Pages

Saturday, 9 June 2012

Semangat dan harapan.....

Perbahasan dan debat adalah satu seni, bukannya pertengkaran atau pertikaman mulut yang sia-sia. Ya!!! dan apabila kita membicarakan pasal seni,ianya satu yang begitu abstrak untuk diungkapkan. Hanya orang yang benar-benar memahami "seni" itu akan menikmati keseronokannya. Tidak semua orang boleh memahaminya...

Maka pelbagai cara boleh digunakan untuk meinteprestasikan seni itu sendiri. Antaranya seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh rakan penulis (yang juga merupakan seorang pembahas). Ketika berbahas:


Photobucket

dan lain-lain lagilah teknik yang mungkin kendengaran lawak bagi orang biasa, tapi bagi kami, itulah markah strategi kami....

"Bunyi saja loceng, tiga-tiga bangun bagi POI (point of information @ izin laluan)"
"Tenung mata pihak lawan macam nak makan diorang"
"Senyum, tapi jangan gedik sangat nanti hakim menyampah"
"Pembahas simpanan sila baca Yaasin kat belakang tuh masa nak hakim nak umum keputusan (bukan pasukan penulis yang pernah benda ni, tapi pasukan lawan dan akhirnya mereka menang. Ha..ha...)"


Maka nak dijadikan cerita, Ahad, 27 Mei disebabkan komitmen penulis terhadap peperiksaan A Level yang masih belum tamat, penulis pada malam itu terpaksa juga pulang ke Seremban. Entah kenapa hati ini bagaikan ada suatu yang tak kena. Adakah kerana tadi terburu-buru sangat meninggalkan STAR sehingga terlupa untuk berpesan kepada junior beerkenaan perlawanan suku akhir pada esok hari.

Ya!!! Baru penulis ingat peristiwa 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu apa yang penulis ingat, hendak saja bercakap dengan adik - adik junior berkenaan perkara itu. Pada mulanya nak sahaja 'call' mereka semua. Tapi keadaan yang begitu bising di stesen  menyebabkan niatt penulis terbantut.

Akhir sekali penulis membuat keputusan untuk menyatakan sahaja di Facebook. Ohh beribu-beribu maaf. Sepatutnya status yang sebegini tidak sepatutnya diletakan di Facebook kerana  bagi pendirian penulis, Facebook bukannya tempat untuk kita meluahkan keluhan kita atau masalah kita. Namun seperti tidak sedar, tangan ini pantas sahaja menekan butang-butang kekunci di telefon dan terus 'post' di facebook. Dengan harapan penulis ketika itu, agar adik-adik semua dapat menghadapinya dengan baik seandainya peristiwa itu berlaku pada esok hari.


Memandangkan perlawanan di peringkat suku akhir akan berlangsung pada petang hari berikutnya, maka pada pagi itu sempatlah sekejap penulis membuka Facebook untuk melihat status yang 'dipost' semalam. Apa yang memeranjatkan penulis, hasrat asal untuk menasihati orang lain, tapi akhirnya diri sendiri yang dinasihati. 



Photobucket

Walaupun keadaan yang sebaliknya berlaku, tapi penulis begitu bersyukur, sekurang-kurangnya, penulis dapat mempelajari suatu yang begitu bermakna sekali. Kata - kata ustazah penulislah yang paling penulis terkesan sekali.

Terharu membaca cetusan rasa Rosman, di SBPIKP banyak cerita ttg kesedihan tp tidak smua yg pernah merasainya, kekalahan Allah bagi kerana ada hikmahnya, ada perkara yg Allah mahu kita belajar lagi,semakin diuji semakin dekat dengan-Nya,apabila sampai waktunya Allah akan memberi dan terus memberi sehingga kita lupa diri, kejayaan pun satu ujian sehingga kita merasa yg terhebat...peluang yg Allah bagi smuanya ujian, dalam keadaan apapun berpeganglah, Allah itu Maha ADIL atas ketentuan-Nya.
Ya, kejayaan dan kegagalan itu adalah ujian. Kadangkala Allah berikan kejayaan, tapi kita lupa diri. Kadangkala juga Allah berikan kegagalan kerana Allah mahu kita dekat kepadanya.
Maka setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah itu Maha ADIL atas ketentuan-Nya.
Mungkin kadang-kala kita tahu dan mungkin kadang-kala kita tidak tahu.

Oh ya kepada yang tertanya-tanya apa yang penulis 'postkan' di Facebook, ini statusnya...


Photobucket


Dan mungkin juga ada tertanya-tanya apakah peristiwa yang pernah terjadi 2 tahun yang lalu. Buat suspen saja.....Nilah peristiwanya



kamera pun sedih sahaja nak tangkap gambar nih. Sebab tuh gambar tak berapa elok.....


Kepada insan-insan yang berada di tempat kejadian ketika itu, mungkin tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kini bila penulis terkenangkan kembali peristiwa ini,penulis merasakan diri ini terlalu "bodoh".

"Aku menagis hanya kerana ni jer. Ada banyak benda lagi lagi penting dekat dunia ni yang patut aku tangisi".




Tapi nak buat macamana kan? Mungkin 'jahil' lagi masa itu. Tapi itulah lumrah hidup, kadang-kala selangkah lagi sahaja kita nak capai akan benda itu.Yea serius nak dekat letak kaki dah nak dapat tapi Allah masih lagi nak uji hambanya. Dan semenjak peristiwa itulah, penulis telah banyak belajar erti tentang BERSYUKUR. Kadang-kala kita terlalu fokuskan sesuatu, nak sangat-sangat sehingga kita terlupa akan nikmat yang kita ada dan miliki di sekeliling kita.


Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat bagi HKSBP untuk kali ini, terutamanya yang mengikut perkembangan pasuskan I-KUPS semasa acara sedang berlangsung. Kepada pasukan bahas I-KUPS, tak mengapa, tahun depan cuba lagi....





perlawanan pertama betemu KISAS-English debate






I-KUPS English debate team



Pasukan bahas Bahasa Melayu














sesi undian


Faham tak ni maksud dia apa??? Perbahasan 'rancak' sangat...


cuma nak tunjuk kata dah sampai sini.tapi saya bukan sekolah dekat sini


panorama indah di petang hari-Gunung Rapat





dah nak pernah dapat....=)






dulu dah pernah tangkap benda ni dekat SAS, sekarang dekat STAR. Bila pulak Ikups nak buat???




p/s;Antara tempat menarik dekat Ipoh masa pergi haritu, STAR-MEDAN GOPENG-STAR. Tak sempat pun nak berjalan-bejalan makan angin sekeliling Ipoh. =(.


www.tips-fb.com

3 comments:

Hikaru Yui said...

madam hajar...tcher mala pun adaa...hahah bestnya..

teringat sekolah la plak..haish =p

Muhammad Faris 'Azim said...

1) hehe, nice entry.
2) banyak aku cilok gambar hang buh dalam entry aku
3) kenangan debat dengan hang sangat tak boleh nak lupa. kalau Allah bagi peluang tu lagi, aku pasti tak akan sia-siakan. :')
4) debat ajar aku macam-macam. seba tu aku tak pernah berhenti debat walaupun pernah ada masa aku rasa nak stop debat. :)

Muhammad Faris 'Azim said...

woi, baru perasan ada gambar aku tidoq !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...