Pages

Monday, 5 March 2012

Ubah Diri....Ubah Dunia...

"Hanya 2 perkara sahaja yang saya ingin dengar pada mesyuarat kali ini. Jangkaan kamu tentang program ini dan juga jangkaan saya", ujar Puan Hairiah yang merupakan penyelaras A-Level di Kolej Mara Seremban dan juga sebagai guru penasihat bagi program bersama-sama anak yatim dan miskin.

Suasana bilik mesyuarat lengang seketika. Masing-cuba untuk memikirkan apakah jawapan yang akan diberikan. Terkebil-kebil mata dibuatnya. Ada juga pelajar yang cuba yang dengan segera terus melihat ke arah yang tidak sepatutnya; seperti ke bawah lantai dan ke atas siling, supaya tidak dipanggil untuk memberikan pandangan, dan orang itu termasuklah penulis sendiri.


orphange 7


Kenapa??? Jawapannya mudah kerana penulis menjangkakan jawapan yang seakan skema jawapan kertas Bahasa Melayu yang perlu diberikan.

"Kita dapat memupuk nilai murni, kerjasama, keyakinan diri, CAS, CS, kasih sayang...bla...bla...bla...."

"Bagi saya, hanya satu perkara yang saya harapkan. Supaya aktiviti yang akan kita lakukan ini akan menjadi amal jariah kamu dan juga saya",ujar Puan Hairiah. Topik perbincangan mula menjadi menarik.

"Kamu tahu kan, apabila kita mati nanti, hanya 3 perkara yang kita akan terus dapat, dan salah satu caranya adalah melalui amal jariah kita. Ini merupakan program pertama yang dilakukan oleh pelajar A Level KMS yang membabitkan anak-anak yatim dan cuba kamu banyangkan sekiranya program ini berjaya dan program ini akan diteruskan oleh-oleh junior kamu pada masa akan datang, bayangkan amal jariah kamu."

Perbincangan mula menjadi rancak, dan akhirnya terdapat beberapa pelajar yang dapat memberikan harapan mereka terhadap program ini secara matang termasuklah penulis sekali. 

Sebaik sahaja pelajar terakhir memberi pandangan, Puan Hairiah mula memberikan ulasan terhadap apa yang telah kami katakan. Apa yang membuatkan penulis terharu apabila penulis mendapat tahu, ketika kami melontarkan harapan kami, Puan Hairiah telah mencatat segala yang telah kami katakan dengan begitu teliti sekali. 

Salah satu tabiat yang penulis perlu praktikan. Apabila orang lain sedang bercakap, kita sebenarnya perlu berikan perhatian yang yang sepenuhnya terhadap apa yang diperkatakan. Itu tandanya kita menghormati apabila orang lain sedang bercakap.

Harapan terakhir yang diberikan oleh Puan Hairiah selepas kami semua rancak berbincang

"Saya juga harapkan agar kamu dapat terapkan sedikit tentang pengajaran agama kepada mereka, terutamanya tentang solat"

Tambah Puan Hairiah lagi
"Apabila saya melihat rancangan seperti Bersamamu, jarang sekali saya nak nampak kain sejadah atau sembahyang yang terhampar dalam rumah orang yang dibuat penggambaran itu. Bagaimana sebenarnya kita nak keluar dari kesusahan dan kemiskinan sedangkan kita tidak amalkan 5 kali sembahyang sehari semalam, sembahyang Duha dan sebagainya. Sedangkan kita tahu bahawa solat itu juga merupakan usaha kita,usaha kita meminta daripada Allah agar diberikan kesenangan dalam hidup ???"

Persoalan yang diberikan oleh Puan Hairiah itu menyedarkan kami semua, bahawa ada satu tanggungjwab berat yang perlu kami laksanakan apabila kami nanti bersama mereka, dan bukan sekadar suka-suka mengadakan program.

Akhirnya tibalah dimana hari program dilangsungkan. Kelihatan semua persiapan telah dilakukan dengan sebaiknya.

"Tolong jangan sentuh berkaitan isu-isu sensitif apabila bersama mereka nanti", pesan salah seorang rakan penulis kepada kami semua.

"Ingat, kita datang dari dunia yang berbeza dan begitu juga mereka. Kita semua ini kebanyakannya sudah mendapat kasih sayang yang secukupnya, selalu berpeluang melihat oang-orang yang berjaya, pendidikan yang lengkap dan tidak kurang juga daripada aspek material"


orphange 1

"Tapi mereka lain, mereka semua tidak pernah alami apa yang kita alami dan miliki sekarang. Boleh jadi mereka akan membenci dan tidak menyukai kita. Jadi jangan terlepas cakap pula nanti.

Lebih kurang dalam pukul 10 begitu, akhirnya tibalah bas KMS yang membawa rombongan anak-anak yatim dan miskin dari Kampung Jejan. Sambutan meriah diberikan oleh kami semua kepada mereka sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Dewan Tun Hussein Onn. Kebanyakan anak-anak yatim dan miskin yang datang ini berumur dalam lingkungan 5 tahun hingglah 16 tahun.

Bagi penulis pulak, adik angkat yang penulis dapat bernama Syafiq. Berusia 7 tahun. Seeorang yang agak pemalu dan tidak banyak bercakap. Namun setelah setelah beberapa sesi kami besama, akhirnya Syafiq mula menunjukkan rasa selesanya bersama penulis.Syafiq merupakan anak keempat daripada lima adik beradik. Syafiq merupakan anak yatim yang kematian bapanya dan kini Syafiq tinggal bersama-sama ibunya. Apabila penulis bertanyakan tentang cita-citanya, Syafiq mengatakan bahawa dia mahu menjadi seorang tentera kerana dia mahu melawan orang jahat.


orphange 4
INILAH SYAFIQ....COMEL TAK???

Sepanjang setengah hari penulis bersama dengan Syafiq, banyak yang penulis dapat belajar daripada Syafiq sendiri. Paling jelas sekali apabila penulis sedar penulis tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan penulis begitu janggal apabila bercakap dengan Syafiq. Apa sahaja yang dikatakan oleh Syafiq penulis rasakan seperti bercakap tentang isu yang kebudak-budakkan.(Pada hakikatnya penulis memang bersama-sama dengan seorang kanak-kanak sekarang ini.) 

orphange 2
BETUL BAIK NI??? TERIMA KASIH =)

Contohnya apabila Syafiq mengatakan dia mahu menjadi tentera kerana mahu melawan orang jahat, terus penulis bertanya

"Kenapa tentera, kenapa tak jadi polis? Boleh bunuh orang jahat juga kan?"

"Tak nak! jadi polis tak best, jadi tentera baru best"

"Jadi apa yang best jadi tentera?"
"Jadi tentera boleh bunuh orang jahat"

"Okey......"
(Dalam hati; Bukan tadi dah kata jadi polis pun boleh bunuh orang jahat. Jadi apa bezanya???)

Bagi penulis kedua-duanya tak best.
Baik lupakan tentang isu di atas. Sebenarnya itu salah penulis sendiri kerana tak mahir untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak.(Risau juga nanti bila menjadi seorang bapa nanti)




orphange 3




orphange 8


orphange 6




Keseluruhan program dapat penulis katakan semuanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan sesi perkongsian,  slot motivasi, bermain permainan Radio Buruk sehinggalah ke majlis penutup, semuanya bejalan dengan lancar.

Di akhir program kami di pihak KMS memberikan sedikit sumbangan untuk meringan beban mereka.




orphange 5
JANGAN BELI TOP UP ATAU GAME BEN 10 ATAU DING DANG TAU???

Secara keseluruhannya, memang benar banya benda yang kami dan penulis khususnya belajar daripada mereka disamping kami yang "mengajar" mereka. Berjumpa lagi di bulan Ramadhan nanti!!!




orphange 10



orphange 9

p/s; Siapa kata pelajar A Level tak sibuk macam pelajar IB??? Ha..ha... Tahniah juga kepada kelas 12.4 yang berjaya siapkan CS mereka. 

    
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...