Pages

Sunday, 14 August 2011

Hidup memang kena susah...

"Hidup memang kena susah..."
Surau Al-Furqan
8.15 p.m
2/8/2011


Ketika penulis menghadiri temuduga bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), satu soalan ditanya kepada penulis.

"Who is your idol?"
Memang, bagi penulis rasanya jawapan tak perlu diberitahu oleh  penulis kerana para penemuduga sudah tahu siapa idola penulis berdasarkan apa yang penulis tulis dalam borang pemohonan.Ya, sebagai muslim memang patut kita menjadikan Rasuallah S.A.W sebagai idola dan contoh teladan kita. Namun ketika itu juga penulis menyatakan....
"Beside that, people around me is my idol. They are always inspired me..."

Sememangnya bagi penulis, orang-orang yang terdapat di sekeliling penulis adalah idola penulis. Keluarga, rakan-rakan serta guru-guru; mereka inilah yang banyak memberikan cerita kepada penulis yang dapat penulis teladani. Setiap hari, akan ada sahaja cerita baru yang menyebabkan penulis rasakan hidup ini terlalu menarik dan berwarna-warni untuk dilalui. Memang kita sebenarnya perlu belajar daripada orang lain...

"Life is too short for we to do all the mistakes, then to correct it. Learn from others' mistakes. Then you will grateful that your life is too short that will make you not to do all the mistakes"- anonymous

Pertama sekali, penulis masih lagi bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana sehingga hari ini masih lagi diberikan nikmat kesihatan serta akal yang baik. Sekurang-kurangnya penulis dapat lagi menggunakan nikmat yang diberikan untuk memikirkan segala hikmah yang berlaku dalam kehidupan seharian penulis. 
Hari itu 11 Ogos 2011 bersamaan juga dengan 11 Ramadan, Alhamdulillah, sudah pun memasuki fasa kedua Ramadan. Semoga kita semua berpeluang untuk mendapat Maghfirah daripada-Nya. Namun disebalik tarikh itu terdapat juga satu lagi peristiwa yang penting walaupun ianya tidak berkaitan dengan penulis dan rakan-rakan (lebih sibuk dengan perang poster) yang merupakan pelajar tahu pertama. Ya, pengumuman keputusan peperiksaan A Level bagi pelajar yang menduduki AS dan A2. Memandangkan penulis masih lagi belum mengetahui selok-belok hal kolej dengan lebih mendalam, penulis sebenarnya teringin sangat untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada hari itu.

Hari itu nampaknya seperti hari-hari biasa yang lain. Mungkin kerana kami pelajar tahun pertama tidak terlibat, sebab itulah dirasakan seperti tiada apa-apa. Kelas berjalan seperti biasa. Dalam masa yang sama, kelibat senior yang sibuk bergegas naik dan turun tangga tidak henti-henti. Ketika itu apa yang penulis dapat fikirkan, mungkin mereka semua sudah mula mendapatkan keputusan masing-masing. Ketika kelas sedang berjalan, ada juga guru-guru yang menceritakan sedikit tentang keputusan peperiksaan. Ada mengatakan bahawa keputusan General Paper bagi tahun ini tidak begitu memberansangkan dan juga keputusan Physics begitu baik. Tetapi, tidak banyak yang diceritakan memandangkan guru-guru pun belum mengetahui keputusan yang sebenar. Ditambah lagi guru-guru penulis tidak mengajar batch senior. Seperti biasa, kelas pun berhenti rehat sebentar pada 10 suku. Penulis keluar dari kelas untuk ke tandas untuk membasuh muka. Tiba-tiba, sebaik sahaja penulis tiba di hadapan kelas yang berhadapan dengan tandas, penulis ternampak seorang pelajar sedang menagis dan dia sedang ditenangkan oleh rakan-rakanya...

Secara lumrahnya kita sedia maklum, bahawa apabila kita berusaha sudah pasti kita akan berjaya dan apabila kita kita tidak berusaha sudah pasti kita akan gagal. Namun akan tiba satu masa,  apabila hati ini mula goyah apabila kita sudah berusaha dengan sedaya upaya kita tapi dibalas dengan kegagalan, Dan lagi perit apabila dapat mengetahui terdapat orang yang tidak berusaha sekuat kita tetapi dibalas dengan kejayaan. Penulis pernah melalui semua itu dan di saat ketika penulis pelajar itu menangis, terdetik satu soalan di hati penulis;
"Adakah aku akan melalui perkara yang sama nanti?"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "


Penulis ketika di sekolah menengah bukanlah merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Penulis masih lagi ingat, ketika menerima keputusan peperiksaan percubaan bagi Matematik Tambahan, penulis mendapat gred gagal. Ketika itu rasa kecewanya hanya Allah yang tahu. Rasa seakan bahawa dunia ini sudah berakhir. Segala usaha yang dilakukan selama ini seakan sia-sia. Penamat lagi Matematik Tambahan, itu sahaja yang difikirkan. Namun Alhamdulillah, berkat kasih sayang Allah, penulis masih lagi diberi kekuatan. Guru -guru dan rakan-rakan-rakan banyak membantu.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


Penulis juga akui, kesibukan penulis melakukan banyak tugas dan tanggungjawab, menyebabkan penulis tidak dapat memberikan memberikan perhatian kepada pelajaran secara konsisten. Pernah juga tiba satu saat, penulis ingin melepaskan semua tanggungjawab yang ada. Penulis berasa seperti insan yang begitu malang;melihat rakan-rakan lain dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik sedangkan penulis sibuk dengan tanggungjawab penulis. Namun berkat pesan guru penulis yang berpesan

    lanscape

"Lakukanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kamu dengan sebaiknya. Insya Allah benda 'itu' akan ikut kamu balik satu hari nanti.

Dan dengan apa yang penulis yang ada sekarang, penulis kini percaya akan berkat dan rahmat apabila kita melaksanakan amanah dengan sebaiknya. 

Perjalanan penulis tidak sampai di situ sahaja. Kemuncaknya berlaku di saat penulis menerima keputusan peperiksaan SPM. Ya, penulis dikecewakan sekali lagi, apabila apa yang diharapkan tidak tecapai apabila tidak mendapat semua A. Ketika itu apa sahaja yang terlintas di fikiran penulis bahawa tiada lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maka ketika itu keinginan untuk memohon tajaan MARA atau JPA terkubur begitu sahaja. Tapi apa yang penulis ingin nyatakan di sini, aturan Allah itu begitu cantik. Penulis masih lagi mengisi (sebenarnya dipaksa isi oleh orang lain) borang tajaan dan Alhamdulillah, perkara yang penulis tak jangka untuk dapat itulah yang telah penulis miliki hari ini.



Ada mengatakan bahawa jangan terlalu mengenang peristiwa yang lalu. Sentiasa pandang ke hadapan. Namun kadang-kala sukar untuk melupakannya dan sehingga sekarang penulis masih lagi risau untuk berada di KMS, bersama golongan yang hebat-hebat. Namun, terima kasih kepada seorang sahabat penulis yang memberikan kata-kata dorongan kepada penulis

"Biar kita risau, sekurang-kurangnya kita bejaga-jaga....berbanding kita gembira tapi leka..."
"Bila masuk kolej ini, semua orang akan bermula dari kosong balik..."

Berbalik kepada peristiwa ketika penulis di hadapan tandas, penulis akui, sesuatu perlu penulis ambil iktibar daripada apa yang berlaku..
Penulis teringat akan semua pesanan yang pernah dipesan kepada penulis sebelum datang ke KMS...

   


    


   



   



  
 

Jadi sebagai pengakhiran, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada senior-senior kerana telah memberikan penulis satu iktibar yang berguna untuk diri penulis. Banyak yang penulis belajar daripada anda semua. 

Kepada yang tidak beberapa berjaya, rujuklah kepada kata-kata Ustaz Danial

Kegagalan itu bukanlah kegagalan, tetapi ianya adalah kejayaan yang di tangguhkan
Ingat! ketika Thomas Alva Edison Edison gagal buat kali ke 5000 dalam eksperimen mencipta mentol lampu, dia masih lagi berkata
"Aku tidak gagal, tetapi aku berjaya menemui 5000 cara yang tidak boleh digunakan untukmembuat mentol lampu."
Dan apabila masuk cubaan yang ke 11 000, baru Thomas berjaya.
Kepada yang berjaya, tahniah penulis ucapkan. Mungkin anda telah berusaha dengan sebaiknya dan kejayaan ini merupakan hak anda untuk memiliknya. Kepada yang tidak berusaha tetapi  berjaya, bersyukurlah. Itu buktinya Allah masih lagi sayang kepada anda dan rahmatNya tidak terbatas
Sebaliknya apa yang penulis dapat katakan ,sekiranya kita telah berusaha tetapi gagal; teruskan usaha. Mungkin ini cara Allah untuk memastikan kita sentiasa rajin berusaha berbanding sekiranya kita berjaya, kita akan menjadi malas.
Kepada yang sibuk dengan tanggungjawab+sudah berusaha tetapi gagal.Jangan risau, kesibukan anda dalam melaksanakan amanah itu akan membantu anda balik suatu hari nanti. Mungkin disaat inilah anda akan mula untuk belajar membahagikan masa dengan lebih baik lagi
Dan kepada yang telah melakukan bermacam-macam tetapi masih gagal mungkin jika anda berjaya sekarang anda akan leka dan lalai untuk tahun yang berikutnya. Mungkin dengan bayaran yang beratus-ratus untuk kertas ulangan itulah akan menyebabkan kita sentiasa ingat kepada pengorbanan mak bapak, pengorbanan guru-guru dan tanggungjawab kita untuk belajar dengan lebih baik. 
Sememangnya rahmat Allah itu terlalu luas. Terdapat banyak cara dalam Allah menyampaikan rahmat kepada hambaNya. Cuma kadang-kala, kita sahaja yang tidak sedar...
 
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
 
Apa yang penulis katakan ini bukan sahaja untuk orang lain, tetapi lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri. Semoga dalam masa 365 hari akan datang, penulis dapat hadapi apa yang senior-senior penulis hadapi sekarang dengan baik dan tabah. Insya-Allah...
p/s:"Hidup memang kena susah...tak boleh terlalu senang. Nanti leka. Biar bersusah-payah dahulu supaya tak susah di kemudin hari..."
 
 





www.tips-fb.com

Monday, 8 August 2011

Let's reciting Al Quran....

I'm having Ramadan now, the month of Al-Quran. InshaAllah and I want to gift to you Ramadan as an early Eid present. My gift for you is the exact process I go through in order to set and achieve my Quran goals every Ramadan.

   
12.1 Members....

Alhamdulillah, everyday, I always have a lot of ample time to recite Al-quran ; during lecture class, in musolla, in dorm...Hopefully I can give this gift to you Ramadan. I'm also trying my best to have tadabbur with Al -Quran....try to get closer with You.....

p/s:4 pages for every after prayer time.... that's the tip...
www.tips-fb.com

Saturday, 6 August 2011

Travel...travel....

Looking at the calendar, I just realised that it have been about two weeks that I've been in Seremban. Ok....so far so good, that what I always say and tell to my self so that I can always be happy and enjoy living at here. However I'm admit,that I really miss to my home.What make me really want to go home is about the communication at here. There is least people who prefer to speak in Kedah slang with me. So pity!!! At last...there is a surprise...


 

Okey....so this my first time for me to meet with schoolmates at Seremban+Kuala Lumpur. So according to the message that Faris sent to me, my destination for this time is Petaling Jaya!!!

Beginning with my travel I'm taking KTM Komuter from Seremban to KL Sentral station. Frankly, this have been about three times I'm taking komuter. So there is no worry about it.As usual the ticket from Seremban to KL costs RM 6.00 (affordable and cheap) but with speed of 60km/h (I guess), it is taking about 1 hour to arrived at KL (sometime it is taking longer time, including the time to wait for the train). The journey from Seremban to KL is quite good because Seremban station is the first station in the route thus there are not so many people.


 

One hour journey and at last....PJ!!!







Lastly, thanks to all of my friends....for giving me a great travel during the weekend. And the chance to speak Kedah slang with all of you.
p/s:Coming soon=Subang Jaya=Taylor's=Syamim...hi...hi...



 


www.tips-fb.com

Monday, 1 August 2011

Salam Perantau Ramadan





Salam Ramadan istimewa ditujukan kepada ayah dan bonda serta keluarga di Jitra. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru di SK Jitra, SBPI Kubang Pasu serta kepada seluruh warga Kolej Mara Seremban. Salam Ramadan khas kepada rakan -rakan seangkatan dan senior yang kini berada di seluruh pelusuk dunia dalam usaha menuntut ilmu;Kolej Mara Banting, Kolej Mara Kuala Nerang, Kolej Matrikulasi, Darul Quran, Taylors University, Monash University, PASUM, CFS IIUM, INTEC,Vanderbilt University,US dan lain-lain lagi. Dengan ucapan; Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai usaha untuk mencapai takwa kepada Allah. Bukan sekadar 'lapar dan dahaga sahaja'...Insya Allah.

p/s:Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengejarkannya.)

Sahabat bertanya;Ya Rasulullah, apakah ini berlaku pada malam Lailatulqadar?

Baginda menjawab:Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya. 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...