Pages

Friday, 13 August 2010

Ceritera TRIAL SBP 2010.... :-)





Jalan itu sempit dan penuh dengan rintangannya
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh
Kaki masih lagi mahu melangkah
Walaupun gerakannya tidak sepantas mana
Jalan semakin berliku
Hendak digagahkan
Terasa kepayahan
Hendak dihentikan
Tebayang seribu satu kerugian
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada
Namun seakan tergambar kerugian
Ahh.....aku perlu teruskan................



3 Ogos 2010, Ahhhhh...tarikh yang selama ini ditunggu-tunggu telah pun tiba. Namun entah kenapa terasa ada sahaja yang tak kena di hati ini. Pagi ini agak baik, cuacanya pun agak baik cuma seperti biasa sarapannya sahaja yang tak baik... Hari pertama peperiksaan bukanlah hari yang begitu seronok untuk dinantikan oleh penulis namun hari inilah yang merupakan titik tolak menentukan momentum penulis.....Seribu langkah bermula dengan satu langkah yang kecil bukan??? dan langkah kecil ini haruslah meningkat daya pecutnya....

Langkah dimulakan sebaik sahaja keluar dari pintu asrama. Penulis bergegas ke sekolah secepat mungkin. Sepanjang perjalanan penulis teringat kembali tentang semua persediaan yang sudah desedia rapi.Ya takkan tersilap lagi. Belajar daripada kesilapan yang lalu, semua persedian yang rapi. Memang, hari pertama peperiksaan memang boleh menggugupkan penulis.... dan kebiasaanya subjek Bahasa Melayu dan Sejarahlah yang akan menjadi mangsanya.....

Sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah, penulis lihat sudah ramai yang berada di kelas Semuanya sibuk dengan menelaah buku masing-masing.Persediaan akhir....hmm..entah masuk entah tidak..tapi cara itu merupakan cara 'kegemaran' kebanyakan pelajar. Perhimpunan pagi belum dimulakan lagi dan perasaan ini masih lagi diselubungi rasa gugup. 'Takpalah', biar penulis tenangkan diri sebentar di bilik pengawas. Tiba-tiba.....di kejauhan di koridor nun sana yang penuh dengan sekumpulan pelajar yang turut bergegas ke kelas;

"ROSMAN!!! Good Luck!!!!!!" sayup-sayup kedengaran

Mendengar sahaja kepada ucapannya ditambah lagi dengan senyuman manis wajahnya, terasa ringan sedikit beban di hati ini. Memang, musim peperiksaan boleh menyebabkan pelajar menjadi tak tentu arah. Tiba-tiba sahaja akan ada sahaja orang sahaja orang yang akan menjerit tak tentu pasal bagai diserang histeria, melompat terkinja-kinja ataupun 'melalalak' tanpa bersebab awal-awal pagi lagi di asrama.Itu mungkin cara mereka menghilangkan tekanan tetapi kelihatan menakutkan...

Penulis cuma membalas ucapan tersebut dengan senyuman di kejauhan, sebagai tanda penghargaan;Terima Kasih!!!

Sebaik sahaja melangkah ke bilik pengawas, beban di hati ini semakin ringan apabila melihat uacapan di papan putih.





Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila ada satu kad ucapan yang besar.....khas untuk sahabat penulis......




Dan satu bait yang mengurangkan lagi kegugupan penulis......

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala ketabahan
Berbekalkan kekuatan dan keimanan

Dan cuba teka, sipakah pemberinya?? Hahhh nilah....



Penulis yakin ini merupakan pemberian ikhlas daripada adik-adik kepada seorang senior yang mereka sayangi dan hormati walaupun si abang ini kerapkali menengking mereka. Namun penulis tahu, si abang ini telah menjalankan tugas dengan baik dan beliau layak untuk mendapat apa yang beliau patut dapat......

Seusai sahaja perhimpunan pagi , penulis terus bergegas ke kelas.Melihat pada jam tangan, ada lebih kurang setengah jam lagi dan penulis kini bersiap-sedia untuk persiapan mental. Sebaik sahaja tiba di meja tulis, terpandang akan 2 nota ringkas yang menaikkan semangat lagi untuk berusaha....











Melihat kepada nota-nota yang diberikan ini, penulis dapat simpulkan bahawa pemberinnya tidak pernah merancang untuk memberinya.... mungkin dibuat dalam keadaan kalut atau ketika terlintas di fikiran,sebab begitulah keadaanya begitu, namun penulis dapat katakan ianya merupakan pemberian yang ikhlas dan penulis begitu menghargainya......

Baru sahaja hendak mengambil pen, terjumpa pulak sekeping kad.....




Baru teringat, penulis mendapat ini beberapa hari yang lalu dan penulis dapat katakan bahawa pemberinya memang merancang untuk memberinya dan insan-insan yang begini merupakan insan yang pandai menghargai......

'I also hope the best for you...Thanks!!!!..."

Sedar tak sedar setengah jam sudah pun berlalu dan penulis dan rakan-rakan bersedia untuk ke dewan dan secara tak lagsung rasa gugup itu terus hilang banyak sangat ucapan semangat dan perangsang yang diberikan Terima kasih semua!!!

Hari ini penulis dapat belajar sesuatu perkara; untuk diharagai belajarlah menghargai, untuk dihormati belajarlah menghormati.Wah!!! kata-kata yang bagus untuk untuk ditulis dalam karangan nanti.

Ya belajarlah untuk mengucapakan apa -apa sahaja kepada orang yang tersayang di sekeliling kita,;keluarga,ibu bapa,rakan, guru samada dengan ucapan seringkas 'Good luck' ataupun sebagainya. Kita tidak tahu, mungkin hanya dengan satu ucapan ringkas daripada kita dapat memberikan seribu perubahan.......kepada insan yang benar-benar memerlukan sokongan dan pengharagaan.

Kepada seluruh rakan penulis yang sedang mengalami demam peperiksaan, ini ucapan penulis untuk anda;




Wopps!!! Sebelum terlepas pandang, ucapan 'good luck' juga kepada guru-guru penulis yang bakal menghadapi 1001 kerenah untuk memeriksa kertas kami semua, maafkan kami sekiranya masih lagi melakukan kesalahan yang sama. Bantulah dan bimbinglah kami sehingga ke akhirnya.........

Nampaknya penulis hari ini telah mulakan langkah pertama penulis dengan baik dan begitu juga harapan penulis untuk hari- hari yang berikutnya.


Sebelum menduduki meja peperiksaan teringat pula janji penulis untuk berjumpa dengannya di M.A.C 2011 nanti.....


SEMOGA BERJAYA!!!!!!!





Lupa lagi, terima kasih jugak kepada yang ini, kreatif tapi menggambarkan penghargaan yang sementara sebelum hilang tersejat........:-p hah..hah.....


p/s:
-Mahu menikamati Ramadan tahun ini sepuas-puasnya setelah hampir 5 tahun penulis tak berkesempatan main mercun bola!!!
-Waktu tidur sepanjang peperiksaan ini agak terganggu.....bising sangat...!!!
-Harap di bulan puasa ni tak ada orang yang 'merengkoi' lagi...........................


www.tips-fb.com

Friday, 6 August 2010

Berat mata memandang,berat lagi hati yg tengok....


Kebiasaanya dia akan berkata;
'Aku tiada duit la...sori...'

Baik penulis mengerti,faham. Ketiadaan duit adalah sebagai suatu perkara yang agak tipikal, biasa. Akan tiba satu masa seseorang pelajar akan kehabisan duit poketnya. Kemudian akan diisi semula. Betul bukan....

Bermakna istilah 'tiada duit' itu adalah suatu yang penulis rasakan tidaklah sesuatu yang agak membebankan.......

Namun kelmarin seeakan mengubah semuanya
Persepsi sudah mula berubah...
Maafkan aku sahabat, penulis kini mula mengerti akan maksudmu...

Namun apa-apa pun penulis ucapkan teruskan usaha...selamat berjaya..............

p/s:Terasa diri ini seaakan bertuah.....masih ramai yg kurang bernasib baik di sana.........
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...