Pages

Thursday, 18 February 2010

Orators League.........

"Debat adalah satu seni yang hidup dan seni kehidupan. Debat andai diselami mampu merubah cara seseorang melihat sesuatu, atau dalam kata lain cara manusia mengolah dunia ke arah kehidupan yang lebih sempurna..................................."

Pada suatu hari, penulis telah didatangi oleh seorang kawan, beliau cuma meminta sedikit nasihat disebabkan beliau perlu memberikan tazkirah di musolla pada malam esok. Namun yang menarik perhatian penulis apabila soalan yang pertama yang ditanya oleh beliau ialah;

'Rosman, macamana hang buat bagi tak 'ketaq' waktu cakap dekat ramai orang ah???'

Penulis tersentak dengan solan tersebut,. Bukan apa, tak pernah terfikir pasal perkara tersebut. Ya, penulis akui bahawa penulis kini boleh bercakap di hadapan dengan baik, tapi pernah sedar akan kebolehan tersebut, mungkin ianyaproses bawah sedar kot. Akhirnya penulis menjawab;

'Mungkin dah banyak cakap kot...............Heh..heh..................'

Perbicangan ringkas tersebut telah menyebabkan penulis mula merenung sejenak, memikirkan apa yang patut. Sememangnya penulis akui bahawa apa yang dikatakan oleh rakan penulis memang benar. Penulis akui bahawa penulistidak mempunyai masalah untuk bercakap dikhalayak ramai sedangkan kadang-kala penulis boleh lihat bahawa ramai rakan penulis yang gugup, gementar dan ada juga yang malu apabila disuruh untuk berbicara dihadapan. Tapi penulis juga dapat katakan bahawa semua ini tidaklah terjadi dengan sendirinya. Penulis masih ingat ketika disuruh untuk memberikan pengucapan awam yang pertama, gementarnya Ya Allah!!! hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun berkat pengalaman akhirnya telah berjaya mematangkan diri ini....

Setelah direnung lagi, penulis akui semua ini adalah disebabkan bidang perbahasan yang penulis sertai telah menyebabkan penulis kini mampu untuk berbicara dengan baik dihadapan orang serta yakin untuk berkomunikasi dengan baik. Terima kasih kepada Orators' League!!!! Benarlah jika dikatakan perbahasan itu merupakan suatu seni, bukan sahaja 'pertengkaran mulut' untuk sesuatu usul. Melalui bahas inilah penulis akui penulis mula dapat melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang lebih luas,merangkumi orang, keadaan,sikap dan sebaginya. Jika dahulu,banyak cerita-cerita 'hebat' yang penulis dengari, namun melalui perbahasan inilah penulis sedar bahawa semua itu hanyalah 'lebih sudu dari kuah' meyebabkan penulis kini tidak gentar untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja......

Apa-apa pun sepanjang 4 tahun pembabitan penulis dalam bidang perbahasan ini telah banyak penulis pelajari tentang kehidupan. Banyak orang, banyak ragam, banyak keadaan ,banyak pengalaman yang diperolehi...........









Apa-apa pun tahun 2010,Insya-Allah untuk Orators' League, akan mendatangkan harapan yang lebih baik.............................


Perlawanan pertama junior-junior tahun nih..........


















Pembahas bagi Bahasa Melayu untuk tahun ini...................









Nak 'friendly'???Boleh...hubungilah penulis...........................
Maklumat lanjut,rajin-rajinlah tengok blog nih.......



p/s:Maaf kepada Ain di SAINA kerana tak dapat datang.Takut lagi nak berjumpa dengan hang!!!!..... Kepada Alif di SMJ,penulis menanti kedatanganmu dan kepada Zeti di SMS Pasir Puteh,'good luck' di SBPI Temerloh nanti, minta tuan rumah untuk banyakkan kuota pasukan bahas!!!!................................................


dan mungkin ini juga merupakan'post' terakhir untuk tahun nih....................






www.tips-fb.com

Wednesday, 17 February 2010

Kem Petah Bicara SMJ 2010



Steve Allen pernah mengatakan; 'Sesungguhnya ketakutan pentas adalah istilah yang mengelirukan.........'







Cuaca panas yang hampir mencecah 35 -38 C, hampir meyebabkan penulis mahu saja berada di rumah, kalau boleh boleh hendak 'mengkhadakan' semua tidur yang terhutang dekat sekolah ditambah lagi dengan kerja sekolah yang bertimbun-timbun bak gunung. Dijangkakan cuti pada kali ini mungkin seperti cuti-cuti yang membosankan seperti hari-hari yang biasa, melepak di rumah sahaja(memandangkan tiada lesen motor dan mengelakan risiko kemalangan dan dikejar polis......) tetapi SMS yang dihantar penulis kepada Alif, pembahas Sekolah Menengah Jitra memberikan harapan dan kelainan pada cuti kali ini.

Rupa-rupanya di SMJ telah diadakan kem petah bicara yang merupakan acara tahunan sekolah tersebut yang telah berlangsung selama 3 hari yang bermula dari 12-14 Febuari. Kem pada kali ini lebih menekankan kepada pengembangan bakat pelajar-pelajar SMJ dalam bidang pengucapan awam; bahas, pidato dan juga pantun. Malangnya penulis telah ketinggalan pada hari pertama dan sibuk pada hari ketiga menyebabkan penulis sempat mengikuti pada hari kedua sahaja.






Seperti yang diceritakan oleh Alif, pada malam pertama kem, telah diadakan mock debate yang membabitkan 4 pembahas serentak dalam satu kumpulan(macama ek??) dan mock pidato. Katanya meriah gila.....!!!! Kemudian pada pagi hari kedua pula diadakan pula mock untuk pantun kemudian disambung pula dengan bengkel mengikut bidang masing-masing. Pada sebelah petang pula diadakan sesi latihan hasil daripada bengkel yang dikkuti kemudian diikuti pula dengan acara malam penutup. Memang meriah!!! Apa-apa pun cayalah kepada Alif!!! dapat urus kem dengan baik!! Tahun depan jemput aku lagi......................



Teringat pula kenangan di SMJ dahulu...


















p/s:Tiba-tiba terasa macam nak buat benda yang sama pulak dekat sekolah?? Sempat lagi ka?? Orang di sana macamana??

Penulis masih lagi teringat akan janji-janji manis Orators' 2009...., oh !!! lagi satu, tahniah kepada Basil Hazman atas kejayaan beliau menjejakkan kaki ke menara gading.......
www.tips-fb.com

Monday, 15 February 2010

Ayuh!!! Kita ubah hidup dalam 365 hari!!!!


matahari terbenam kat sekolah memang cantik.........


"Matahari beransur pergi untuk memberikan laluan kepada bulan. Sayangnya kepada Bulan yang bersendirian, maka datanglah Bintang menemani bulan saban malam.Setia sungguh Bintang kepada Bulan, aduh... bertuahnya bulan......'

Maaf sudah lama penulis tidak menulis. Kesibukan yang melanda menyebabkan mahu saja diri ini melupakan blog yang ada ini, namun apabila teringat banyak cerita yang menarik untuk dikongsikan, penulis gagahkan juga diri untuk menulis.

Nampaknya , sudah masuk bulan Febuari, terasa masa begitu pantas berlalu. Baru sahaja diri ini terasa menyambut awal tahun baru semalam, namun apakan daya terasa begitu masa pantas berlalu. Namun walaupun baru 2 bulan sahaja berlalu, penulis akui banyak cerita yang telah berjaya penulis'kutip' yang boleh penulis jadikan pengajaran ataupun sempadan. Namun masih lagi ada suatu perkara yang ingin penulis ingin semua kita bincangkan, Hmmmm... bagaimana dengan azam anda ataupun matlamat anda??? Masih berjalan ataupun hanyalah sekadar omongan di bibir.

Memang setiap daripada kita mempunyai impian dan azam masing-masing. Begitu juga dengan penulis.Seperti yang sedia maklum, ada peperangan besar yang bakal dihadapi penulis bersama-sama rakan-rakan untuk tahun ini. Dan seperti kebiasaanya ramai dalam kalangan kita yang banyak memasangkan impian, matlamat dan azam yang kita untuk kecapi. Namun persoalannya adakah kita sudah berjaya memastikan azam kita brjalan dengan lancar sehingga hari ini.(persolan yang sama turut ditanyakan pada diri penulis???)

Maka tidak dapat dinafikan kebanyakan daripada kita gemar bersifat 'hangat-hangat tahi ayam'.Apa-apapun berdasarkan pengetahuan yang penulis ada;berpeganglah dengan apa yang kita azamkan. Setiap hari cuba lakukan sesuatu yang baru agar tidak mudah berasa bosan dan pastikan momentum kita sentiasa meningkat dari hari ke hari............


sepanjang 2 bulan terkini:..........................









p/s:Jangan jadikan kenangan menguasai kita!! Tukarkannya pada pengalaman. Sandarkanlah hidup pada kenangan......

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...