Pages

Tuesday, 19 April 2011

Temu Duga=KPLSPM 2011


Oh..hari ini 18hb, hari inilah penulis mengahadapi temu duga ketiga penulis dalam siri kembara temu duga penulis. Rasa apa? Nak tahu boleh baca di blog ini.

Baiklah nak dimulakan cerita, penulis pun mula bertolak dari rumah ke IPDA. Alah dalam lima minit sahaja. Penulis sampai di tempat temu duga 15 minit lebih awal. Ketika itu, sudah kelihatan juga beberapa calon lain yang kebanyannya terdiri daripada pelajar perempuan. Untuk pengetahuan, penulis merupakan orang yang ditemuduga pada hari pertama sepanjang minggu temu duga ini berlangsung. Memandangkan hari pertama, banyak perkara perkara masih lagi belum diselesaikan terutamanya bilik yang hendak ditemu duga. Masalah kunci, kerusi, kebersihan dan perkara-perkara remeh yang lain menyebabkan acara bermula lewat sedikit, 8.30 pagi.
Di luar bilik temu duga terdapat beberapa kerusi yang disediakan khas untuk calon temu duga. Apa yang penulis dapat tahu terdapat beberapa bilik yang dijadikan tempat untuk ditemu duga. Bagi bilik penulis dijalankan bagi program Kimia manakala di bilik sebelah untuk TeSL. 

Senarai nama ada dipampangkan, banyak nama tapi tak semua yang datang. Kumpulan penulis hanya terdiri daripada 5 orang. 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang lelaki 19 tahun dan yang lain-lain 18 tahun. Muda-muda lagi dan bersemangat semuanya. Orang-orang beginilah yang kita perlukan untuk profesion perguruan kita. Ha..ha. Di bilik sebelah lagi teruk perempuan kesemuanya. Nasib baik tak tersesat di kumpulan sebelah
Pakaian 

Rasanya semua tahu apa yangperlu dipakaikan bukan. Secara keseluruhan apa yang penulis lihat, semuanya berpakaian seperti yang disuruh namun ada juga yang kena di mata penulis. Ada seorang tu pakai kasut tak sesuai
  Dan seorang tu tudung dia macam nih

Harap perkara-perkara sebegini diambil berat kerana ini mempengaruhi persepsi penemu duga. Penulis?? Penulis ada membawa kot tapi akhirnya tidak memakainya pun kerana tiada siapa pun yang pakai termasuklah penemu duga. Tak mahu lawan tokey

Fail-fail dan kertas   

Secara mengejut sahaja penemu duga pun datang dan terus masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar secara mengejut menemui kami semua di koridor. Tugasan pertama, adalah meyusun segala borang-borang dan sijil-sijil mengikut apa yang ditulis didalam surat tawaran. 


Alhamdullilah,gerak hati penulis untuk membeli satu fail tambahan bagi meletakkan dokumen-dokumen yang difotostap akhirnya betul. Jadi untuk peringatan, sila sediakan 2 jenis fail,satu untuk yang sebenar dan satu lagi untuk salinan. Fail jenis apa?? Alah yang jenis Clear Holder punya, yang nak jenis untuk letak sijil.
Kenapa dua?? Sebab..sebab...penemuduga akan ambil dokumen-dokumen yang salinan sekali dengan fail-fail. Lagi satu, fail ini akan memudahkan penemu duga untuk melihat dokumen-dokumen kita. Macam penulis, bagi dokumen sebenar penulis letakan dalam fail Clear Holder  yang ada lambang sekolah manakala bagi salinan pula fail Clear Holder biasa sahaja.

Dan jangan lupa, resume....

IMSAK=INVENTORI KEGURUAN 
Baik, tugasan pertama yang dikenakan penulis adalah ujian IMSAK. Ujian ini sebenarnya ujian psikologi untuk melihat kita sama ada kita ni benar-benar layak untuk menjadi guru, Jadi sila sediakan pemadam dan pensel. Ujian ini ada sebanyak 135 soalan yang perlu dijawab dalam masa 30 minit. Setiap soalan terdiri daripada 2 jawapan sahaja.

Nasihat penulis, memandangkan ini ujian psikologi, jawab sahaja apa yang terlintas dalam fikiran kita ketika menjawab soalan walaupu jawapan yang kita nak tanda itu kelihatan begitu bodoh sekali. Jawab dengan pantas kerana masa terhad, 30 minit, 135 soalan dan ini bermakna satu soalan 0.02 saat!!! Dan yang penting angan conteng kertas soalan sebab soalan akan diulang pakai untuk calon berikutnnya. Tadi ada calon yang membuat tanda pada kertas soalan menyebabkan penemu duga yang menjaga peperiksaan mula berceloteh.......

Temu Duga Berkumpulan 
Selepas ujian dijalankan ujian berkumpulan. Para calon diminta untuk berbincang terhadap 2 soalan sesama calon tanpa pembabitan penemu duga.Namun penemu duga ada mengingatkan supaya tiada unsur dominasi. Semua orang sama rata. Temu duga dijalankan dalam Bahasa Melayu.

Bagi kumpulan penulis, kami dikehendaki berbincang tentang topik kokurikulum. Sebenarnya penulis sudah ada rancangan sendiri iaitu untuk untuk menjadi orang yang  pertama membuka topik perbincangan pada soalan pertama dan membuat kesimpulan soalan kedua. Tapi apa yang dirancang semua tak menjadi.

Nasihat penulis dalam temu duga kumpulan, sila pastikan bahawa diri anda wujud dalam kumpulan itu ya. Tidak perlu terlalu aktif atau terlalu pasif. Ketiaka orang lain yang sedang bercakap pastikan kita melihat orang itu sebagai tanda kita memberi perhatian apa yang diperkatakan. Untuk penulis tadi, penulis dapat kesan ada 2 orang yang kelihatan pasif sehingga menyebabkan penemu duga masuk campur dan menyuruh mereka membuat kesimpulan.

Apa-apa pun penulis tidak begitu menyukai temu duga berkumpulan ini kerana diberi had kebebasan untuk bersuara. Tetapi kebaikannya,nanti tension akan distributed secara berkumpulan so tak terasa sangat. kalau sorang2 semua tension akan jatuh atas kepala sendiri saja. Kan kalau duduk sorang2 terasa takut kalau beramai2 tidak terasa takut (faham ayat ni?).Betul tak doktor?

Temu Duga Persorangan 
Yang ni yang semua orang tunggu-tunggu. Walaupun ini bahagian kegemaran penulis tetapi tiba-tiba sahaja jantung berdegup kencang dan peluh bercerau-cerau(bahasa Kedah). Penulis merupakan orang keemat daripada 5 orang. Jadi sementara nak menunggu giliran tu, memang cukup menyeksakan.
Syaratnya mudah kali ini, tiada orang yang akan memnggil kita seperti di klinik sebaliknya akan ada bunyi loceng. Jadi bila terdengar sahaja baru calon boleh masuk ke bilik temu duga.

Loceng pun berbunyi,masuk dengan langkah kanan muka yang tersenyum ikhlas. Dalam masa yang masa sempat juga baca selawat yang dipesan oleh tok dan kemudian dim'buih(bahasa kedah) ke atmosfera sekeliling dan yang penting ke arah penemu duga supaya tiada soalan death and trap question.

Temu duga pun bermula. Di sini penulis tuliskan beberapa solan yang penulis ingat beserta beberapa sedikt jawapan dan ulasan.

1.Kamu dah makan???

Ulasan; Soalan ini ditanya kerana sebelum giliran penulis, penemu duga berhenti rehat sekejap untuk kudapan sekejap. Ketika bertanyakan soalan ini, penulis dapat lihat mukannya agak baik berbanding sebelum makan tadi ketika temu dua berkumpulan. Soalan ini soalan pembukaan, jadi tak perlu fikir, jawab sahaja.
Jawapan;Saya tak makan hari ini. Puasa nazar+sunat(Betul tau!!)

Puasa nazar ka?? Awak puasa sebab apa??

Sebab dapat keputusan elok. Sebab tu saya puasa tuan

Keputusan?? Keputusan peperiksaan ke atau keputusan dapat temuduga??
..............

2.Can you tell me about your family background....(soalan pertama dalam BI)

Ulasan; Sebenarnya penulis dah agak soalan-soalan berkaitan diri sendiri atau pun keluarga ini akan ditanya. Nasihat penulis, cuba jawab dengan sedikit kelainan, tambah-tambah jika anda mendapat giliran keempat seperti penulis. Takkan nak cerita saya ada emak,ayah, anak, cucu semua. Tak bestlah. Cuba jadi kreatif....Dan jangan jangan risaukan pasal English anda,cakap sahaja.

Jawapan; About my family.......yea I have.........however, I think what is very interesting about my family is everbody in my family members love to animal or pet. We have a cat. Her name is Bunga or her full name is Bunga Cinta Lestari. My mother give that  name to her because on that time there was a scandal between Bunga Cinta Lestari and Ashraf Sinclair around 2008...bla........bla....bla........

3.Soalan sedikit mencabar; Apa pendapat kamu tentang perempuan dan cara kerja mereka

Ulasan;Soalan ini sedikit mencabar jadi penulis mengambil sedikit masa. Kalau solan begini, fikir dahulu sebelum jawab

Jawapan; Saya rasa perempuan dan lelaki ada kelemahan dan kekuatan.....bla...bla.....

4.Apa yang kamu akan buat sekiranya kamu menjadi cikgu Kimia?(Soalan berantai)

Ulasan; Apa yang dimaksudkan dengan penulis sebagai berantai ialah, soalan-soalan yang ditanya adalah berdasarkan apa jawapan yang kita bagi. Solan inilah yang mengambil masa paling lama.

Jawapan; Memandangkan saya hendak menjadi cikgu Kimia, sudah pasti saya akan banyak melakukan eksperimen dalam pengajaran saya...bla....bla......

Apa yang kamu dapat dari banyak-banyak eksperimen??
Praktikal amat penting dalam mempelajari Kimia.Kalau boleh saya nak lahirkan anak murid saya yang boleh membuat kajian sendiri. Mungkin mereka nanti bakal pemenang anugerah Nobel, bla...bla.......

Kamu seronok sangat nak pergi makmal, cikgu kamu tak pernah bawak masuk makmal sains ka??

(Bila ditanya terus teringat Cikgu Nurul dengan Cikgu Dalina,cikgu kimia penulis. Pernah satu ketika kena hambat dengan cikgu sebab lambat datang ke makmal) Tak.Cikgu saya rajin membawa saya masuk ke makmal. Mereka adalah inspirasi saya untuk melakukan lebih banyak eksperimen daripada apa mereka lakukan.(Dengan tegas dan yakin).  

5.Akhir sekali, kenapa kamu nak masuk IPG?(Soalan penutup)

Ulasan:Soalan ini maknanya temu duga anda nak habis dah

Jawapan; Saya memang nak masuk IPG sangat sebab
-Tiada PTPTN
-Ada elaun
-Senang posting

Harap-harap dapatlah tuan terima saya.

Yang hairannya penemu duga tersebut tersenyum apabila penulis menjawab soalan ini.Oklah tuh.

Temu duga penulis tamat dalam sekita pukul 11. Alhamdulillah......Hakikatnya penulis bersyukur sangat dapat sertai temu duga ini kerana boleh dijadikan latihan untuk temu duga-temu duga penulis akan datang. Semua ada dalam satu;temu duga berkumpulan+sendiri+ujian=kalah MARA dengan JPA....Ok..itu sahaja pengalaman penulis...
p/s:Sesiapa sahaja yang kena temu duga dekat IPDA, Jitra, Kedah bolehlah datang ke rumah penulis. Dekat saja.

Telefon dulu sebelum datang, nak masak........




www.tips-fb.com

6 comments:

yui92 said...

oooo guna ayat kita ye? hahaha


bgus2 so kesimpulannya soalan2 intve cgu lagi susah dari perubatan... u know what? i was only been asked about pollution and environmental issues...


so pray for the bestest...

Muhammad Iqbal said...

alhamdulillah, dpt jugak info berkaitan kplspm ni, terima kasih kerana berkongsi ye~

file clear holder yg ada lambang sekolah?? yang mana ni??

rosmanrazif said...

yui;yea..that why i'm not choose medic...hi...hi....

rosmanrazif said...

iqbal;file clear holder yang ada lambang sekolah tu...aku dapat masa MAC waktu form 2 dulu....lagipun memang berguna sangat benda tu,dia bagi first impression yang baik kerana menunjukkan kita ni datang dari sekolah yang baik dan hebat!!!

Cuba cari file clear holder yang 'mewah' sikit untuk sijil2 sebenar...file SMKA Sik ada???

Muhammad Iqbal said...

smkas tak dak la benda-benda tu~

satu gi, IMSAK ka INSAK?
dah macam bulan puasa plak dengaq, haha..

arsal74 said...

INSAK la En Ros... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...