Pages

Friday, 24 June 2011

PETRONAS EDUQUEST CAMP

Nampaknya ada beberapa lagi pengalaman temu duga yang penulis perlu kongsikan. Baik kali ini penulis ingin bercerita pula berkenaan PETRONAS EDUQUEST CAMP 2011
 
1. Borang
Untuk pengetahuan semua, bermula tahun ini,pihak Universiti Teknologi Petronas telah membuka bagi mana-mana pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di situ secara persendirian. Jadi jangan terkeliru, kerana di sini terdapat beberapa jenis temuduga yang telah dilakukan oleh pihak PETRONAS.

Pertama, temuduga bagi pelajar-pelajar yang mendapat tajaan Petronas samada untuk program dalam mahupun luar negara. Kalau tak salah penulis, temuduga ini dipanggil Edu Camp. Edu camp ini bukan sahaja terdiri daripada temuduga, malah terdapat juga beberapa ujian yang perlu diduki oleh calon dan kebiasaanya mengambil masa selama berapa hari.

Kedua barulah temuduga yang dihadiri oleh penulis yang diberi nama Edu Quest Camp. Temu duga ini khas untuk kemasukan secara persendirian dan hanya dijalankan selama sehari sahaja mengikut kursus yang dipilih. Sudah nama pun calon persendirian, sudah pastilah kos pengajian akan ditanggung oleh pelajar sendiri. Cuma yang bezanya untuk kemasukan persenirian ini pun, dikehendaki menghadiri temuduga.




2. Temuduga
Sepertimana yang telah diceritakan oleh kawan penulis, silalah datang awal, jika tidak mahu untuk mendapat no giliran yang lewat. Ini kerana temu duga akan dijalankan secara 2 sesi iaitu disebelah pagi dan petang. Jadi kepada mendapat nombor giliran yang lewat, terpaksalah menunggu dengan penuh sabar kerana dalam sehari sahaja sebanyak 300 calon yang ditemuduga(kalau tak salah penulis berdasarkan pemerhatian penulis yang melihat terlalu ramai calon yang datang).

Setelah mendapat no giliran, pertama sekali akan diadakan sesi taklimat oleh pihak pengurusan. Sedikit maklumat akan diberikan  berkenaan UTP kepada ibu bapa dan pelajar. Jadi semasa taklimat disampaikan, boleh juga diberikan sedikit-sebanyak perhatian kerana kemungkinan ada beberapa perkara yang ada dalam taklimat mungkin ditanya dalam temuduga nanti.

Sebaik sahaja sesi temuduga bermula, para calon dibawa ke satu bangunan khas denagn menaiki bas. Di situ, para calon akan mengalami beberapa saringan dari bilik ke bilik. Memang menguji kesabaran tambah-tabah lagi sekiranya tidak mendapat tempat duduk ketika menunggu di bilik-bilik.

Di bilik yang terakhir sekali, barulah akan bermulanya sesi temuduga. Tak salah penulis, bilik itu seakan dewan makan dan terdapat meja bulat di dalamnya. Setiap meja diperuntukan sebanyak 5 tempat duduk. Pilihlah yang mana-mana anda suka.

Seteah semua calon berkumpul, maka kertas soalan temuduga pun diedarkan. Soalan dalam Bahasa Inggeris dan solan adalah dalam bentuk critical thinking. Tidak dibenarkan berbincang dan sila fikir penyelasaian kepada soalan dama masa lebih kurang 25 minit. Sewaktu kumpulan penulis kami mendapat tentang masalah kesesakan jalan raya dan setiap orang perlu memberikan penyelesaian dari segi aspek masing-masing seperti pengguna, kerajaan, datuk bandar dan saintis.

Setelah tamat masa untuk\berfikir, maka kumpulan meja anda akan dipanggil. Setelah dipanggil penulis dan rakan-rakan yang lain akan ditempat sekali lagi di bilik saringan. Sesi pertama dimulakan dengan temuduga secara individu dahulu kemudian barulah diikuti secara berkumpulan.

Semasa temuduga individu, kebanyakan soalan ditanya berkaitan dengan perihal diri dan keluarga. Apabila masuk sahaja bagi temuduga secara berkumpulan, barulah akan para calon dikehendaki membentangkan penyelesaian masing-masing. Setiap calon perlu membentang dan kemudian akhirnya membuat keputusan, penyelesaian siapakah antara ahli kumpulan kita yang paling baik untuk digunakan.

p/s: Lulus temu duga tapi tak pergi kerana yuran yang mahal sangat........ 
www.tips-fb.com

Thursday, 23 June 2011

Kau lagi susah..aku....???

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

At-Tagaabun, ayat 11 

Kebelakangan ini diri sering merungut, akan apa yang ada pada diri ini, Mungkin sudah tiba masanya untuk diri ini sedar bahawa diri inisepatutnya bersyukur dengan apa yang ada..berhenti merungut dan terus berusaha.

Petang itu jam menunjukkan pukul 5 petang. Sudah tiba masanya. Hati ini berdebar-debar Di fikiran, sudah terbayang-bayangkan akan rupanya. Adakah seteruk seperti apa yang penulis pernah lihat pada orang lain sebelum ini. Raut muka yang penuh dengan kesedihan dan kekecewaan?

" Ya Allah, semoga Kau berikanlah Dia dalam keadaan yang baik!"

Matahari nampaknya sudah mula condong ke barat, menyebabkan silau mula menyuluh ke mata penulis. Teringat pula akan satu mesej yang diterima oleh penulis . Mesej pada mulanya yang sekadar mahu memberitahu bahawa penulis sudah pun mula menukar nombor telefon, mula berubah topik. Penulis ditanya, kenapa kenapa seorang rakan penulis ini berada di atas kerusi roda???

"Hahhh!!! Kerusi roda??"



Memang penulis terkejut. Tidak disangka berita yang penting sebegini pun tidak diberitahu kepada penulis oleh dia. Tanpa membuang masa penulis terus menghubunginya, menanyakan apa yang berlaku

"Tiada apa-apa, ini pun sebab aku pernah jatuh dekat sekolah dulu tapi tak rasa sakit. Sekarang baru sakit."
Itu mesej yang dibalas

Di sebalik silauan ufuk petang, dari jauh sudah mula kelihatan. Perlahan-perlahan datang ke arah kami. Kemudian barulah penulis sedar bahawa rakan penulis yang berada di atas kerusi roda ditolak oleh seorang rakan yang lain. Entah rasa begitu terharu dan sayu. 

Setelah bersalam dan bertanya khabar,lelaki yang menolak rakan penulis yang sakit tadi pun mula meninggalkan kami. Rakan penulis yag sakit ini pun memberitahu kepada penulis bahawa selama ini, dialah yang membantu rakan penulis menolaknya ke mana sahaja bila diperlukan. Ke kuliah, kafe, masjd dan kelas. Penulis bersyukur, sekurang-kurangnya masih orang yang mahu membantu rakan penulis walaupun berada dalam keadaan begini.



Waktu yang lebih kurang sejam yang ada digunakan oleh kami semua untuk berborak-borak. Nampaknya tanggapan penulis selama ini adalah salah. Tiada langsung kesuraman yang di wajah penulis mahupun tanda tertekan akibat apa yang dilami. Wajahnya tenang dan ceria sekan-akan apa yang berlaku.
Mendengar tentang ceritanya hidup di kolej dalam keadaan yang sebegini, menyebabkan penulis tersentak. Sekurang-kurangnya rakan penulis masih lagi bersemangat untuk belajar. Tertanya pula adakah diri ini akan mempunyai semangat seperti rakan penulis ini. Memang belajar itu susah, belajar apa yang tak susah kan? Tapi belajar yang susah dan dalam keadaan diri yang susah jugak  nampaknya diri perlu banyak bersusah payah.

Diri ini terfikir sebentar???
"Kau lagi susah...aku...?"

Petang itu banyak yang penulis belajar, walaupun satu pertemuan yang singkat. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang sudi memeriahkan juga perjumpaan pada petang itu. Yang menjadi pemandu, pembancuh air dan tidak dilupakan juga kepada penolak kerusi roda. Semoga penulis ini tabah seperti kalian.....


p/s: Lagu ini khas penulis tujukan kepada rakan penulis. 








"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


 
www.tips-fb.com

Friday, 17 June 2011

Biasiswa kumpulan felda global

Baik, memandangkan penulis masih lagi mempunyai cuti yang berbaki beberapa hari lagi, rasanya lebih baik penulis kongsikan sedikit lagi beberapa pengalaman temu duga penulis. Diharapkan post ini akan benar-benar membantu adik-adik yang akan menghadapi temu duga pada tahun hadapan.





1. Borang
Untuk pengetahuan, bagi biasiswa Felda ini terdapat 2 jenis yang telah disediakan oleh pihak Felda, iaitu biasiswa yang khas untuk anak-anak Felda dan bukan anak-anak Felda. Jadi bagi biasiswa kumpulan felda global, ianya merupakan kategori yang bukan untuk anak-anak Felda. Maknanya terbuka untuk semua.

Tidak seperti JPA/MARA, pengisian borang adalah melalui pos. Iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar utama (penulis terjumpa di Utusan Malaysia). Kemudian para calon dikehendaki memuat turun borang daripada laman web yang dinyatakan. Lengkapkan borang seperti mana yang diarahkan kemudian pos. Itu sahaja.




Namun apa yang sedikit penulis kesalkan apabila terdapat antara rakan penulis yang tidak pun menghantar borang, dengan alasan kena pos, tidak seperti biasiswa-biasiwa lain yang semuanya on line.Jadi penulis harapkan janganlah jadi begitu. Kita tidak tahu bagaimana dengan rezeki kita. Jadi apabila peluang ada di depan mata, gunakan dengan sebaiknya!!

Terdapat beberapa bidang yang ditawarkan oleh Felda seperti Kejuruteraan, Bioteknologi, Perakuaunan dan Ekonomi.

2. Temu Duga
Daripada apa yang penulis tahu, pihak Felda telah menerima sebanyak 1000 borang pemohonan dan setelah ditapis, sebanyak 100 orang sahaja yang layak dipanggil untuk temu duga peringkat pertama. Alhamdulillah, terpilih juga dalam kalangan 100 daripada 1000. Seperti yang dimaklumkan kepada penulis, calaon yang layak akan dihantar ke Kolej Yayasan UEM untuk membuat persediaan A Level, sebelum dapat melanjutkan pelajaran di UK.

Pada waktu penulis, terdapat tiga tempat yang boleh dipilih oleh kita untuk menghadiri temu duga iaitu di Alor Setar, Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu. Jadi penulis telah memilih di Alor Setar dan temu duga telah pun dijalankan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Baik ada beberapa perkara yang penulis suka tentang temu duga kali ini. Pertama kerana dijalankan di hotel. Jadi penulis berpeluanglah untuk menjejakan kaki ke Hotel Holiday Villa ni walaupun pada hakikatnya sudah banyak kali penulis lalu dihadapan hotel ini. Keduanya pihak Felda yang baik hati telah pun menyediakan sarapan kepada para calon. Bukan sarapan biasa, sarapan hotel!!!

Setelah selesai menikmati sarapan yang begitu menyelerakan, maka bermulalah sesi temu duga. Pada sesi pertama,para calon ujian kemahiran berfikir secara kritikal (critikal thinking) yang dibahagikan kepada dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik. Soalan objektif. Sejujurnya soalan yang dikemukakan agak susah. Soalan Bahasa Inggeris begitu tinggi arasnya manakala Matematik tidak sperti apa yang pernah belajar di sekolah. Tiada jawapan yang betul atau salah, hanya jawapan yang paling terbaik dan paling tepat yang perlu dipilih.




Tamat sudah sesi ujian, maka tibalah saat-saat yang paling ditunggu iaitu sesi temu duga. Temu duga dijalankan secara berkumpulan, iaitu 5 orang calon bagi setiap sesi.

Maka giliran penulis bersama 4 orang rakan yang lain pun tiba. Sebaik sahaja kami semua melangkah masuk ke bilik temu duga, kami semua dikehendaki duduk di kerusi yang disediakan dengan menghadap 5 orang panel penemuduga. Huhh...lima lawan lima, memang satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan.

Bagi memulakan sesi temu duga, kami semua ditanya berkaitan dengan diri masing-masing dan juga berkenaan latar belakang keluarga. Nasihat penulis cuma satu sahaja, jangan tipu kerana setiap maklumat yang kita sampaikan, para panel akan merujuk pada maklumat pada borang yang kita telah hantar kepada Felda. Jadi, pastikan apa yang anda katakan adalah sama seperti apa yang anda tulis pada borang.  

Kemudian, para calon dikehendaki pergi ke sebuah meja bulat yang telah disediakan. Terdapat tugasan yang menanti di situ. Tugasannya ialah kami semua dikehendaki memilih satu tajuk perbincangan kemudian kami semua dikehendaki membincangkan tajuk tersebut dan kemudian membentangkannya pada panel. Masa yang diberikan untuk berbincang adalah selama 15 minit sahaja. Pada sesi perbincangan ini, apa yang penulis nasihatkan adalah sila tunjukkan bahawa diri anda itu benar- benar wujud dalam perbincangan tersebut kerana penilaian akan dikira semasa perbincangan sehingglah kepada pembentangan. Semasa pembentangan apa yang penulis boleh katakan,cubalah bercakap dengan penuh yakin.


Selepas itu anada pun boleh pulang....Selamat Berjaya!!!!

p/s;Tidak terpilih untuk sesi temuduga peringkat kedua, jadi sila baca di sini dan di sini.














www.tips-fb.com

Friday, 10 June 2011

Beause you are selected student........

It has been the second week of June and also the last week of mid- year school holiday. Yea...I'm just realise, that it has been about half and a year I'm staying in my house, enjoying my 'holiday'. I think this is the longest holiday that I ever have in my life. Before this,  the longest holiday that I can have is just about month; the end year school holiday and I have through it for about 11 years. So what I have done with my free time for half and a year??? Ha..ha.....So many things but must of them are unaccomplished.


 


I still remember during my school time, sometime I always said;
"When it will comes to Friday" 
"Sunday again......"

But now I;
"I really hope that can pursue my study as soon as possible. Staying too long in the house make me sick of it. Really bored!!!'

So=simple is better

In the same time, with the time that I have, I also have lot of thinking. Thinking about my future, career, study, family, friends and future wife. As a youngster that will face a new world, I have to consider for every decision that I make. By the way, suddenly I reminisce this quote

"You are the selected student......."





I do not know why....by now I think I can get the meaning of the quote......


1. You are the selected student because you are SBP STUDENT

So what is so special being the SBP student?? Facing a lot of homework, study,prep and then study again. Not enough with that, when you are in hostel, there are lot of rules that you need to obey it. Please do's this and don't this. Ah don't  forget also about the roll call and the spot check but I never fail for the spot check...Ha..ha..... Yea maybe it sounds too cruel but actually it is not.It is really fun especially in I-Kup's. That is the life the boarding school student and I really proud to be a part of them.....






 
2. You are the selected student because you are A-LEVEL student......

Oh for this time. It is very unexpected!!! Before this, I really hope that I can pursue my study in oversea. Yeah...who are don't want study at outside of their country but there are certain. I have been give up when I know that my result is not fulfill the requirement that have been put by MARA.Who knows, we tossed the coin- the Lors control the decision. I have been call for the interview. Ok I'm very lucky and alhamdulillah......


Then, the miracle is keep continue when the result is announced, I have been selected......






 


Alhamdulilah, I'm really happy  at first. At least I can make my parents happy for me. But, when I keep think and think, why me?? Compare to my friends, they are better than but hey don't get it. I'm try to ask someone, they say that is my rezeki and He knows who deserve for His rezeki.....


In the waiting moment before me to enter the college, I hear some of the news that there is some of excellent student that do not get any scholarship, worst than that, there is also some of excellent students are not been offered into matriculation.


Now, I know when becoming the chosen one......  




Thanks also seniors for your help. I'm sorry if  I ask some of silly questions but your answer really make me more comfortable. I know you have the through the experience  and so do me when the time is come. Thanks for sharing your thoughts and experience.....







 
 


3.You are the selected student because you are SPECIAL


Okey, for the third reason, I want to say it to my friend, Nurul Atikah Bt Mohd Noor. She is now on her way to USA to pursue her study in chemical engineering. I say it special because she has been offered the special program and only the special people can get it. Not everybody can get this chance.


 



To Atikah, good luck in your your journey. Please take a lot of pic......


p/s:Building my confidence=In progress












www.tips-fb.com

Tuesday, 7 June 2011

Don't Be Judgemental = Husnu Dzhan

A young lady was waiting for her flight in the boarding room of a big airport. As she would need to wait many hours, she decided to buy a book to spend her time. She also bought a packet of cookies.
She sat down in an armchair, in the VIP room of the airport, to rest and read in peace. Beside the armchair where the packet of cookies lay, a man sat down in the next seat, opened his magazine and started reading.





When she took out the first cookie, the man took one also. She felt irritated but said nothing. She just thought: "What a nerve! If I was in the mood I would punch him for daring!"

For each cookie she took, the man took one too. This was infuriating her but she didn't want to cause a scene. When only one cookie remained, she thought: "ah... What this abusive man do now?" Then, the man, taking the last cookie, divided it into half, giving her one half.

Ah! That was too much! She was much too angry now! In a huff, she took her book, her things and stormed to the boarding place. When she sat down in her seat, inside the plane, she looked into her purse to take her eyeglasses, and to her surprise, her packet of cookies was there, untouched, unopened!

She felt so ashamed! She realized that she was wrong... She had forgotten that her cookies were kept in her purse. The man had divided his cookies with her, without feeling angered or bitter.

"While she had been very angry, thinking that she was dividing her cookies with him. And now there was no chance to explain herself, nor to apologize."

Source: http://ezsoftech.com
 

p/s:
here are 4 things that you cannot recover:
  1. The stone... after the throw!
  2. The word... palaver...after it's said!
  3. The occasion...after the loss!
  4. The time...after it's gone!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...