Pages

Saturday, 28 May 2011

Kolej MARA Kula Nerang- Antara harapan dan perjuangan

            Tak
salah penulis, hari itu hari kelima silaturrahim, maka pada petang itu tidak
diadakan sebarang aktiviti. Peluang yang diberikan telah penulis gunakan
bersama dua orang rakan penulis untuk melawat sekeliling Kolej MARA Kuala
Nerang.







            Memandangkan
kami bertiga baru sahaja berkenalan tak sampai seminggu, maka perbualan pada
hari itu masih lagi agak janggal. Masing- masing masih belum lagi mengenali
hati budi masing-masing. Maka tertimbulah satu topik untuk kami mulakan
perbualan iaitu kenapa kami semua melanjutkan pelajaran di sini, di Kolej MARA
Kuala Nerang.


“Aku sebenarnya datang sini nak betul-betul
berubah dan aku harap tempat ini dapat membantu untuk merubah diri aku.”, rakan
penulis daripada sekolah biasa memulakan perbincangan.


“Aku tahu aku bukannya datang dari sekolah
yang hebat. Keputusan aku pun dalam 2 A sahaja. Tapi aku tak kisah. Lagi
penting,sebenarnya yang aku harapkan dekat sini aku harap akan lebih rajin
dalam bersolat. Selama ni aku culas. Aku memang nak berubah.”


Penulis terkedu mendengar apa yang
dikatakannya.


“Aku selama ni memang jarang solat.
Kadang-kala aku buat yang mana sempat saja. Banyak masa selama ini aku habiskan
dengan kawan-kawan, berhibur sahaja memanjang. Aku selama ni pun memang rasa
nak berubah, tapi kau tahulah,macamana pandangan kawan-kawan aku nanti”




“Jadi aku harap bila aku datang ke tempat
yang baru ni, aku boleh berubah jadi yang baik daripada diri aku yang sekarang
ni.”


Dalam hati, penulis seakan tak percaya,
selama ini dialah yang paling awal sekali berada di surau bila masuknya waktu
solat.

 
“Aku pula lain ceritanya, aku datang kali ni
memang aku nak belajar betul-betul”, rakan penulis dari MRSM ini mula membuka
bicara.


“Aku dulu sebenarnya dah silap percaturan,
akhirnya keputusan aku pun tak berapa nak bagus. Aku pun dulu banyak main juga Tapi
aku dah sedar jugak bila dah nak dekat-dekat peperiksaan SPM. Tapi macamana pun
aku masih tak lepas tahap, pointer aku tak cukup 3.00 keatas dan akhirnya aku
tak terpilih untuk program pelajar cemerlang MRSM yang akan dihantar ke luar
negara.”

Boleh nampak seakan ada satu kesungguhan di
riak wajahnya.

“Hari itu aku dah beitahu mak aku sebelum dia
tinggalkan aku masa hari pertama kita mendaftar, aku dah berjanji yang aku akan
dapatkan 4.00. Aku tak mahu ulang kisah lama dan aku dah letak satu target yang
aku akan masuk MIAT-
Malaysian Institute of
Aviation Technology.”

Pada petang itu, penulis mula mempelajari satu perkara.
SEMUA ORANG PATUT DIBERIKAN PELUANG KEDUA. Itu yang penulis dapat simpulkan.

Kehadiran penulis ke sini pun memang tidak begitu
dijangka-jangka. Memilih IPTS sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian
penulis telah menimbulakan reaksi daripada pelbagai pihak. Sehinggakan penulis
pernah dimarah oleh mak cik penulis yang merupakan seorang pensyarah IPTA di
Kuala Lumpur. Nasib baiklah penulis mendapat sokongan penuh daripada Mama dan
Abah. Itupun sudah cukup sebagai peransang untuk penulis mengharugi fasa hidup
baru penulis.

Untuk pengetahuan semua penulis telah pun memilih
Foundation in Science and Technolgy –FIST UniKL untuk melanjutkan pelajaran
penulis. Dua tawaran utama yang lain telah pun penulis tolak iaitu program
Matrikulasi dan Asasi UiTM. Program ini mengkehendaki penulis untuk belajar
mengenai asas sains dan teknologi di Kolej MARA Kula Nerang selama setahun
sebelum penulis dapat melanjutkan pengajian di kampus-kampus UniKL yang
terdapat di seluruh semenanjung Malaysia dalam peringkat ijazah. Kebanyakan
kursus yang ditawarkan di UniKL adalah mengikut keperluan industri semasa yang penting
dalam memacu pertumbuhan negara. Jadi tidak hairanlah sekiranya banyak
kursus-kursus yang ditawakan jarang didengari namanya.



Senarai kampus UniKL













































Sebenarnya,
penulis sudah pun mempunyai beberapa sebab yang kukuh kenapa memilih UniKL.







-       Pertama sekali kerana UniKL merupakan IPTS yang merupkan milik penuh
MARA. Memandangkan universiti ini merupakan milik penuh MARA, maka ini
memudahkan penulis untuk memohon pinjaman MARA apabila melanjutkan pengajian
peringkat ijzah nanti. Pinjaman MARA ini merupakan pinjaman boleh ubah dimana
pelajar hanya dikehendaki membayar berapa peratus sahaja daripada keseluruhan
pinjaman tetapi ianya berdasarkan keputusan pengajian kita. Lagi cemerlang, maka lagi sedikitlah bayaran balik yang
dikenakan. Memang penulis cuba untuk mengelakan PTPTN.



-       Penulis memang tidak mahu masuk ke matrikulasi kerana terlalu ramai
orang di sana



-       UniKL juga Berjaya mendapat TIER 5 dalam setara 2009 yang setara dengan
UTP yang memang penulis nak masuk sangat tapi tak cukup duit



-       Rancang nak masuk MIAT jadi jurutera kapal terbang tapi tiba- tiba berubah
fikiran semasa minggu silaturrahim.



-       “Belajarlah pun dekat mana-mana sekali pun, asalkan dapat skor.”-pesan seorang doktor ketika
mendapatkan rawatan di klinik.




 
Ketika di Kolej MARA Kuala Nerang, banyak
pengalaman baru yang penulis dapat. Pertama sekali syarat untuk masuk ke program
FIST ini, pelajar perlu mendapat kredit dalam beberapa subjek tertentu. Maka
akan adalah pelajar yang mempunyai keputusan yang begitu cemerlang sehinggglah
kepada kurang cemerlang di sini. Namun keputusan SPM hanyalah sebagai kenangan
lampau. Kebanyakan pelajar sudah mempunyai azam baru, semuanya mahu cuba untuk
melupakan kisah lampau seperti apa yang telah penulis ceritakan. Penulis juga berasa
beruntung kerana masih lagi terdapat tempat untuk rakan-rakan penulis menebus
kesalahan merka yang lampau dan memperbaiki diri. Penulis rasakan disinilah
tempat yang  terbaik untuk mereka mulakan
hidup yang baru.

 
Kemudahan di sini juga juga cukup lengkap dan
sempurna. Satu dorm hanya menempatkan 3 orang pelajar. Makan disediakan
sebanyak 5 kali sehari dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA dan penulis
memang cukup risau mengenai berat badan penulis kerana makanan yang disediakan
cukup mewah dan sedap!!! Dewan besar yang bernama Dewan Badlishah sepenuhnya
berhawa dingin. Kemudahan wireless boleh didapati di asrama kediaman dan blok
akademik dan yang paling menarik bagi program asas ini, semuanya ditanggung
oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM 500 yang merangkumi seperti
cadar, t-shirt, dobi dan insurans. Elaun sara hidup juga turut disediakan
kepada pelajar.
 

Namun apakan daya, penulis hanya dapat berada
di situ selama seminggu sahaja apabila penulis telah barjaya mendapat tawaran
yang lebih baik iaitu untuk melanjutkan pengajian melalui program A-Level
Kejuruteraan di Kolej MARA Seremban. Atas nasihat daripada pihak kolej, penulis
mendaftar keluar genap seminggu penulis berada di sana
 

 
Kini penulis mempunyai masa hampir sebelum
untuk memulakan pengajian semula. Banyak masa kini dihabiskan di rumah lagi.
Bosan juga, namun penulis masih menganggap bahawa ini suatu nikmat yang
diberikan tatkala rakan-rakan lain sudah mula bergelut dengan pengajian mereka.
 

Kadang-kala penulis selalu berfikir. Apa yang
terjadi sekarang ini penulis memang dah dijangkakan. Suatu masa dulu penulis hampir
pernah berputus asa. Tapi benarlah kekusaan-Nya mengatasi segala-galanya.


Penulis ada mendapat berita daripada beberapa
orang rakan penulis yang mempunyai keputusan yang lebih baik daripada penulis tapi
berjaya mendapat tajaan di dalam negara malah ada langsung yang tidak mendapat
mana-mana tajaan. Keadaan ini kadang-kala menyebabkan penulis terus berfikir,
cuba untuk mencari hikmah disebalik apa yang terjadi.


Penulis dahulu selalu sahaja gagal dalam
Matematik Tambahan. Pernah satu ketika, penulis pernah dimarahi oleh guru
penulis kerana masih lagi gagal dalam peperiksaan percubaan. Rasanya saat itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu. Banyak jerit payah yang telah penulis lalui dan
Alhamdulillah, segala kepahitan itu telah dibalasi dengan nikmat kemanisan. Dan
kini, apabila memikirkan kembali untuk mempelajari Matematik di peringkat A
Level, penulis masih lagi tertanya, mengapa aku?? Sedangkan rakan penulis yang
lebih cemerlang tidak mendapat peluang seperti penulis.Mungkin atas segala
pengalaman yang penulis telah lalui melayakan penulis untuk menghadapinya??
Entahlah...hikmah yang Allah berikan terlalu luas. Penulis akan terus dan terus
mencarinya.........   


p/s; Benarlah, rezeki itu ada
dimana-mana.............  








    
www.tips-fb.com

12 comments:

Dai said...

Hm, bagi seorang pensyarah yang memarahi anak saudara dia sebab pilih sesuatu yang agak 'bertentangan' dari apa yang difikirkan betul adalah agak ekstreme.


rezeki mana-mana pun ada. =)

yui92 said...

rosman..so skarang ni belajar ditanggung sendiri ka dapat scholar? kolej mara seremban tu under tajaan x?

oh my.... cerita yang agak menyentuh hati..

rosmanrazif said...

kak dai.....
saya percya masa kak dai pilih nak ambil cikgu mesti ada pandangan pelik kan??

tapi pengalaman..pengalaman tentangan daripada orang terdekat...

rosmanrazif said...

hikaru yui

terima kasih kerana bersimpati....

kolej mara seremban ni...yang tajaan mara tu la...yang kena temuduga tu....tapi tahu kan sebenarnya biasiswa MARA tu adalah pinjaman boleh ubah....

me said...

kuala nerang is a great place..dlu ive been there and it has changed me a lot..and i learned new things..sane ckgu2 sume rapat2..nnti bile da msuk U its different..lecturer pun laen..tade da manje2..tade da pggl2 ckgu..gud luck there:))

Anonymous said...

I've been exploring for a bit for any high-quality articles or weblog posts in this kind of house . Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this website. Studying this information So i'm
glad to show that I've an incredibly just right uncanny feeling I discovered exactly what I needed. I most undoubtedly will make certain to don?t forget this website and give it a look on a constant basis.

Feel free to surf to my page Louis Vuitton Bags

Anonymous said...

Hi Dear, are you genuinely visiting this web
site on a regular basis, if so afterward you will absolutely get nice knowledge.


My site; Louis Vuitton Handbags

Anonymous said...

You really make it seem so easy with your presentation but I find
this topic to be really something which I think I would never understand.
It seems too complex and extremely broad for me. I am looking forward for your next post, I
will try to get the hang of it!

Also visit my homepage: additional info

Anonymous said...

bookmarked!!, I really like your web site!

Look at my website - Nike Air Max

Anonymous said...

Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.
I will be sure to bookmark it and come back to read
more of your useful information. Thanks for
the post. I will definitely comeback.

my web site Cheap Jerseys

Anonymous said...

At this moment I am going to do my breakfast, after having my breakfast coming yet again to read further news.


Feel free to visit my web site :: Chaussures De Foot Pas Cher

Anonymous said...

What's Happening i am new to this, I stumbled upon this I have discovered It absolutely helpful and it has helped me out loads. I am hoping to contribute & help other customers like its helped me. Great job.

Feel free to visit my web page - Air Max Pas Cher

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...