Pages

Sunday, 17 January 2010

Pengubat duka.....

Yakinlah kepada tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
kerana itulah fitrahnya

atau tiba-tiba halangan mendatang
kita harus percaya
ini tidak bermakna berakhir segala-galanya
dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas

Jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu

kita harus percaya bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira

jadi,biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!!!!


p/s:Teringat pula pada hari Khamis yang lalu, terharu rasanya........

'Kamu ni kuat Rosman!!! Kamu boleh dapat 9A, saya pun tak boleh........'
Terima kasih ustazah!!!!!

Apa rasanya jika orang yang kita anggap sebaagai pembakar semngat kita, tapi tidak melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan??????
www.tips-fb.com

Saturday, 2 January 2010

Pasti akan tiba, suatu hari nanti.......


Goodbye 2009..........


welcome 2010...my planner.....



Esok dah nak balik sekolah, tiba-tiba penulis teringat pula kisah lalu, mengimbau kisah silam, ada suka ,ada duka....

Teringat ketika penulis di sekolah, setiap hari apabila penulis pulang dari musolla selepas solat subuh, pasti diminda penulis terlintas

'Satu hari nanti, pasti akan tiba kali terakhir aku akan berjalan pulang....(dari musolla ke asrama), waktu itu pasti aku akan menangis'

Entah nak dikatakan macamana, setiap hari apabila penulis pulang saja dari surau selepas subuh, pasti akan terlintas akan perkara ini..,tak kiralah apa pun nak jadi pada hari itu;exam ka,hari nak balik kampung ka,malah nak balik raya pun, mesti terfikir jugak. Rasa sayu ja hati ni sambil badan ni menggeletar kesejukan dihembus angin pagi+(kadang-kala ada kabus)...Ni bermakna, kalau tahun lepas katakanlah penulis ada dalam 200 hari dekat sekolah, bermakna tahun ni jugak 200 kali penulis akan terlintas perkara yang sama!!!

Kadang-kala benda ni melarat jugak,dok tengah syok2 belajar dekat kelas, tiba-tiba terlintas

'Satu hari nanti pasti akan tiba kali terakhir aku belajar dalam kelas ni, waktu tu pasti aku akan menangis'....

Kira boleh penulis katakanlah semua benda berkaitan diri penulis dengan sekolah, akan terlintas perkara ni

-PCBM
-Bilik Pengawas
-Rumah Abu Bakar
-PERGEO
-Katil,tilam bantal
-DM
-L2 B5
-Geng bahas
-Geng pengawas
-BATCH:TRIO
-Guru
-Kawan
-Koop
-Mak Cik Cleaner
dan macam2 lagi, pasti akan tiba suatu hari nanti........ itulah kali yang terakhir.

Kadang-kala penulis ada terfikir jugak, memang benar, pasti akan tiba semua itu buat kali yang terakhir;itulah perpisahan, tetapi penulis belum pasti, samada penulis ketika itu akan menangis........

Namun apa yang penulis begitu takutkan sekarang ialah apabila menyebut tentang MASA, terasa masa begitu pantas berlalu, harap-harap penulis tidak tergolong dalam orang yang kerugian. Tetapi apabila penulis membicarakan tentang MASA DEPAN, penulis kadang-kala, terpaku seketika, semua itu terlalu kompleks..... untuk dikatakan, kadang kala kita tidak pernah menjangka apa yang akan datang menemui kita disebalik perancangan kita, namun banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar sentiasa dipermudahkan urusan kita....

Ingatlah manusia hanya merancang, tapi hanya tuhan yang menentukan.....
Itulah sebaik-baik perancangan.....

p/s:Kalau tidak kerana takdir,pasti penulis akan 'terlekat' di SM Jitra. Tapi banyak hikmahnya penulis dihantar ke sini...............................




waktu nakal2 dulu.....
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...