Pages

Saturday, 31 October 2009

MPP


"SBPI Kubang Pasu menjana insan syumul ke arah menzahirkan pemimpin bertaraf dunia menjelang 2015"


Melihat kepada visi sekolah, sememangnya merupakan sesuatu matlamat dan azam yang hebat untuk dicapai. Berbeza dengan kebanyakan visi sekolah yang lain, yang mahu menjadi sekolah yang terbaik sama ada dalam peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, sekolah mempunyai hala tujunya sendiri dalam masa tidak kurang enam tahun lagi untuk melahirkan insan yang syumul kemudian untuk membentuk pemimpin yang juga selaras dengan matlamat SBP yang bukan sahaja mampu memimpin diperingkat tempatan malah bertaraf dunia!!!! Pengertian syumul di sini dipetik daripada perkataan arab yang membawa maksud serba lengkap, insan yang cukup dengan illmu duniawi dan juga ukhrawi kerana itulah yang selama ini diterapkan kepada semua pelajar dengan nilai-nilai islam yang murni. Oleh itu untuk mencapai sesuatu yang hebat maka budaya serta perbuhan yang hebat jaga perlu. Seperti kata-kata:'if you want to be a great people, act like a great people". Bukan sekadar mementingkan pencapaian akademik sahaja, malah penekanan terutamanya daripada aspek sahsiah serta pembentukan budaya dan jati diri yang kuat perlu diterapkan kepada pelajar bermula daripada sekarang jika kita mahu melihat haslilnya dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan. Pelbagai pendedahan,ilmu, kemahiran kepimpinan dan sebagainya perlu didedahkan kepada pelajar agar apabila mereka keluar nanti, mereka mampu untuk menangkis segala cabaran dunia yang semakin kompleks ini namun dalam masa yang sama masih lagi mempunyai jati diri yang kukuh. Tidak cukup dengan sekadar segolongan pelajar sahaja, malah seluruh warga sekolah perlu berubah terumasuklah guru-guru yang yang akan sentiasa menjadi suri teladan utama para pelajar. Untuk melahirkan pemimpin yang bertaraf dunia tidaklah semudah yang dikata. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada pihak yang sudi meletakan kepercayaan kepada para pelajar SBPI Kubang Pasu walaupun untuk menjadi insan yang syumul seterusnya menjadi pemimpin yang bukan sahaja bersifat tempatan malah bertaraf dunia walaupun usianya masih lagi baru setahun jagung...................




Pada suatu hari penulis, diberikan 3 tajuk untuk diulaskan. Namun pada kali ini penulis menghadapi sedikit masalah kerana dua daripada tiga tajuk tersebut penulis rasakan masih belum dapat mengulas dengan baik. Yang pertamanya berkaitan denagn MPP, keduanya berkaitan dengan BADAR dan seterusnya bekaitan dengan blogging. Ketika diberi masa untuk memilih, penulis sempat berfikir:

'Apa benda tu MPP, MPPJ(Majlis Perbandaran Petaling Jaya) pernahlah aku dengar. Yang kedua tu pulak pasal Badar.Argh!!! kenapa nak tiba-tiba aku nak kena ulas pasal BADAR pulak. Tak de benda lain nak cakap ke.'

Akhirnya dengan pertimbangan akal yang waras akhirnya penulis memilih untuk mengulas tajuk yang berkaitan dengan blogging, tambahan pula isu ini memang sentiasa menjadi perdebatan, berkaitan dengan penyalahgunaan teknologi lagi-lagi pulak penulis juga merupakan seorang blogger.

Namun sebelum sempat pulang ke kelas, penulis bertanyakan apa itu MPP??
Jawapan yang diberikan masih samar-samar. Mungkin keadaan penulis yang 'lampi' (lambat pick up) ketika itu menyebabkan menyebabkan penulis bengong dan tertanya-tanya sepanjang hari tersebut.

Seusai sahaja makan tengah hari, ketika di dorm, penulis terdetik untuk bertanya kepada rakan sedorm tentang apa itu MPP.

Dengan segeranya dia terus membuka cerita dan menceritakan kepada penulis apa sebenarnya itu MPP dengan penuh dalam keadaan beremosi, ditambah lagi dengan pro dan kontranya, dan kesan-kesannya. Penulis terlopong kerana tidak penulis sangka rakan penulis dapat mengulas isu ini dengan baik serta dapat menyatakan pendapatnya sendiri, yang tidak melambangkan pemikirkan seorang remaja biasa malah lebih kepada orang dewasa. Mungkin dia dah banyak melakukan analisis pasal benda ni.Satu keajaiban lagi yang penulis temui setelah penulis bertemu dengan mak cik cleaner yang juga hebat(kena baca post di bawah).


Setelah dia penat bercerita dan berceloteh,
satu soalan ditujukan kepada penulis

'Apa komen hang pasal benda nih???'

Jawapan penulis
penulis hanya mampu tersenyum...........

Majlis Perwakilan Pelajar atauapun MPP dengan nama singkatnya merupakan suatu kebiasaan terutamanya di universiti-universiti dan terdapat juga di beberapa buah sekolah terutamanya sekolah-sekolah premier. Konsep MPP ini cukup mudah, ianya merupakan sebuah pertubuhan badan pelajar yang dalam kalangan Majlis Tertingginya(Hi-Com) serta jawatankuasnya terdiri daripada pelajar. Namun apa yang membezakan MPP dengan badan pertubuhan badan pelajar yang lain ialah kesemua MT dan ahli jawatankuasannya akan dipilih oleh pelajar sendiri dan bukannya oleh pihak atasan ataupun oleh pihak-pihak tertentu. Maka di sini dapat disimpulkan bahawa konsepnya di sini samalah seperti konsep demokrasi yang diamalkan oleh negara iaitu pemimpin akan dipilih sendiri oleh rakyat dan kuasa terletak di tangan rakyat. Seperti kebiasaanya pilihan raya kolej ataupun pilihan raya kampus akan diadakan untuk memilih ketua dan ahli jawatankuasa yang lain. Para pelajar yang bertanding pula akan berkempen sesama mereka untuk menarik undi. Kesimpulannya di sini mudah, konsepnya hampir sama seperti pilihanraya umum.


Sebaliknya jika dilihat daripada perpektif sekolah, MPP yang terdapat di sekolah pun tiada bezanya seperti yang terdapat di MPP terdapat di universiti. Para pelajar sendiri akan menentukan pemimpin ataupun ketua pelajar yang mereka suka. Menyentuh tentang tujuan MPP, ia sebenarnya lebih untuk memperjuangkan hak pelajar ataupun sebagai saluran untuk para pelajar bersuara kepada pihak pentadbiran dan atasan. Kebiasaanya MPP ini amat berpegaruh di sekolah dan merupakan orang kedua penting di sekolah selepas guru-guru. Kedudukannya mengatasi daripada badan-badan kepimpinan pelajar yang lain seperti pengawas, pustakawan,ketua kelas dan sebagainya. Namun bagi sesetengah sekolah,apabila tertubuhnya MPP, badan pengawas tidak akan ditubuhkan bagi mengelakan penindanan tugas namun masih ada juga yang mengekalkan kedua-keduanya. Contoh yang baik yang dapat dilihat berkaitan dengan MPP ini ialah sekolah Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK) yang dimana MPP ini amat berpengaruh dalam kalangan pelajar berbanding badan-badan kepimpinan yang lain seperti pengawas,PRS dan BADAR. Setiap tahun mereka akan mengadakan satu hari khas untuk mengundi bagi memilih pelajar yang mereka suka dan mereka rasa layak bagi menerajui MPP.




Berbalik komen yang ditanyakan rakan penulis kepada penulis sebentar tadi,
berkaitan MPP ni,
nak tahu???
Datanglah sendiri berjumpa dengan penulis
Namun ini sahaja yang penulis dapat katakan........................

Andaiku bisa merubah semua
Hingga tiada orang yang terluka
Tapi tak mungkin ku tak berdaya
Hanya yakin menuggu jawabNya....................................






p/s:Penulis tertarik dengan kata-kata yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan rakan yang sengakatan dengan penulis:

"Kalau kamu(pengawas) tak buat kerja dengan baik, tahun depan kamu akan diketepikan dari MPP"

Bagi pendapat penulis, kalau salah tafsir, huru-hara jawabnya..................................

www.tips-fb.com

Friday, 30 October 2009

Ketika laut bergemuruh.....
ombak menggunung......
dan angin meniup kencang............
tiadaku sangka...........

Siapa sedar, selama ini dia hanya berbaju ungu, dan orangnya pun tidak tetap. Tak sampai beberapa bulan, pasti akan ada muka yang baru. Namun peranan mereka sangatlah penting. Tanpa mereka keadaan asrama akan kelihatan seperti hari Sabtu dan sekolah akan menjadi seperti tempat pembuangan sampah.

Itulah mak cik cleaner sekolah. Orang yang juga penting selain,pengetua, guru, penyelia asarama dan tak lupa jugak kepada pembantu makmal. Selama ini penulis hanya menggangap mereka hanyalah pekerja biasa yang menjalankan tugas dan sekali-kala apabila bertembung dengan mereka, salam pasti akan dihulurkan sebagai tanda menghormati yang tua. Mereka tersenyum menjawabnya...........................

Namun semuanya berubah, pada suatu pagi yang muram di foyer
penulis duduk bersama beberapa orang rakan ketika itu sedang buntu untuk memikirkan satu masalah, keadaan agak kecoh. Dalam beberapa masa yang sama kelihatan seorang mak cik cleaner yang sedang menyapu sampah tak jauh dari situ.

Tiba-tiba mak cik tu datang, lalu menegur
'Ada apa nik nak? Nampak macam ada hal??'

'Tak da apalah mak cik, saja sembang dengan kawan' rakan penulis memberitahu
'Ye la mak cik tak de apa pun' penulis menambah
Ketika itu dalam benak hati penulis berkata
'Buat pa nak bagitau mak cik ni, lagipun ni masalah budak sekolah, tak sesuai nak bagitau. Kalau bagitau pun bukan paham'

Kemudian tumpuan tu beralih kepada seorang lagi rakan yang tak berkata apa-apa,
kelihatan seperti mendesak mak cik tu berkata lagi
'cubalah bagitau kat mak cik, kot mak cik boleh tolong, yang mana mak cik boleh, boleh la'

Baik juga mak cik ni sudi mengetahui masalah pelajar sedangkan selama ini kami seperti tiada apa-apa hubungan dengannya.

Keadaan senyap seketika,akhirnya kawan penulis yang diam itu pun menceritakan masalahnya.
Kemudian mak cik itu terus memberikan komen,ulasan, nasihat dan cadangan yang meyebabkan penulis terlopong,tidak penulis jangka seorang mak cik cleaner petah dalam memberikan nasihat disertakan hujah-hujah dan bukti yang kuat. Ditambah lagi dengan pengalamanya serta dalil-dalil agama yang lebih mengejutkan penulis.

Ketika mak cik itu sedang mengutarakannya pendapatnya,
penulis mencelah,cuba untuk menguji,

'kalau kita buat macamtu,, tak rasa dia nak buat lagi???'
'tak pa,dia dah tu dah tetap salah, ingat keredahaan Allah tu lagi penting dik.malaikat kiri kanan sentisa dok catat amalan kita.Yang belah kanan tu pantas dia catat semua kebaikan kita, yang belah kiri dok tengah tunggu saja sampai beberapa kejahatan, baru la dia catat'

Maka sepanjang pagi itu,penulis mendapat satu perbincangan ilmiah yang baik dan akhirnya masalah kami dapat diselesaikan dengan batuan mak cik tersebut.

p/s:rasanya kalau lepas nih kalau ada masalah nak jumpa la mak cik tu. masalah lupa pulak nak tanya nama.............aduhai.........................
www.tips-fb.com

Thursday, 29 October 2009

Yang kini dan terkini.......



...Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cerita yang ingin ku tulis
Bukanlah cerita biasa......


Sudah lamanya agaknya penulis tak menghadap komputer nih, sampai orang-orang kat sana dah nak mengamuk, kenapa lama tak update. Bukan apa sibuk sangat, ditambah lagi akses komputer yang agak susah untuk didapati di SBPIKP.

Peperiksaan memang memenatkan. Jadual peperiksaan yang dirancang selama hampir sebulan, sudah berlalu begitu sahaja. Tiada apalah sangat cerita yang ingin penulis tulis sepanjang peperiksaan, alah samalah macam orang lain yang ambil periksa. Baca buku, mengadap buku, study, yang last minute pun ada lepas tu ambil periksa. Setiap hari berlalu dengan kertas yang bertukar ganti.

Tapi cerita yang menarik bermula Ahad yang lalu sejurus sahaja tamat peperiksaan. Banyak sangat benda, banyak sangat benda dan bermacam -macam lagi, rasanya macam boleh buat jurnal hidup pulak.

Perkara pertama sekali yang penulis hadapi selepas peperiksaan sudah pastilah berkaitan dengan keptusan. Siapa kata waktu peperisaan itu perik?? Sebenarnya selepas peperiksaan tu lagi la sakit. Nasib seperti tidak menyebelahi penulis, walaupun ada pelbagai usaha dan ikhtiar yang sudah dilakukan. Mungkin ada silap dan salah yang penulis lakukan, dan mungkin ada juga hikmah yang ingin disampaikan.

Keputusan peperiksaan tak habis lagi, terpaksa bergelumang pulak dengan jamuan batch. Biasalah dekat hujung tahun ini, jamuanlah merupakan agenda utama, budak asrama katakan, kuat makan. Untuk menguruskan kerenah 173 orang kawan+ cikgu bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semudah kita melangkah ke kenduri kahwin , hakitatnya hanya orang yang kahwin dan ahli keluarga yang terdekat sahaja yang tahu: memang penat buat kenduri kahwin. Tak habis dengan jamuan batch, seperti ada persaingan, kelas dan kelab pun nak tunjuk belang jugak. Maka masing-masing lah akan ada jamuan bermula dari usrah,dorm,pengawas, BADAR,PRS,librarian,kelab, persatuan, unit uniform,batch dan akhir sekali satu sekolah akan berpesta makan pada 12 haribulan nih. Jadi bersedialah untuk sakit perut selepas bukak sekolah nih.

Tak boleh fikir pasal nafsu nak makan je, tanggungjawab pun kena jalan jugak. Semua benda yang ditinggalkan sebentar selama nih, BOOM!!!! dah mula beban atas bahu nih. Pertama sekali pastilah pasal batch 'kan'. Banyak masalah yang perlu diselesaikan dan tranformasi perlu dilakukan. Dalam masa yang sama pulak turut sedar yang penulis ni pengawas. Maka kebelakangan nih kami kerap ada mesyuarat, dengar kata ada ancaman dan musuh. Tu la tengah rancang strategi tapi sebab penulis ni bulan la MT, lebih banyak ikut je. Dalam masa yang yang sama kelas pun bermasalah juga, ingatkan dah setahun dah ok.Hmm.... tu lah hidup.Banyak renyah dan kerenah.Dalam tengah sibuk-sibuk teringat pula pasal bahas bila di suatu petang apabila penulis bertembung dengan Safuan di koridor. Tengok aje muka dia terus teringat kat bahas. Jadi teruslah pergi serang adik-adik peringatkan pasal pengucapan awam yang berbaki lagi. Dalam masa yang sama pergi jugak jumpa cikgu. Tapi rasanya tengok macam cikgu datang 'angin', jadi komunikasi pun jalan gagal berjalan dengan sempurna lalu pun keadaan jadi kurang 'best' sebab sepanjang minggu ni asyik dengar suara cikgu satu blok. Mungkin ramai budak 4 Ihsan dan 4 Imtiaz yang akan terima 'anugerah'. Ha...ha.... apa-apa pun tahniah. Macam mana pun kenalah bersedia untuk perlawan dengan SMSAH yang kan datang nih. Hati nih masih rasa risau walaupun adik-adik yang masuk. Jadi buatlah elok-elok ye.

Habis soal tanguungjawab, poket pun dah sengkek nih. Nasib baik boleh balik. Beberapa hari sebelum nak balik ni pun masih ada banyak benda yang datang. Kena meniaga, kena ambil anugerah, kemas kelas, kemas dorm dan bermacam benda lagi yang akan datang. Harap-harap semua kerja dapat diselesaikan dengan baik. (Lagi satu, harap juga hari koku nih bukan VIP je yang makan sedap tapi harap orang yang diraikan turut makan sedap)-MAJAZ MURSAL.


Masalah hubungan pun ada jugak, tapi bukan cinta ye. Rasanya tak payahlah cerita, cuma doa-doakanlah agak penulis dapat selesaikan dengan baik....................



Jadi pengajarannya sini, hidup mesti enjoy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...