Pages

Monday, 31 August 2009

diri ini..........

-layar yang teguh mampu memagar angin yang kencang

-nakhoda berhati sali tidak akan tewas di tengah gelombang

-tanpa cabaran seseorang tidak kan menjadi kuat

-tanpa halangan seseorang tidak akan menjadi hebat.............................

Esok merupakan hari untuk aku pulang ke sekolah. Terasa berat hati ini hendak pulang ke sekolah. Namun dalam masa yang sama aku berasa bosan berasa dirumah. Diri ini sunyi, hati ini kosong. Terasa rindu pulak dekat kawan-kawan. Tapi bila mereka semua berada di depan aku, terasa pulak satu beban yang besar kepada aku.

Pernah aku terfikir, kalau di rumah pun membebankan, kalau di sekolah pun membebankan,kenapa aku di dunia ini. Kalau boleh nak lari dari semua ini.Tapi nak lari ke mana??? Tiada tempat lain dah yang aku boleh pergi,lari..............Kalau begitu jawapannya satu sahaja lebih baik 'mati'. Tak gitu????

Kalau di sekolah aku ada satu tabiat. Aku rasa tabiat ini pun aku sudah mula amalkan di rumah. Bila hati ini rasa dibebankan, otak ini rasa berat sangat,aku akan tidur dengan harapan masalah akan hilang begitu sahaja. Ya memang, aku cuba lari dari masalah. Tapi hakikatnya, setiap pagi fajar menjelma, masalah itu akan datang sebaik sahaja aku membuka mata.

Hmmm...penat bukan......................

Ya memang penat. Kadang-kala aku pernah terfikir, kalau boleh nak hidup ni tiada masalah.Kenapa aku??Tiada orang lain ka???Kenapa takdir aku begini??? Nak semua kerja yang senang sahaja. Maka aku pernah memencilkan diri dengan harapan apabila aku tak berkomunikasi,masalah tak akan datang ,hidup akan menjadi tenang................

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (Al-Qiyyamah 75:36)


Namun......

Hakikatnya aku berada di dunia yang penuh dengan pancaroba. Selagi aku masih menjejakkan kaki di dunia ini maka selagi itulah dunia akn mengejar aku.Aku tidak boleh lari aku tidak boleh sembunyi.

Maka disitulah aku kena belajar menyesuaikan diri dengan dunia ini bukan dunia yang cuba menysuaikan diri dengan aku.

Namun Ya Allah apa yang aku harap selepas ini dari-Mu hanya satu:


Ya Allah!!sirnakan aku dari rasa sedih dan duka, dan usirkanlah kegundahan dari jiwaku.
Aku berlindung kepada-M
u dari setiap rasa takut yang menduga............

Aku pasti selepas ini aku akan lebih banyak menangis.
Kerana aku tahu
menangis dalam perjuangan itu lebih baik dari ketawa dalam ketewasan.
Aku tahu kawan ketawa senang dicari kawan menagis susah sekali.

Tetapi jangan kecewa dan jangan mengalah!!! Aku...ialah pemimpin untuk diri aku dan setiap keputusan yang aku lakukan wajar dihormati

TITIK!!!!!

P/S:terima kasih kepada Alang.Telatahmu memberikan semangat untukku.





www.tips-fb.com

I got a tag!!!!

From Devotee:Rosman ada tag untuk awak

what tag ??? what is that??look new and interesting.

Yes it look very interesting
So who are the next victim??

those who has shoutwix widget!!!!












1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..


kholasss...


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..


taht kholis...


3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...


aiwah...


4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

insyaAllah...




Those who are my friend that i care them very much. So enjoy the tag!!!!




p/s:soory to the poster!!!! not enough quantity for the bloggers
www.tips-fb.com

Thursday, 27 August 2009

Aku tabik!!!!!!

Akhirnya penulis berpeluang juga menikmati keindahan dunia ini. Setelah hampir seminggu memerap dirumah sahaja disamping dibebani dengan pelbagai kerja,masalah dan kerenah akhirnya dapatlah berehat sebentar. Jamu-jamu mata sikit,jalan-jalan sikit,ambil angin sikit. Terima kasih kepada Cikgu Ariffin kerana sudi membawa penulis ke Alor Setar. Banyak perkara yang dapat dikongsikan.

Namun nukilan pada kali ini bukanlah penulis hendak apa yang ada di Alor Setar itu, ramai orang ke tak, dah ada jual baju raya tak, City Plaza, Pacific, Pekan Rabu ataupun Stadium kerana sudah sedia maklum pasti sudah ramai yang biasa ke Alor Setar(banyak kawan orang Kedah!!!!)

Namun apa yang menarik perhatian penulis ada satu golongan yang penulis dapat kesan ketika di Alor Setar. Nak kata ramai, boleh kira dengan jari. Nak kata pelik, orang buat tak kisah pun tapi memang nampak pelik. Nak kata mereka ni berbahaya,TAK!!!! mereka lakukan perkara betul, sebab tu penulis tabik dekat mereka. Siapa agak2????

Hari ini, Utusan Malaysia, 27 Ogos 2009:
-Kematian akibat selsema babi kini berjumlah 71 orang

Haa....Golongan inilah yang penulis maksudkan. Golongan yang memakai penutup mulut(lebih glamour dalam kalangan kita:mask).Apa ??? Biasa saja??? Tak da apa pun???

Siapa kata?? Baca nih



Sebaik sahaja tiba di Alor Setar penulis mengikut cikgu ke sebuah bank. Penulis dapati para pekerja di kaunter sememangnya mengenakan mask. Namun bagi penulis itu biasa sahaja kerana berdasarkan pengalaman ibu penulis yang turut bekerja di bank iaitu para petugas di kaunter dikehendaki memakai mask atas tujuan keselamatan.

Sementara menunggu urusan di bank selesai, penulis berjalan-jalan sebentar di sekitar kawasan bank. Dalam kemeriahan orang ramai mengunjungi gerai-gerai yang menjual baju raya, penulis terpandang sebuah keluarga yang lengkap bermask. Daripada yang didukung sehinggalah ke si suami. Terkesima sebentar. Rasanya tak ada apa kot.

Perjalanan diteruskan lagi ke City Plaza. Sepanjang window shopping(bajet dah habis)penulis dapat lihat beberapa orang yang mengambil langkah keselamatan dengan memakai mask. Namun apa yang lebih mengejutkan penulis apabila terdapat sepasang suami isteri berusia yang turut mengenakan mask sehinggakan ketika nak cakap telefon pun si suami tak buka masknya walaupun suaranya tak begitu jelas.Kemudian ada seorang budak kecil yang turut pakai mask lalu ditepi penulis dengan pandangan yang pelik kepada penulis.

??????

Namun sebaik sahaja sampai di rumah, timbul sedikit keinsafan. Orang lain bukan main usaha nak jaga diri, kita ni senang-senang sahaja nak bunuh diri. Tapi kalau ditanya kenapa penulis tak pakai mask, berikut merupakan alasannya:

-gatal hidung
-rasa tak selesa
-susah bernafas
-rasa orang nak gelak kat kita kalau kita pakai
-malu;muka nampak pelik
-sekarang ni orang kalut dengan posa lepas tu nak raya(tak fikir sangat pasal H1N1)

Tapi semua alasan, alasan semua. Alasan selalunya boleh diubah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Apa-apa pun penulis tetap tabik kepada golongan ini kerana tetap memakai mask dan tidak memikirkan impak-impak yang mungkin akan ada bila pakai(contohnya seperti alasan di atas).Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran bernafas di tengah-tengah orang ramai.Biarlah orang nak kata apa pun, janji kita selamat. Apa2 pun istiqamah!!! Keep climbing keep moving. Andalah contoh yang baik kepada masyarakat.

Penuliis pula??? Masih lagi 'terlekat' dengan alasan di atas. Oleh itu penulis mengambil keputusan drastik, takkan keluar dah rumah selepas ini.

Ha.....ha.......ha........

p/s:Teringat kata cikgu, rakyat Malaysia memang susah bab2 pendidikan nih
-suruh jaga sungai tercemar jugak
-ikut peraturan jalan raya kemalangan juga
-suruh pakai mask boleh gelak lagi
(dan selepas itu penulis dan cikgu pun tertawa. Terasa pula kat batang hidung sendiri)
www.tips-fb.com

Sunday, 23 August 2009

dah raya ke????



Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters
click to get More ramadan mubarak Comments & Graphics



Penulis hairan?
Dah raya...
Dah raya ke????
Baru dua hari puasa...........

Tak caya dah nak raya???

Hari ini :Ahad 23 Ogos 2009, 2 Ramadan 1430H

Sebaik sahaja penulis menekan butang 'on' tv sahaja

tv1:biskut raya bersama majerin x
tv2:rancangan masak juadah raya
tv3:rancangan wanita:pasal baju kurung(baju raya la tuh)
ntv7:disebabkan hujung minggu:ada kartun sampai pukul 12
8tv:ada cite korea(tak ada kaitan)
tv9:ada iklan pasal dapat tiket free nak balik kampung

Tu baru waktu tuh. Beberapa jam selepas tuh,kenalah tengok sendiri.Lagi dahsyat!!!!! Nasib baik dekat rumah tak da astro.

Lagi satu yang ppenulis hairan waktu nilah banyak rancangan tv nak tayang rancangan masak.Kenapa sebelum bulan puasa tak tayang banyak-banyak? Ye lah kalau diri ni tak lah rasa apa tapi kalau budak-budak yang baru saja nak berlatih puasa macamana? Lagi satu nak tayang rancangan tuh biarlah berpada-pada. Ramadan baru saja dah datang takkan dah nak ingat syawal kan. Kalau boleh banyakanlah rancangan yang berbentuk kerohanian ni. Boleh tayang waktu puncak bukan saja waktu pagi subuh(waktu yang sesuai untuk beribadat) dan waktu nak dekat buka puasa(waktu tu nak tolong mak kat dapur)

p/s:Baru semalam tengok majalah 3, dah cerita pasal tempahan baju raya dah ditutup..........


Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:'Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya,Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya, mengampunkan dosa dan mengkabulkan doa. Pada bulan itu Allah melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan mebangga-banggakan kamu di hadapan malaikat. Oleh kerana itu tunjukkanlah kepadaNya kebaikan -kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapatkan rahmat Allah s.w.t pada bulan Ramadhan"
(Riwayat An-Nasai)
www.tips-fb.com

Salam ramadan


Free Orkut and MySpace ramadan mubarak Graphics Glitters
click to get More ramadan mubarak Comments & Graphics


Saja lama tak menulis. Bukan apa, tapi sibuk sikit. Hari ni pun baru la dapat mula 'online'. Saja guna layout baru, yang lama tu susah sikit.

-Hari ni hujan. Mula dari semalam lagi hujan tak henti2. Sejuk saja rasanya .Best la pulak rasanya. Kalau nak tido sepanjang hari ni. Tapi tak boleh nanti makruh.

ha22......ha222......

Apa -apa pun salam ramadan!!!!



www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...