Pages

Saturday, 26 February 2011

Kisah Bas Lagi.....

Malaysia, mempunyai pemilikan kereta per kapita lebih tinggi dari Amerika Syarikat dan Jerman, dengan 20 juta kereta untuk jumlah penduduk 28 juta.-Utusan Malaysia, 17 Febuari 2011

Rasanya ini adalah kali kedua penulis menulis tentang bas. Tak tahulah apa yang menarik sangat tentang bas nih, tapi rasanya bas ini memang rapat sangat dengan hidup penulis.

Hari itu penulis berasa tidak begitu sihat;pening-pening dan sakit-sakit kepala, sakit belakang dan urat ditambah lagi dengan resedung penulis yang kembali menyerang akibat mengalami perubahan persekitaran yang terlalu drastik. Semuanya gara-gara penulis menaiki bas selama 3 hari berturut-turut.

1.Bas Sekolah

Bas yang penulis naik ini bukanlah bas sekolah yang biasa, tapi boleh dikatakan setaraf dengan bas ekspress di luar sana tuh. Namun, apa yang menghairankan kenapalah pemilik bas ini mahu menggunakan ‘jenama’bas sekolah kuning sedangkan fungsi bas ni lebih banyak seperti bas pelancong dan rombongan. Mungkin strategi perniagaan kot. Apa-apa pun terima kasih kepada Ainsyah dan ayahnya yang telah menganjurkan lawatan ke Genting dimana ayahnya sendiri menjadi pemandu bas dan Ainsyah menjadi pengurus rombongan bas. Pengalaman menaiki bas ini seperti biasa sekiranya anda pernah menaiki bas ekspress dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Cuma apa yang penulis berasa tidak selesa apabila keadaan di dalam bas itu terlalu sejuk sangat sehingga penulis tidak boleh tidur pada malam itu akibat mengalami ‘ketat hidung’. Ingatkan penulis seorang sahaja yang berasa begitu, sedangkan satu bas pun menggigil kesejukan. Ada waktunya pemandu bas akan mematikan pendingin hawa kemudian akan membukannya beberapa minit kemudian. Bukan sekali tetapi hampir 5 kali sepanjang perjalanan. Kemudian ada seorang rakan penulis mengatakan bahawa perlu untuk membuka penghawa dingin bagi memastikan pengaliran udara baik. Cuma apa yang menghairankan penulis kenapa tidak ditinggikan suhu sahaja?? Kenapa perlu bersusah-payah untuk membuka tutup berulang kali. Ditinggikan suhu?? Bukan tinggi lagi kuat ‘air cond’ tuh?? Ha..ha.. Tiba-tiba teringat pula ketika pertama kali diperkenalkan dengan pendingin hawa. Di ‘remote’ pendingin hawa tu akan terpampang no 16 sehinggalah ke 32. Disebabkan penulis berasa begitu panas, ditekan-tekan butang sehinggalah ke suhu 32, tapi akhirnya tidak berasa sejuk pun, panas lagi adalah. Akhirnya baru penulis tahu, lagi tinggi suhu lagi panaslah,lagi rendah lagi sejuklah. Mungkin pemandu bas itu masih menggangap seperti anggapan penulis dahulu, 16 dikatakan paling panas. Apa-apa pun penulis begitu menyesal kerana tidak sempat untuk bertanyakan hal ini kepada pemandu bas.Aduh.....

2.Bas Antara Bandar(City-Liner)

Frasa ‘antara bandar’ ini penulis dapat tahu ketika menaiki komuter dimana penulis terbaca di papan tanda di satu stesen yang tertulis, komuter antara bandar. Komuter ini akan menghubungkan antara bandar-bandar di sekitar Lembah Klang. Maka kali ini penulis akan menaiki bas antara bandar pula kerana penulis menaiki bas dari Sungai Petani ke Alor Setar walaupun pada hakikatnya orang-orang di sini tidak memanggil bas dengan nama itu. Terima kasih kepada Solihin kerana memperkenalkan saya dengan bas City-Liner walaupun pada hakikatnya penulis teringin untuk menaiki bas Transnasional. Tiada apa sangat yang penulis dapat katakan tentang bas ini, sama seperti menaiki bas-bas lain. Cuma satu soalan sahaja yang penulis masih tertanya-tanya. Kenapa setiap kali kita membayar duit kepada konduktor bus, konduktor bas itu akan memberikan sepertikertas kecik yang ditebuk-tebuk lubang di atasnya. Secara realitinya mungkin ramai rakyat diluar sana itu kenapa kertas kecil itu ditebuk-tebuk yang menyebabkan ramai orang sebaik sahaja mendapat kertas tersebut,dironyok-ronyok kemudian dibuang di dalam bas, maka bas pun penuhlah dengan sampah........







3.Bas Mara

Dalam banyak-banyak bas, bas inilah yang paling penulis suka. Kenapa?? Kerana bas ini tingkapnya besar; dari kepala sehingga ke kaki. Puas sungguh dapat melihat pemandangan di luar. Pada kali ini penulis akan menaiki bas kegemaran penulis dari Jitra ke Kangar kerana mahu menghadiri satu karnival pendidikan.

Jadi sebelum nak menaiki bas maka perlulah menunggu bas bukan? Maka bermulalah drama menunggu bas. Dijangkakan bas akan datang pada pukul 9 tapi ditunggu-tunggu bas, masih belum datang. Jadi mulalah hati ini mahu memaki hamun. Lebih kurang dalam pukul 11 barulah bas datang. 2 jam penantian yang begitu meyeksakan.

Sebaik sahaja membayar duit kepada konduktor kemudian seperti biasa diberikan kertas kecil yang ditebuk-tebuk lubangnya, penulis terus membuang kertas tersebut melalui tingkap bas sebagai tanda protes.

“Kata nak tingkatkan kemudahan kenderaan awam, tapi bas pun macam ni.....bla....bla....bla...”

Maka perjalanan pergi pada hari itu dengan bas kegemaran bertukar menjadi begitu tidak seronok. =(

Setelah penat seharian berada di pameran, maka penulis pun menaiki bas yang sama untuk pulang. Nasib baiklah kali ini tidak perlu menunggu bas kerana sebaik sahaja tiba di perhentian bas, bas sudah pun ada. Kali ini pejalanan menaiki bas sedikit tenang. Mungkin kerana tidak perlu menunggu bas lagi.

Di atas bas, banyak yang difikirkan. Kepala begitu serabut apabila terpaksa memikirkan tentang keputusan yang perlu dibuat bagi melanjutkan pengajian tinggi. Hal bas juga tidak dilupakan.

“Bilalah kenderaan awam dekat sini nak maju macam dekat KL tuh”

“Dahlah lambat, masa pula tak tentu pulak tuh!!”,rungut lagi....

Dah penat merungut-rungut, penulis memerhati keadaan sekitar di dalam bas. Tadi ada lebih kuang 10 orang, sekarang cuma tinggal 2 orang sahaja. Ramai yang turun dekat C-Mart Arau tadi. Perjalanan masih lagi jauh nak sampai ke Jitra. Kemudian terdetik di fikiran...

“Kalau dekat KL tu bolehlah nak hebat-hebat kenderaan awam dia, penuh sesak, kat sini...2 orang sahaja..”

Tiba-tiba rasa menyesal pula memaki hamun hari ini. Memang patutlah trip bas hanya 2 jam sekali. Ada dalam bas pun 2 orang sahaja. Ramai macam ni, silap haribulan boleh bungkus syarikat.

Jadi maafkan saya pemandu bas kerana begitu marah kerana bas datang lambat,maafkan saya konduktor bas kerana membuang tiket bas di luar tingkap bas dan maafkan saya kerana membiarkan emosi menguasai diri.

Sebaik sahaja sampai di Jitra, penulis turun dengan tersenyum, puas kerana dapat sedikit pengalaman baru. Tiba-tiba telefon berbunyi, mesej datang....

“Rosman, jangan lupa ujian JPJ minggu depan.......”

p/s: Sedih kerana selepas ini penulis merupakan antara rakyat Malaysia yang akan menyebabkan jalan raya di Malaysia akan lagi bertambah sesak, mencemarkan udara dengan pelepasan karbon monoksida, duit sentiasa cepat sebab mengisi minyak yang tak turun-turun harganya dan tiada lagi menjadi penumpang di hadapan atau di belakang yang boleh tidur sahaja bila terasa mengantuk....

Tapi apa yang seronok; boleh travel dan jalan-jalan merata-rata........ Yahoo!!!!!!!!.....;)

www.tips-fb.com

Friday, 11 February 2011

Kisah nak kahwin.....




Bobo kelihatan tidak tenang. Dibaringkan badannya di atas katil. Kemudian dia beralih ke kiri kemudian ke kanan. Jelas tergambar kerisauan di wajahnya apabila peluh mula membasahi dahinya. Masakan tidak apa yang diramalkan keluar, langsung tidak keluar. Rasa menyesal pulak kerana terlalu mempercayai sms 'solan spot' yang berjela-jela yang dihantar kepadanya. SMS yang pada mulanya diterima oleh seorang sahaja, kemudian dengan segeranya tersebar ke seluruh asrama bagaikan serangan virus. Nasib baiklah hanya kertas dua sahaja, sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk kertas Kimia. Setelah mengeluh panjang akhirnya Bobo membuat keputusan, dibuka beg dompetnya kemudian diambil satu kad sim yang berwarna biru kemudian dimasukan ke dalam telefon Nokia yang agak ketinggalan modelnya. Ditekan-ditekan punat butang telefon tersebut....

"Assalamualaikum Mak......"
Kemudian terikir satu senyuman di bibirnya. Tenang rasanya.....

Itulah Bobo. Anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Walaupun merupakan anak sulung tetapi Bobo mendapat layanan seperti anak bongsu;penuh kasih sayang dan perhatian. Bobo juga merupakan abang yang baik; Seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rakan-rakan jarang melihat dia marah, apa lagi hendak menjerit-jerit tak tentu pasal di tengah di tengah asrama jauh sekali. Memang, Bobo disenangi semua orang dan itulah Bobo....

Suatu hari tibalah hari peperiksaan bagi kertas yang kebanyakannya ditakuti oleh banyak pelajar; Matematik Tambahan. Pada hari ini, sebanyak dua kertas yang diduki, kertas 1 di sebelah pagi dan kertas 2 di sebelah petang. Akhirnya kedua-kedua kertas telah pun selesai diduki. Sebaik sahaja pulang ke dorm seperti biasa akan ada perbicangan semula ditambah dengan rungutan dan sesalan. Ada juga yang berdiam diri sahaja kerana tidak mahu emosi terganggu bagi kertas keesokan harinya. Namun kertas kali ni telah berjaya menyebabkan semua pelajar menrungut dan mengomel-ngomel sesama mereka terutamnya kertas Matematik Tambahan 1. Begitu juga Bobo yang begitu risau. Kalau boleh dia tidak mahu gagal lagi. Tanpa membuang masa dia terus mengambil telefon kemudian menelefon ibunya. Agak lama perbulan kali ini. Mungkin segala kerisauan Bobo diceritakan kepada ibunya. Setelah 15 minit berlalu akhirnya perbulan tamat.

"Mak aku kata, jangan risau. Tadi masa aku tengah ambil paper tadi, mak aku ada baca Yassin. Dia rasa perut dia rasa sejuk sangat dan dia asyik doa aku kat aku supaya aku dapat jawab dengan elok." ujar Bobo. Kerisauan tadi hilang apabila dia tersenyum gembira.

"Lagipun mak aku yakin, mesti graf jatuh punya, alah macam tahun-tahun sebelumnya sebab soalan kali ini susah sikit", itulah yang bobo ceritakan sebelum ia terus keluar bergegas ke padang untuk bermain. Hairan?? Bagaimana seorang ibu yang merupakan suri rumah biasa sahaja dapat mengetahui selok-belok graf nih. Ha..ha... tapi itulah kehebatan kuasa seorang ibu untuk menenangkan anak-anaknya.

Di suatu malam, terdapat beberapa orang pelajar yang sedang bersembang-sembang memandangkan tiada kertas untuk diduki sehingga 3 hari berikutnya. Sedang seronok bersembang-sembang, kemudian adalah seorang yang membangkitkan persolan tentang kahwin. Biasalah, remaja lelaki diumur begini untuk bercakap soal kahwin ataupun perempuan. Masing -masaing mula membuka cerita diambah dengan gelak ketawa serta usikkan. Ada yang yang kata lebih baik kahwin selepas tamat belajar, ada yang bercinta dekat universiti lagi seronok kerana ketika itu tiada sesiapa lagi yang akan mengonkong dan yang lagi dahsyat, ada yang mahu terus selepas SPM . Perbualan malam itu memang rancak. Kecoh satu dorm dibuatnya. Tiba-tiba sahaja.....

"Cukuplah!!! Asyik cakap pasal kahwin tak habis-habis. Hampa tak rasa selama ni hampa belajar penat-penat kemudian bila hampa dah berjaya, hampa semua nak habiskan duit hampa dekat perempuan yang hampa kenal beberapa tahun sahaja. Cubalah fikir sikit kot mak ayah.Kot lah nak bawah pi haji ka.....jalan-jalan melancong ka....Kenanglah sikit jasa!!!!!....", ujar Bobo dengan nada yang agak tegas dan marah.

Semua yang ada di situ termasuk penulis tersentak sebentar. Tak pernah kami semua melihat Bobo marah sebegitu. Malam itu penulis tidak dapat tidur lena. Banyak yang difikirkan. Dan akhirnya penulis bertekad;akan dibuka pintu hati ini untuk seorang insan yang bernama wanita setelah ada;kerja gaji besar+I-Phone 5,6,7...+Kia Sorento+rumah teres corner lot+scooter Yamaha+jalan-jalan around the world dan yang penting kalau ada rezeki nak bawak mak ayah ,melancong ke luar negara (seperti yang dicadangkan Bobo) sebelum peruntukan duit untuk bakal isteri. Bukan senang nak tanggung anak orang wooo.....!!!!!!

Like what uncle Bad+Janet Khoo said:
true love is just like ghost..people always talk about it but apparently, few are having it.....

Berapa kali sangat dalam hidup kita jumpa hantukan??

p/s:Kita merancang, tapi kalau dah jodoh nak buat macamana....

Sesiapa rasa nak tambah ilmu berkaitan valentine

-Boleh tengok TV9 jam 9 pagi,14 Febuari(Isnin)
-Badar muslimah
-Badar

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...