Pages

Saturday, 3 April 2010

Perjuangan yang perlu diteruskan...................





Hati ini sering gundah-gulana

Dalam memilih suka dan duka

Dalam paksa dan rela

Demi orang yang tercinta

Demi harapan yang membina
Aku hanya mampu berserah........


Awal Januari 2009,


"Ingat sekarang kamu semua sudah di tingkatan 4 bukan lagi budak menengah rendah", celoteh cikgu sebagai memulakan bicara pada kelas pertama penulis bagi sesi 2009; 4 Ikhlas......

"Satu yang cikgu yang nak pesan, mulai sekarang cikgu mahu semua tinggal keputusan PMR kamu dekat atas atas pagar, semua tu dah tak ada makna dah......."

Sebaik sahaja penulis mendengar kata tersebut, hati kecil ini sedikit terasa, biasalah anak muda, darahnya masih lagi panas tapi apa yang dikatakan cikgu ketika itu telah menyebabkan aku mula bersikap prejudis.......

"Ahhh rasanya macam sia-sia saja saja usaha aku selama ini",terdetik hati kecil penulis.....

Kemudian diambung lagi,"Ingat!! Kamu-kamu semua yang dapat 9,8 A tu jangan rasa kamu ni selasa, yang tak dapat banyak A pulak rasa rasa kamu ni lemah. Bila kamu di menegah atas, bermacam kemungkinan boleh berlaku. Hanya orang yang rajin sahaja yang boleh berjaya........."

Itu sahaja kata-kata guru penulis yang masih lagi terngiang-ngiang di fikiran penulis,yang masih lagi diingati dan dipegang..... Namun disaat itu sikap prejudis masih lagi tinggi, kecurigaan mula timbul seakan seperti sukar untuk mempercayai apa yang dikatakan cikgu.........


Setahun berlalu;cerita yang penuh suka dan duka

Hujung Mac 2010,

"Rosman, kamu dapat 45 untuk Matematik Tambahan", beritahu cikgu meyelit dalam sesi P&P, memandangkan penulis merupakan golongan yang agak lewat mendukki ujian kali ini....

"Apa-apa pun kira oklah dapat lepas TOV kali nih", tambah cikgu lagi.....

Sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh cikgu, penulis tersentak seaakan tidak percaya. Nampaknya usaha kali ini masih lagi belum membuahkan hasilnya. Walaupun sepanjang kali ini sudah hampir 3 kali penulis mendapat gagal......

Namun apa yang penulis begitu 'terasa ' pada kali ini adalah, walaupun persediaan yang begitu rapi yang penulis telah lakukan untuk ujian kali ini sehinggakan penulis begitu yakin untuk mendapat sekurang-kurangnya B, nampaknya hancur.................

Impaknya mudah, sepanjang hari tersebut dirasakan hidup ini hampir musnah,tidak bermaya lagi untuk meneruskan perjunagan.Ye lah, usaha hampir nak pecah kepala pun masih lagi gagal, jadi perlu usaha lagikah????

Hendak dijadikan cerita, hari-hari terakhir Mac ini,telah dikeluarkan ranking semua pelajar Tingkatan Lima, bagi matematik tambahan.Sebaiknya sahaja penulis menatap senarai tersebut,terus mencari nama;mudah sahaja tidak perlu susah-susah cari, mesti ada di bawah.Akhirnya jumpa.....Kemudian penulis cuba meniti keseluruhan keputusan, kemurungan penulis sedikit terubat.

"Nampaknya masih ada harapan, teruskan usaha........"


p/S: Bangunlah kamu buat kali kelapan walaupun kamu sudah jatuh buat kali yang ketujuh; Pepatah Jepun


Jadi kalau anda jatuh buat kali yang sejuta, adakah anda akan bangun buat kali yang sejuta satu????
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...