Pages

Sunday, 13 March 2011

Jangan Berhenti Berharap=spm 2010

post ini ditulis untuk rakan-rakan yang tercinta.....dan juga sebagai peringatan kepada diri penulis...yang telah mengalami jalan yang begitu pahit dan getir dan sedang menanti jalan keluar yang masih lagi samar.....................







"Jadilah seperti 2oox", itu yang kerap kali penulis dengar, sehingga naik bosan penulis dibuatnya

"Jangan jadi seperti 200x", itu yang kerap kali penulis dengar, sehingga naik kasihan dibuatnya

Maka suatu ketika terdetik di hati penulis
"Bagaimana dengan 2010??? Nak supaya disebut nanti
jadilah...atau jangan jadilah....
Maka itu satu persoalan yang cukup besar kerana kesannya akan jadi bualan warga sekolah dalam tempoh 10 tahun atau lagi dahsyat selama-lamanya. Jadi apa yang penulis rasakan lebih bagus kalau tidak kedua-duanya. Kalau dipuji sangat orang akan naik menyampah, kalau dikeji sangat orang akan mengatakan

"Ohhh tu batch yang teruk tu......"

Sebagai ketua....itu merupakan satu soalan yang cukup tidak meyenangkan dan jawapannya akan terjawab tidak lama lagi. Pernah juga berkata begini bagi meyedapkan hati

"Biarlah nak kata apa pun, dah tak ada di sekolah...."
Tapi.....anda suka nama anda dibuat contoh yang berbentuk negatif??? Tapi apabila penulis berkata berikut, memang dapat menyedapkan hati sedikit........Semoga yang baik datang dari-Nya......

Baik, memandangkan semua dah tahu bahawa keputusan SPM akan keluar pada 23 haribulan ini, jadi sebagai ketua =) ada sedikit tugasan untuk semua batch TRIO. Saja untuk seronok-seronok dan juga untuk mengurangkan sedikit risau sementara menunggu keputusan. Mungkin ini saja tugasan terakhir. Harap-harap semua boleh berikan sokongan.

Tugasannya adalah nak minta semua batch TRIO untuk menukar 'profile picture' Facebook masing-masing. Tujuannya mudah, biarlah fikiran kita ni asyik fikir yang elok-elok saja untuk keputusan kita nanti. Biar ditetapkan 'mind set' yang baik. Penulis dah perhatikan, memang ramai diantara kita yang akan buka Facebook masing-masing, tak kurang pun sekali dalam sehari. Nak tanya??? Apa yang anda nampak sebaik sahaja anda buka Facebook anda. Banyak benda....tapi yang paling mestilah 'profile picture' kita kan.

Jadi apa yang penulis fikirkan, dalam jangka masa 2 minggu ni, harap-harap bila kita semua buka Facebook masing-masing, taklah berapa nak risau sangat sebab bila kita tengok 'profile picture ' kita, kita rasa macam tulah betul-betul keputusan kita nanti. Lagi satu, ini sebagai satu cara nak sebarkan semangat batch dan semangat sekolah dekat orang ramai. Keputusan betul lain cerita...Jangan biar hidup kita jadi terlalu gundah gelana semata-mata menuggu keputusan !!! Diharapkan juga dengan naluri kita yang begitu kuat nak dapat keputusan elok macam 'profile picture' tu akan betul-betul jadi!!!!


Sebenarnya tiada daya pendorong yang lebih kuat dalam diri manusia selain keyakinan. Sejarah manusia adalah sejarah keyakinan. Orang yang berjaya mengubah sejarah sama ada Nabi Isa, Nabi Muhammad, Copernius, Columbus, Edison ataupun Einstien adalah orang yang berjaya mengubah dunia dengan keyakinan.

Apabila kita ingin membentuk kesempurnaan, kita perlu belajar membentuk modal keyakinan dariada mereka yang sudah berjaya mencapai kesempurnaan.-Anthony Robbins


Baik, jadi ni cara-caranya........nak buat tutorial sikit

1.Minta semua batch TRIO untuk pergi ke Facebook penulis kemudian ke album penulis dan klik pada PicBadges Photo



2.Kemudian klik ja pada gambar tu sebab ada satu gambar sahaja


3.Kemudian ada satu gambar. Penulis akan sedaya upaya 'metag' seramai yang mungkin nama -nama batch TRIO dalam gambar ni. Kalau perasaan ada mana-mana nama kawan kita yang tertinggal, tolong tagkan. Kalau nama sendiri tak ada, taglah nama sendiri.



4.Kemudian pilih 'make profile picture' dan kemudian tekan 'okay'.Tak perlu 'crop' gambar ni sebab gambar ni dah betul-betul muat untuk 'profile picture' nanti.


Satu lagi cara lain
1.Bawa 'mouse' dekat gambar, kemudian klik kanan. Pilih 'save image as'. Pastikan simpan gambar tu dalam bentuk JPEG kemudian upload gambar tu macam upload 'profile picture' anda sebelum ni.


Yang tu saja caranya. Senang bukan. Ataupun boleh guna cara yang lain asalkan gambar ni yang akan jadi 'profile picture' kita nanti.

Berbalik kepada tujuan post ini ditulis ada beberapa lagi perkara yang penulis ingin tekankan.

1."Jangan putus doa"
Itu adalah pesan terakhir Madam Faridah pada hari terakhir penulis di sekolah=16 Disember 2010. Ada yang mengatakan bahawa slip keputusan dah pun keluar dan dicetak .Tapi apa pun jua keadaanya penulis tak kisah, selagi slip keputusan belum sampai di tangan, terusakn berdoa dan paling penting,"Jangan putus doa"!!!!

Rahmat Allah itu luas kepada muslim. Ketika dia memerlukan rezeki, dia memohon kepada Allah dan dia yakin Allah memberikan rezeki kepadanya. Ini kerana Allah berkuasa meluaskan atau menyempitkan rezeki makhluk. Ketika diserang penyakit, dia bersabar dan meminta kesembuhan daripada Allah. Dia yakin Allah Maha meyembuhkan penyakit. Ketika keyakutan, dia meminta pertolongan daripada Allah. Ini kerana Allah berkuasa memberikan ketenangan dan kekuatan. Ketika dia tidak megetahui sesuatu, dia meminta daripada Allah. Ini kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah berkuasa memberikan ilmu kepada manusia dan sebagainya.


2.Doakan juga untuk orang lain.
Anda tahu apa itu PNG sekolah. Penulis menganggapkan semua rakan-rakan penulis mengetahui perkara ini. Sememangnya PNG ini merupakan sesuatu yang kejam. Manakan tidak, segala usaha dan penat lelah kita selama ini akan 'tercalar' sekiranya ada orang lain yang merosakannya. Contohnya kalau ada seorang sahaja yang gagal dalam satu kertas sahaja, maka seluruh batch pada tahun itu tidak akan mendapat gelaran 'kelulusan 100%' bagi keputusan mereka. Atau ayat yang lagi popular

"Sebab X lah habis dia tarik jatuh keputusan kita"

Apa-apapun jika diteliti, benda alah ini sememangnya mengajar kita agar tidak bersikap 'jual ikan'=selfish. Jadi apa yang penulis harapkan disamping kita sibuk berdoa untuk kejayaan diri sendiri, doa jugalah untuk rakan-rakan kita yang lain agar kita dapat mengecapi kejayaan berjemaah. Semoga tiada lagi 'tarik-menarik'....

Inilah mungkin yang banyak dilupakan oleh banyak orang atau mungkin belum diketahui. Padahal di anatara do'a yang mustajab (terijabahi/terkabul) adalah do'a seorang muslim kepada saudaranya; maka janganlah lupakan saudaramu di setiap engkau bermunajat dan memanjatkan do'a kepada Allah, apalagi orang-orang yang telah memberikan kebaikan padamu terutama dalam masalah agama dan akhirat


3.SPM bukan segala-galanya......

Inilah yang paling penulis takutkan dan penulis sedaya-upaya untuk menerima hakikat. Selalu terbayang apa yang akan terjadi sekirannya keputusan yang diterima nanti tidak seperti yang diharapkan.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Hakikatnya SPM 'bukanlah' segala-galanya tetapi ianya masih segalanya. Kita telah berusaha, biarlah Allah saja yang tentukan. Ramai orang diluar sana yang tidak cemerlang SPMnya tapi tetap berjaya dan hidup bahagia. Rezeki Allah itu ada dimana-mana saja.Yang penting usaha dan tawakal.

Nampaknya setakat itu saja yang penulis dapat peringatkan untuk rakan-rakan dan diri penulis. Di sini penulis sediakan satu lagu disertai dengan liriknya sekali. Cuba dengar dan hayati liriknya. Kalau seronok, boleh menyanyi sekali.







You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold and it feels like the end
There's no place to go, you know I won't give in
No, I won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away, I wish you were here
Before it's too late this could all disappear
Before the door's closed and it comes to an end
With you by my side I will fight and defend
I'll fight and defend, yeah, yeah

Keep holding on

'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you


There's nothing you could say, nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Hear me when I say when I say, I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

There's nothing you could say, nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Keep holding on
Keep holding on

There's nothing you could say, nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through



p/s:
Kenangan pahit semasa jadi ketua batch=jamuan
Kenangan manis semasa jadi ketua batch=jamuan

Have faith to Allah
Safuan...I borrow your quote ( ^__^)


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...