Pages

Friday, 18 April 2014

Bukan sombong, tapi menjaga...

Penulis baru sahaja selepas perbincangan di kafe. Alhamdulillah!!! selesai sudah satu tugasan. Kini tinggal satu sahaja lagi assignment. Insya Allah Isnin ini selesai sudah semua tugasan dan bolehlah nak fokus kepada final exam yang bakal mendatang.

Jam dah hampir menunjukkan 1 pagi. Sahaja penulis tak mahu pulang lagi ke bilik. Nak tengok keadaan sekeliling kafe. Disebabkan kesibukkan selama ini, penulis hanya datang ke kafe hanya untuk makan atau lakukan perbincangan sahaja, tak pernah nak kisah apa yang berlaku di sekeliling.

Apabila diperhatikan, ada sepasang pelajar lelaki dan perempuan yang sedang menonton movie bersama-sama. Khusyuk kedua-duanya. Selang dua meja di sebelah kanan penulis pula terdapat juga seorang pelajar lelaki dan perempuan sedang study bersama-sama .Penuh buku dan kertas diatas meja .Tapi kelihatannya mereka tak seperti fokus, lebih seperti ada sesuatu dibincangkan. Dibelakang penulis pula ada 5 orang pelajar. Tiga perempuan dan dua lelaki. Kedengarannya seperti membincangkan agenda program.

“Mungkin perjumpaan kelab kot” , bisik hati kecil penulis.
“Mat! Kau tengok orang depan tu Mat. Laki tu letak tangan dia dekat kerusi perempuan tu.Aii sikit macam boleh nak peluk perempuan tuh. Movie apalah diorang tengok tuh ?”, tegur penulis kepada rakan penulis disebelah.

Mat pula yang tengah sibuk bermain dengan game 2048 puzzlenya tuh terus menjawab, “Alah takkan kau tak tahu, couple hot kafe ni kot, biarlah diorang”.

Keadaan diam seketika. Kemudian tiba-tiba sahaja Mat terus berkata kepada penulis,

“Kau tadi masa meeting ok tak? Aku tengok kau macam nak lari saja dari Mira tuh bila dia datang duduk sebelah kau. Bukan apa, aku dengar budak-budak peremuan gosip kau ni macam sombong sikitlah.”
“Ye ke? Ha..ha...”, tertawa kecil penulis
“Aku ok je, cuma aku tekejut kot,Mira tu macam nak terkam aku. Lebih selamat aku duduk sebelah kau”, gurau penulis.
“Alah, Man aku tahu kau dengan jaga ikhtilat kau tuh, tapi dia nak datang duduk sebelah kau bukan nak buat apa pun. Lagipun kita tengah bicang assignment tadi kan?”, ujar Mat.
“Iylelah kita bukan buat benda jahat pun. Tapi aku takut terbiasa, boleh saja aku jadi seperti orang depan aku kan?”,tanya penulis kembali.

Terus Mat pandang kehadapan, kemudian dia memandang  penulis  kembali penulis dalam keadaan dahi yang berkerut. Seolah-olah Mat ingin mengatakan mustahil untuk penulis menjadi  sebegitu. Kemudian terus penulis membuka langkah perbincangan.

“Mat bayangkan Mat kau dah jadi ayah dan kau dah ada anak perempuan. Agak-agak  apa kau rasa bila kau lihat anak perempuan kau duduk rapat-rapat, bertepuk tampar bergurau senda dengan lelaki mana entah yang kau pun belum kenal dia sangat? Apa kau rasa?”

“Eh mestilah aku angin. Nak bertepuk- tampar dengan anak aku suka hati je. Eh adik perempuan aku yang kat rumah tuh pun aku dah ‘bising’dah bila dapat tahu dia keluar naik motor dengan lelaki mana entah.”

“Tahu pun kau. Jadi aku malas nak bebel panjang. Takut kau kata aku ceramah pulak kat kau. Tapi nak jelaskan dekat kau kenapa  aku bertidak macam tu masa meeting tadi sebab aku hormat kat dia, tambah hormat lagi aku dekat ayah dia”.


“Kerana aku tahu,se’sporting’ mana pun seorang mak atau ayah terhadap anak perempuan dia , diorang mesti akan timbul rasa risau jugak apabila anak perempuan diorang ada keluar dengan lelaki yang belum ada ikatan yang sah. Sebab tuh kalau kau ada tengok cerita Melayu, sekurang-kurangnya si Emak tuh ada juga pesan kat lelaki yang bawak keluar anak perempuan dia tuh;
“Keluar tuh jangan lama-lama sangat. Balik sebelum pukul 12 ye”,”, ujar penulis.

“Betulah Man, sekurang-kurangnya kita yang sebagai lelaki ni pun kena  main peranan dan ada kesedaran juga dalam masalah ikhtilat ni. Tak boleh nak salahkan perempuan semata-mata. Tapi apa-apa pun Man aku tahu, kau tak sombong, kau memang baik dan banyak cakap.Kan?kan?”

Tesenyum sahaja penulis, “Kau bagitahu diorang, aku bukan sombong tapi menjaga. Tapi kalau dah minat boleh saja PM. Kita buat cara ikut syariat.”

“Ha..ha..ha...”, tertawa besar kami berdua sehingga ditegur oleh pasangan yang sedang menonton movie dihadapan kami.     

Wahai Tuhanku! Aku berlindung dengan-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung dengan-Mu wahai Tuhanku! daripada syaitan-syaitan itu menghampiriku
(Al-Mu’minun;97-98)
www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...