Pages

Sunday, 30 January 2011

WARKAH BUAT ORANG TERCINTA


Assalamualaikum…..

Menemui insan-insan yang tercinta dalam hidup penulis.Apa khabar semua ? Harap berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera .Kepada Allah s.w.t, penulis sentiasa berharap agar sentiasa berada dalam keampunan-Mu dan keredhaan-Mu.Kepada Abah, smoga sihat dalam melakukan kerja seharian.Mama,tahniah diucapakan kerana berjaya mendapat pejabat baru.Oh…bagaimana keadaan Nina di asrama sana? Dengar kata sudah menjadi pengawas asarama di sana. Ha..ha… Kepada Alif, mungkin tidak perlu bertanya khabar kerana setip hari berada bersama-sama di rumah.Kepada guru-guru yang sudah hampir 2 bulan tidak bersua muka semoga dapat mengajar dalam keadaan yang baik.Insya-Allah, jika ada kesempatan penulis akan melawat ke sekolah. Begitu juga kepada rakan-rakan yang lain. Dengar kata semuanya sibuk dengan kerja dan lesen memandu masing-masing.Baguslah...harap-harap lagi senanglah untuk kita berjumpa selepas ini. Walau apa jua pun keadaan anda, penulis harapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat.

Pada hari ini apabila dilihat pada kalendar rupa-rupanya penulis sudah berumur genap 18 tahun 20 hari.OPPS LUPA!!! SELAMAT HARI LAHIR ROSMAN!!!. Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap dan tak salahkan jika mengucapkannya pada diri sendir?? Yalah sebagai tanda pernghargaan kepada diri sendiri. Jika sebelum ini banyak ucapan Selamat Hari Lahir yang penulis dapat di Facebook dan tak kurang juga ada sms. Namun apa yang penulis paling terharu apabila ada orang yang sanggup menelefon penulis untuk mengucapkan selamat harilahiri walupun tersilap haribulan. Walau apa jua bentuk pun, terima kasih daun keladi!!”!Dah 18 tahun..dah besar panjang pun kau Rosman”. Tak dilupakkan juga kepada Mukhlis yang penulis sempat sampaikan ucapan dengan menelefonnya 2 hari yang lalu, kepeda Hasana yang penulis smskan ucapan hari jadi ketika dia sedang berada di kem PLKN Tasoh,Perlis dan rakan-rakan yang sudah mempunyai angka yang sama dengan penulis;Mussadiq,Ghafur,Izat,Atikah dan ramai lagi sampai tak ingat =)....




Kepada Allah s.w.t.,

Pertama sekali aku ingin memanjat kesyukuran kepada-Mu kerana Kau masih lagi memberi peluang untuk hidup di muka bumi ini selama 18 tahun. Peluang untuk aku melihat setiap hari matahari terbit dari timur dan terbenam di barat,peluang untuk aku menhghirup menhirup kesegaran oksigen,peluang untuk mendengar kicauan burng yang begitu merdu,peluang untuk aku menyuap sesuap nasi di dalam mulutku dan merasai nikamt kesedapan dan kekenyangan dan banyak lagi yang tak mungkin aku dapat senaraikan.Alhamdulillah... Namun, disebalik segala nikamt yang Kau berikan,aku sentiasa memohon agar berada dalam perlindungan-Mu. Aku ememohon ampun pada-Mu, Kadang-kala aku culas dalam ibadatku. Aku alpa dan leka dengan nikmat-Mu. Semoga dengan sifat AL GHAFFAARU Mu, aku sentiasa berada dekat denganMu.

Kepada Abah

Diumur 18 tahun ini,Maman ingin memohon maaf sekiranya telah banyak melakukan silap dan salah. Sebagai anak yang sulung, meungkin banyak kerenahnya.Terima kerana telah membesarkan Maman dengan baik selama 18 tahun ini. Terima kasih juga kerana telah menjaga keluarga kita dengan baik. Maman harus akui, disebabkan sikap abah yang tegas meyebabkan penulis kadang-kala kurang bersuara tapi penulis bersyukur disebabkan sikap abah itulah Maman dapat mejaga diri Maman dengan baik.

Kepada Mama

Mama merupakan seorang ibuyang baik. Menjadi wanita yang berjaya dalam kerjaya dan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah tapi Mama dapat lakukan dengan baik, sehingga sekarang pun Maman masih lagi belum dapat belajar memasak kerana setiap hari, Mama sudah pun menyediakan hidangan sebelum ke tempat kerja. Terima kasih kerana sudi mendengar pendapat anak sulungmu walaupun kadang-kala menyentuh sedikit perasaanmu. Biasalah, anak muda,darahnya masih panas tapi Maman tidaklah bemaksud begitu. Baru-baru ini Mama memberitahu bahawa suah hampir 20 tahun Mama sudah bekerja. Hampir separu daripada usia Maman.Keliohatannya Mama seperti penat. Doakan agar Maman berjaya dalam pelajaran dan berjaya mencapai impian Maman kerana doa ibu itu doa yang mustajab. Biarlah Maman pula yang bekerja. Maman mahu Mama berehat.......




Kepada Nina

Kepada Nina yang merupakan satu-satunya adik perempuan Maman,Maman sentiasa mengharapkan agar Nina seronok ketika di asrama sana.Mempunyai ramai kawan serta kakak –kakak yang dapat menjaga Nina di sana. Memang, hidup di asrama memang seronok dan Maman pernah merasainya. Sebenarnya semenjak Nina di asrama kebelakangan ini, Maman berasa lega,sekurang-kurangnya Nina selamat ketika berada di sana. Maffkan Maman juga jika selama ini kurang memberi perhatian kepada Nina. Mungkin kerana Maman ini seorang lelaki dan kadang-kala tak dapat memahami pemikiran seseorang remaja perempuan seperti Nina. Kadang-kala Maman sukar untuk memahaminya,begitu kompleks!!! Apa-apa pun Maman tetap bersyukur kerana mempunyai seorang adik perempuan,dapatlah juga dapat bertanya sberkaitan masalah budak perempuan...He..He...




Kepada Alif,

Sekarang Alif sudah pun berumur 12 tahun. Setiap pagi ketika Alif mengenakan uniform biru pengawas ke sekolah, Maman selalu teringat bahawa Maman juga pernah mengalami apa yang pernah dialami oleh Alif sekarang. Zaman sekolah rendah memang indah. Banyak masalah tidak yang perlu difikirkan. Semuanya penuh suka dan ceria.Kadang-kala Maman juga iri hati juga kerana asyik melihat Alif asyik bermain sahaja seakan –akan tiada masalah yang dihadapi di dunia ini. Tapi Maman mengerti, itulah zaman kanak-kanak yang penuh indah, jadi Alif nikmatilah sebelum zaman itu pergi meninggalkan kita .Maafkan Maman juga sekiranya sering sahaja bergaduh dan menyakat Alif di rumah.Bukan apa, kadang–kala Alif tidak seperti tidak kisah sahaja apa yang dipesankan. Disuruh buat ini, hendak dibuat juga, dilarang buat ini hendak dibuat jugak, tapi tak mengapalah,Alif masih dalam usia hendak membesar. Kelak,Alif asti akan mengerti. Cuma apa yang Maman harapkan, tahun ini Alif akan menduduki UPSR. Jadi belajar rajin-rajin. Pastikan mendapat 5A dan dapat masuk ke asrama. Ingat pesan tuk”Alif ni cucu laki......”

Keapada guru

Srtakat warkah ini ditulis,nampaknya sudah hampir 2 bulan saya meningaalkan sekolah. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan hidup di asrama yang sentiasa sibuk dan padat, saya kini mula merindui sekolah. Alhamdulilah,.. asya di sini sihat-sihat saya. Terima kasih kepada semua guru-guru atas segala tunjuk ajar yang telah menjadi bekalan saya sehingglah saya kini mencecah 18 tahun. Ketika di sekolah, saya sebenarnya banyak mengambil tunjuk ajar daripada guru-guru.Ada yang kelihatan yang begitu matang dan berpengalaman;saya banyak mengambil teladan,dan ada juga yang begitu memahami anak murid;saya jadikan rakan. Terima kasih cikgu. Jasamu sekalian tidak akan saya lupakan. Teruskan usaha untuk mendidik anak bangsa dengan baik agar dapat melahirakan anak-anak muridmu yang berjaya...

Kepada rakan-rakan

Aku rindu betul kepada anda semua.Semuanya sihat? Dengar kata ramai sudah yang bekerja. Oklah kalau macam tu,harap jangan ada yang kahwin sudahlah.Setakat ini aku masih lagi mencuba-cubakan diri lagi untuk hidup apabila tiada lagi kawan yang sentiasa berada 24 jam di sekeliling aku.Aku tahu, sudah tiba masanya untuk aku hidup dengan usaha sendiri tanpa selalu mengharapkan kepada bantuan orang lain. Hidup sekarang ini tidak lagi seperti di asrama dulu. Jarang kawan –kawan nak perhatikan dan tegur kita, jadi kena pandai-pandailah jaga diri. Apa-apa pun anggaplah perpisahan ini sebagai satu lagi pertemuan yang lebih baik.Rindu itu nikmat Allah,tanpa rindu tiadalah kasih sayang kan?? Walaupun kita sering sahaja dipandang serong tapi kita sahaja yang tahu apa susah senang yang terjadi.Jangan putus doa,moga-moga kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.

Tak dilupakan juga kepada senior-senior yang kini sudahpun bertaburan di merata muka bumi tak kisahlah samada di dalam ataupun di luan negara. Terima kasih, kerana anda semua merupakn inspirasi saya. Saya sentisa mengharapkan agar suatu hari nanti agar saya dapat menjadi seperti anda. Belajarlah rajin-rajin agar dapat mencapai impian anda.Kalau ada umur yang panjang, kita berjumpa lagi........

Nampaknya setakat ini sahajalah yang penulis dapat coretkan. Meniti usia 18 tahun ini, sebenarnya penulis sentiasa mengharapkan agar hidup penulis bahagia dengan dikelilingi orang-orang yang tercinta walaupun menghadapi pelbagai dugaan hidup.Sememangnya seronok apabila sudah berusia 18 tahun ini,terasa seakan dewasa dan matang selain daipada kebanyakan syarat umum sudah dipenuhi.Cth”’Anda mestilah berumur 18-35 tahun utk menyertai.....”.






Walaubagaimanapun, apabila sudah berumur 18 tahun, ini bermakna penulis ada lagi 72 tahun untuk hidup(80 tahun kebanyakkan purata umur seseorang manusia). Penulis sering tertanya adakah usia yang telah diberikan telah digunakan dengan baik? Apabila bertambah umur seseorang maka akan bertambah beratlah tanggunjaab seseorang itu. Diharapkan sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t. Banyak lagi perkara ynag ingin penulis lakukan dalam hidup ini. Selamat Hari Lahir!!!!!!!

Salam sayang,

ROSMAN

p/s:Teringin nak buat ‘bungee jump’......

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...