Pages

Monday, 21 June 2010

It has come to the turning point









"Turning points consists of maximum and minimum points where their tangents are parallel to the x-axis"



KetikaThomas Alva Adison sudah gagal buat kali ke seribu dalam usaha beliau untuk mencipta filamen bagi lampu mentol, beliau pernah ditanya oleh seorang wartawan;


'Adison, adakah kamu tidak merasakan bahawa kamu telah melakukan kerja yang bodoh dan sia-sia?'


'Tidak sebenarnya, hakikatnya aku telah berjaya menemui 1000 cara yang salah untuk mencipta filamen mentol.......'


Akhirnya pada cubaaan beliau yang kali ke 2000, beliau elah berjaya mencipta filamen bagi mentol........



Begitu juga dengan Rasul yang disanjungi....
Perjuangan dakwah Baginda tidaklah begitu mudah.... Bermula dengan dakwah tertutup dan terbuka... Pernah dicaci,diherdik,dimaki.... Namun kini Islam sudah berjaya sebagai agama yang membawa nur dan sinar kepada dunia.... Semuanya atas berkat tabah dan sabar...


Ya Allah,terasa diriku ini begitu hina
Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan mereka... Tidak malulahkah mengalah gagal hanya kerana kegagalan atas beberapa helai kertas...



Ingatlah!!! Ketika anak-anak di Palestin sana sudah berdekad berusaha,berusaha dan terus berusaha.....demi tanah air tercinta......
Namun adakah diriku rasanya sudah 'seusaha' mereka???



Ya Allah aku memohon rahmat dan berkatMu..........




*********

Sudah lama tidak berjumpa dengan seorang senior ini, rasa gembira rasanya apabila beliau datang melawat sekolah....
Rancak berbicara, ada satu pesanan yang diberikan kepada penulis

'Rosman, anggaplah tahun peperiksaan in sebagai tahun untuk mendekatkan diri dengan Allah'

'Maksud Abang, banyakkan doa dan solat?'

'Jangan lupa juga tahajud, taubat dan hajat. Amalkan selalu'

'Tak hipokrit ka tu, bila nak exam saja baru nak jadi baik,alim...?',penulis sengaja menduga.

'Tapi itu lebih baik daripada tak berbuat apa-apa. Sekurang-kurangnya waktu ini kita sedar untuk kenal tuhan. Lebih baikkan daripada terus dalam kegelapan. Biarlah nak kata hipokrit pun...'

Tapi itu memng betul, penulis akui dan dapati,kebanyakkan pelajar tahun peperiksaan di sekolah nampak rajin beribadat,berdoa, solat hajat,baca Yassin,baik perlakuan walaupun sebelumnya tidaklah nampak serajin itu. Tapi biarlah,kalau tidak pada Allah,siapa lagi yang nak kita minta. Itu lebih baik daripada tak berbuat apa-apa......

*********
'Takut tak nak ambil SPM ni?' tanya penulis pada seorang rakan ketika tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum SPM nak menjelma

'Takut tak takut pun, SPM tu tetap nak ambil juga, daripada fikir takut lebih fikir macamana nak atasi takut tu.Daripada asyik merungut 'takut' memanjang, lebih baik isi masa merungut tu dengan usaha', syarah beliau denga panjang lebar.

Penulis tersenyum.....

*******
'Woi Rosman, aku risau la pasal Form 5 ni, nak buat macamana??. Dan penat dah nak urus kawan sendiri ni. Macam tak reti belajar nak hormat kita saja...'

'Alah hang janganlah risau, lebih baik hang tumpukan junior-junior kita yang masih perlu menabur bakti di sekolah, depa tu perlu dibentuk....untuk masa depan sekolah. Kita nih, beberapa bulan saja lagi nak habis sekolah.....Nanti tiba masa akan sampai la turning point dia tu...'

Itu hanya jawapan yang terlintas di fikiran penulis untuk meredakan kerisauan rakan penulis. Tapi tak sangka benda tu jadi betul.
Tak percaya???Mai lah tengok...
Ramai dah yang dah jadi budak baik......


*******
'Minta halal la semua makanan, minuman yang selama ni aku paw hang. Apa yang aku buat kat hang tu minta sori la. Aku mohon maaf banyak-banyak',kata seorang senior penulis dengan menangis teresak-esak ketika tidak berapa hari saja lagi sebelum peperiksaan. Ketika itu, waktu majlis bersalam-salaman dengan pelajar calon peperiksaan di surau.

Tanpa dirancang,terpacul dari mulut penulis
'Saya maafkan, buat elok -elok ya....'
Walaupun sebelum ini dia adalah antara orang yang banyak 'menggangu' hidup penulis di asrama

Lagi satu yang penulis dapati, orang yang banyak masalah tu la yang paling kuat menangis,sebab ramai orang dia nak kena minta ampun....
Yang lain 'cool' ja...
Ha..ha......

*******
Hari ini, 21 Jun, hari yang yang penulis banyak menerima leteran seusai sahaja PPT baru berlangsung..

'Kamu ni, cikgu tak penah semarah macam ni kalau time ni waktu tahun lepas. Tapi kamu ni....'

Tambah lagi,

'Kalau ini pun kamu tak dapat hadapi, macamana pula kamu nak hadapai hidup kamu nanti. Kamu tahu tak berapa ramai yang siswazah yang tengah menganggur sekarang . Itu siswazah, kamu ni, SPM pun tak lepas lagi tambah la dengan keputusan kamu. Cikgu tahu,kejayaan hidup kamu tak semestinya dipengaruhi dengan periksa sahaja, tapi kalau ini kamu tak dapat hadapi, macamana kamu nak hadapi yang lain......????'

TERIMA KASIH CIKGU..... :-) atas nasihat dan pedoman...... dan minta maaf kalau result kami(sekelas) teruk. Kami akan berusaha.........
*****

Berikut antara merupakan pengalaman penulis ketika pernah menjadi palajar tahun peperiksaan(2008-PMR),pegalaman ketika melihat kakak-kakak dan abang -abang yang mengambil peperiksaan(bukan waktu tahun peperiksaan penulis) dan pengalan penulis pada tahun ini. Semua itu pasti pernah terjadi kepada pelajar tahun peperikssan dan benda ini akan terus dan terus berulang.. Banyak hikmah yang dapat diambil sekiranya direnung dan diteliti..........

Apa-apa pun, menulis,memohon doa daripada semua agar sentiasa mendoakkan kekuatan dan kesejahteraan penulis dalam menghadapi SPM pada tahun ini. Semoga penulis dan rakan-rakan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.

Terima kasih kepada ibu ayah,cikgu-cikgu dan kawan-kawan atas bantuan dan nasihatmu.......

Kepada yang belum tiba masanya untuk mengambil peperiksaan besar lagi(Form 1,2 & 4).
Teruskan usaha, gagal ini perkara biasa cuma usaha yang menjadikannya luar biasa Dan lagi satu, jangan tidur di dalam kelas!!!(serius ni!!!.....) Lakukan turning point sekarang!!!!.......


''Lebih baik merangkak tetapi sampai, daripada berlari tetapi putus di tepi jalan"






p/s:Semoga temu duga penulis yang pertama dalam hidup berjalan lancar..............
www.tips-fb.com

Thursday, 3 June 2010

Earth Hour SBPIKP 2010

Wah dah lama dah tak upadate blog ni...
Sibuk memanjang penulis dekat sekolah, rasanya ada banyak cerita menarik yang untuk dicorekkan....

Tak mengapa, penulis mulakan dengan perkongsian gambar sikit,......
dan sedikit ayat untuk direnungkan........


Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud, “Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”







































p/s: Baru tadi terima pekeliling yang sama buat kali kedua; KAMERA TETAP sebagai barang terlarang... Aduhhhh terbantutlah usaha murni ni nanti.......
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...