di dalam bas mereka. Begitu jugak dengan perjalanan pulang. Walaupun penulis berada di Shahab Perdana, namun penulis masih terpinga-pinga untuk mendapatkan bas!!!! Bukan kerana tidak tahu, cumanya bas sudah ada, tetapi pemandunya tiada. Hampir setengah jam menunggu namun habuk pun tiada. Akhirnya penulis megambil keputusan untuk menjenguk sebentar bas di bahagian Mara Liner. Apa yang mengecawakan penulis rupa-rupanya bas hendak ke Jitra sudak hendak bergerak sedangkan tiada sebarang pengumuman dan masih terdapat beberapa penumpang yang masih lagi bas HBR yang ketiadaan pemandu di hujung nun sana. Cukup menyushkan . Ini juga merupakan satu masalah apabila terdapat terlalu banyak syarikat bas yang menebabkan kecelaruan dan kekeliruan. Dicadangkan agar diseragamkan sistem bas ini seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur iaitu Rapid KL dan Penang agar tidak mencelarukan dan menyusahkan pengguna. Suatu lagi kelemahan yang ketara bagi sistem bas di Kedah ini ialah apabila tidak diwujudkan perhentian-perhentian yang tetap untuk berhenti. Berbeza seperti di Kuala Lumpur apabila terdapatnya perhentian yang sudah ditetapkan dan laluan bagi setiap bas juga sudah dinyatakan di perhentian bas. Begitu jugak dengan tiketnya. Hanya ditebuk-tebuk lubang pada tiketnya tanpa sebarang diskripsi pada tiket. Bagi pelanggan tetap, mungkin sudah mengetahui tambang yang perlu dibayar, namun bagi pelancong atau oarang yang pertama kali menaiki bas, sudah pasti ini akan menyusahkan. Tambang tidak dinyatakan di perhentian bas dan hanya dapat diketahui oleh konduktor bus.

Kesimpulannya sistem bas di Kedah ini masih berada pada tahap yang lemah. Maka sudah tiba masanya suatu perubahan perlu dilakukan. Penulis rasakan sudah tiba masanya untuk mewujudkan sistem LRT di Kedah ini bagi meningkatkan mutu kenderaan awam dan bagi meyenangkan pengguna. Bertepatanlah dengan slogan 'Kedah Maju 2010'....................................................................??????????

p/s:Penulis mengharapkan agar segera dapat memiliki lesen memandu kereta........................................
www.tips-fb.com

Holiday!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My boarding passes.



the book festival at MINES Serdang!!



At Aquaria KLCC. Nothing such different. It like visiting the Underwaterworld at Langkawi









The LRT from Tasik Selatan to KL






When I’m typing for this article, I still have about few days more for my holiday. Having a lot of work that need to be done, this holliday just like a normal one. Many experiences that I get it for this time.

Lived at Kuala Lumpur had taught me many things. The people, the food, the sosialization, the transportation(the public one that I used it:LRT, KL Monorel, Komuter, Rapid KL bas) and eventhough the technolgy!!!!! If I’ve a lot of money, I’m sure that I will get the new one Sony Ericson Walkman mobile phone to replace my Nokia 5200 or get a new DSLR camera or maybe Sony PSP????. Because it is too cheap.


However like usual I felt a little bit bored and miss my home. At last, on the Sunday night I had return home to Jitra…………YAHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
www.tips-fb.com

Thursday, 4 June 2009

HKSBP ke 36




Cerita yang akan penulis ceritakan untuk HKSBP kali ini mungkin tidaklah semanis yang disangka dan dijangkakan. Namun secara keseluruhannya penulis rasakan ini merupakan satu lagi pengalaman baru yang penulis rasakan tidak semua orang berpeluang untuk menikmatinya.

Hari pertama,28 Mei 2009,Khamis

Ketika semua pelajar sedang sibuk mengankat beg masing-masing menghala ke kantin untuk melepaskan rindu masing-masing di kampung halaman,penulis dan rakan-rakan pembahas yang lain mempunyai satu lagi misi untuk mengharumkan nama sekolah. Setelah hampir sebulan berpenat lelah'bergelumang' dengan surat khabar dan pelabagi konflik dalaman, maka sudah tibalah masa untuk dituai. Perjalanan pada kali ini bermula tidaklah sesenag seperti selalu.Menaiki bas sekolah yang sedikit panas terus ke Changloon untuk menaiki bas SMSTSP sehingga menyebabkan penulis tertinggal songkok penulis di dalam bas. Namun apa yang sedikit menarik pada rombongan kami ialah kami desertai oleh delegasi daripada SMS Kubang Pasu yang diantaranya ialah Si Viki dan Cikgu Zul. Maka di atas bas, terdapat banyak cerita yang diumpatkan oleh kami semua. Sepanjang hentian kami di R&R, penulis juga mendapati terdapat sekolah baru yang turut menyertai HK pada kali ini seperti SMS Kepala Batas. Setelah hampir 5 jam sejuk menggigil di dalam bas, akhirnya kami tiba juga di SSP,Cyberjaya. Sambutan yang agak biasa sahaja oleh LO kami.Namanya Sara,orang selangor,PRS,tingkatan empat. Setelah tamat sesi pendaftaran, kekalutan sedikit berlaku apabila Cikgu Ain memberitahu terdapat sedikit perubahan pada format pertandingan tetapi sebenarnya tiadalah apa sangat. Selepas menikmati makan malam, kami terus bergerak ke Dewan SSP,tidakalah begitu besar seperti dewan sekolah tetapi yang seronoknya ianya berhawa dingin dan agak cantik.Setelah hampir 2 jam mendengar takilimat yang agak membosankan sehinga penulis dapati ramai yang tertidur. mungkin semuanya masih lagi kepenatan disebabkan perjalanan yang jauh. Akhirnya tibalah taklimat untuk bahas BM. Rupa-rupanya tiadalah yang berubah banyak sangat,cuma ada tidak boleh menybut'tidak' sahaja kalau menjadi pembangkang. Akhirnya kami tiba di SAS pada pukul 12 tgh malam. Dormnya, biasa saja,sekolah budak lelaki.





Hari kedua,29 Mei 2009,Jumaat

Hari kedua bermula denagan begitu hambar. Disebabkan kelewatan beberapa pihak menyebabkan kami akhirnya terlewat untuk menaiki bas ke SSP. Nasib baik pasukan bahas BI bermula agak lewat, jadi sempatlah. Permulaan bagi SBPIKP ialah pasukan bahas BI iaitu menetang MOZAC, Melaka.Namun nasib tidak menyebelahi kami dengan tewas kepada mereka. Selepas solat Jumaat, bermulalah pulak bagi perlawanan bahas BM yang menentang dengan SAS. Namun bagaikan satu badi, kami tewas kepada mereka buat kali kedua walaupun perlawanan sengitdengan keputusan 2-1. Pada sebelah malamnya diadakan pulak Malam Jalinan Kasih yang penulis rasakan agak'biasa' sahaja. Tiada apa-apa pun yang menarik. Meyesal pulak kerana mengikutinya.







Hari Ketiga,30 Mei 2009,Sabtu

Perjuangan masih diteruskan walaupun penulis rasakan ada sesuatu yang tidakbaik.Perlawanan menentang SMSTSP begitu senang. Namun penulis akui,kualiti perdebatan kami agak menurun sedikit berbanding kemarin. Pada hari itu jugak pasukan bahas BI menentang SBPI Sabak Bernam.Walaupun harapan untuk menang nampak begitu tinggi tetapi nasib tetap tidak menyebelahi kami. Pada sebelah malamnya memandangkan tiada sebarang aktiviti, persediaan tetap diteruskan untuk perlawanan pada hari keesokannya. Kami semua pelajar lelaki membuat ‘port’ di sebuah pondok kecil berhampiran surau SAS memandangkan tajuk yang akan diperbahaskan oleh kedua-dua pasukan berkaitan dengan tema budaya.

Hari keempat, 31 Mei 2009, Ahad

Berbekalkan dengan sedikit harapan, perjuangan masih lagi diteruskan. Perlawanan pada kali in I merupakan perlawanan yang paling ‘unik’ yang pernah penulis alami. Apa yang uniknya. Pertama:kesilapan berlaku apabila kami semua terpaksa berulang-alik dari SSP ke SAS kemudian ke SAS semula hanya untuk undian peranan. Keadaan ini menyebabkan penulis mula berasa begitu tertekan, namun pengalaman yang mengajar penulis, penulis berjaya mengatasinya. Kedua: Penulis bersma rakan-rakan yang lain tidak sempat untuk menikmati sarapan pagi, menyebabkan penulis mengalami kesakitan perut yang amat sangat.Namun ketika sesi perbahasan, semuanya berjalan dengan baik. Ketiga: Perlawanan yang penuh dengan tekanan bermula daripada sesi kuarintin sehinggalah kepada sesi perlawanan, begitu juga dengan pihak lawan. Boleh kata keserasian kami juga nampak kurang. Keempat: Menang ke,kalah ke, dapat pembahas terbaik ke perjuangan kami semua sudah tamat di sini. Berjaya mengalahkan SEMSAS tidaklah membawa sebarang makna kerana disebelah pihak, SAS sudah berjaya memenangi kesemua perlawanan. Akhirnya pada sebelang petangnya kami semua diwah oleh madam Hajar dan Cikgu Ipin ke Alamanda, Putrajaya. Hmmm tiada apa pun yang menarik, selain lengah-lengah kaki ataupun cuba menghabiskan duit. Malamnya diadakan makan malam HKSBP di PICC. Majlis tamat sekitar 12 tengah malam.









Hari kelima, 1 Jun 2009, Isnin

Tiada apa yang menarik untuk hari ini. Semuanya sudah tamat. Cuma bagi penulis seorang sahaja yang masih ada misi untuk dilaksanakan. Pertandingan pidato. Maka sepanjng hari sehinggalah ke malam hari, penulis bersma Cikgu Ipin menyiapkan teks pidato.

Hari keenam, 2 Jun 2009, Selasa

Hari yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba. Akhirnya semua kontinjen pulang ke sekolah masing-masing. Cuma penulis sahaja yang masih lagi berfoya-foya di KL ini.

Apa-apa pun jumpa di Kelantan untuk HKSBP 2010……….

www.tips-fb.com
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...