Pages

Tuesday, 4 August 2015

Saya Rosman dan saya...

Al kisahnya hari ini sanggup bawak periuk nasi pakai apron semata - mata nak memastikan pembentangan yang nak dilakukan benar-benar dapat meyakinkan dan membujuk penonton.

Alhamdulillah pembentangan berjalan lancar. Terjual jugak 4 paket beras dan pes sekaligus. Rezeki hari ini. Terima kasih kepada pembeli.

Cuma semenjak penulis terlibat dalam bisnes kecil-kecilan ini penulis mulai sedar, bukan senang rupanya nak cari duit ini.Nak dapatkan untung RM 100 pun berkejar-kejar besusah payah, tapi bila nak habiskan tuh betul macam air yang mengalir. Maka penulis mula mengerti kenapa orang-orang tua mak ayah dulu selalu pesan bukan senang nak cari duit. Walaupun mungkin yang ada kerja berpangkat besar, namun penulis yakin masing-masing ada halangan dan cabaran tersendiri dalam mencari wang.

Insya-Allah penulis selagi terampu dan terdaya penulis akan terus menggunakan tulang 4 kerat ini untuk meneruskan survival dalam dunia pendikan dan ekonomi Malaysia yang semakin mencabar dan menekan ini . Mahasiswa tak boleh selalu bersifat lemah dan keluh kesah!!! Walaupun sepatutnya golongan mahasiswa dan belia inilah yang lagi wajar untuk menerima 'derma' tak kisahlah walaupun tak sebanyak RM 2.6 billion, penulis yakin kalau diberi peluang, kami boleh mencorak masa depan Malaysia yang lebih baik.

p/s: Menonton semula video "Nama Saya Zahra dan Saya Sayangkan Malaysia" untuk kembali mendapatkan inspirasi. Walaupun ramai yang mengutuk beliau, namun penulis tetap berbangga dengan beliau, seorang wanita yang berani bercakap dihadapan pemimpin mengenai isu anak muda tanpa berlapik madah, berbanding kita yang asyik buat satira, sindiran dan jenaka 'derma RM 2.6 billion' di media sosial atau yang paling hebat yang boleh kita lakukan adalah pergi 'spam' ramai-ramai di bahagian komen Facebook Perdana Menteri.

"Saya sentiasa berdoa agar negara ini terus maju dan dianugerahkan pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab"
           Ucapan Zahra





Dan penulis rasa sebab Zahra dan bising-bising dan merungut-rungut dekat depan TPM maka TPM pun pegilah sambung bising-bising kat PM pasal apa masalah rakyat Malaysia yang patut diberi perhatian. Tapi tak pasal pasal TPM kena pecat dari Kabinet sebab pandai-pandai tegur PM. Ok abaikan teori politik mengarut penulis ini tapi kalau betul pun apa salahnya kan?

"Saya Rosman berumur 22 tahun dan saya kecewa dan malu dengan apa yang berlaku kat Malaysia sekarang." 


   
www.tips-fb.com

Wednesday, 22 July 2015

Ceritera Raya-Ibrah disebalik sambutan

Separuh tahun ataupun bersamaan 6 bulan. Itulah tempoh masa yang penulis dapat katakan. Bermula dari Tahun Baru Cina yang lalu sehingglah sambutan hari raya Aidilfitri baru dapat menjejakan kaki ke bumi Jelapang Padi ini. Lagaknya macam orang belajar di ‘luar negara’. Tapi benarlah kot, komitmen yang tinggi di menara gading bumi “toronto” ini sememangnya benar-benar mengikat masa. Kalau nak balik tuh boleh fikir dua tiga kali. Yelah kalau balik pun masih lagi tak tenang fikirkan kerja rasanya sia-sia balik bercuti.

Disebabkan teruja balik kampung, maka penulis sempat melalui kawasan sawah padi yang sememangnya menenangkan. Di lebuh raya lagi bermula di kawasan Pendang, pandangan luas hijau terebentang telah menyambut kedatangan penulis. Keluar sahaja exit highway terus melalui kawasan kampung Sungai Korok sebelum ke rumah. Berhenti sebentar untuk lihat kawasan sawah padi ditambah lagi dengan deruan angin, Subhanallah memang menenangkan. Penulis akui walaupun dah banyak mengembara permandangan ini tetap yang terbaik di mata penulis. Ingat peribahasa Melayu lama; tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.



Driver ibu
Persiapan raya? Penulis tak beli pun baju raya kali ini tetap guna baju melayu yang sama sahaja. Pengaruh arabsisasi menyebabkan penulis teringin membeli jubah yang  moden rekaanya tetapi apabila melihat harganya hampir mencecah ratusan ringgit, akhirnya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Fikir balik duit tuh boleh je guna nak beli tiket flight pergi kembara.

Tapi walaupun persiapan raya penulis tak sibuk dengan aktiviti membeli belah tapi satu sahaja penulis syukuri untuk persiapan raya kali ini apabila dapat menjadi driver ibu. Menjadi driver membawa ibu dan keluarga berbuka puasa di kampung dari Kuala Nerang ke Alor Setar kemudian ke Tesco lagi berebut-rebut beli ayam sehari sebelum raya. Sepanjang perjalan di atas kereta menjadi driver tiba-tiba terngiang-ngiang penulis akan pesanan seorang guru. Tatkala itu penulis masih lagi bersedih disebabkan penulis tidak dapat meyambung pelajaran ke luar negara.


“  Tak apa, walaupun tak dapat pergi oversea tuh tapi dapat dekat dengan ibu dan ayah”


Kini penulis mula fahami apa yang cuba dimaksudkan oleh guru penulis ketika itu. Disaat masih lagi ada insan yang terpaksa jauh berada di perantauan tapi penulis terpilih untuk menjadi insan yang mudah untuk berbakti kepada Ibu dan ayah. Semoga kesempatan yang masih ada ini dapat penulis gunakan sebaiknya.


“ Jangan fikir terlalu banyak. Memang akan ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak akan sedar”

Kubur  

Alhamdulillah hajat penulis untuk menziarahi pusara arwah Faiz Hassan tercapai jugak. Pantas sungguh masa berlalu hampir setahun dari masa kejadian berlaku. Arwah meninggal disebabkan kemalangan motosikal di lebuhraya. Arwah memang terkenal dengan akhlak yang baik, peramah sangat. Tapi tak sangka dialah dululah yang akan pergi dalam kalangan kami. Selalu dengar kisah yang orang yang baik-baik selalunya akan dijemput Tuhan dahulu.


Ayah,kenapa orang yang baik meninggal dunia lebih awal?” “Anakku, apabila kamu berada di taman, bunga yang mana yang kamu akan ambil dahulu?” “Bunga yang paling cantik...

"Kad Raya" menteri besar KEDAH. 
Beraya rumah orang miskin


“Raya kali ini kita ubah trend sikit” ujar abah
“Trend apa?” tanya penulis?
“Kita pergi beraya rumah orang susah”
Abah memang tak bergurau nampaknya di pagi raya macm ni. Memang lepas sahaja solat sunat Aidilfitri terus kami sekeluarga ke satu rumah saudara ini. Penullis tak kenal sangat. Saudara datuk belah abah. Hanya abah saja yang masih kenal.


Memang pengalaman beraya kali ini memang lain.Tuan rumah tinggal di rumah pangsa. Tak adalah luas sangat. Agak penulis hanya seluas gelanggang badminton. Rumah yang hanya ada 2 bilik tidur, satu bilik air dan sedikit ruangan dapur dan ruang tamu.


Juadah raya yang disediakan dah boleh menggambarkan betapa susahnya mereka. Air sirap ketupat nasi berlaukkan ayam masak merah. Kuih raya ada satu jenis sahaja; maruku yang dibuat sendiri. Takala penulis ke dapur, penulis ada nampak dalam kuali hanya tinggal kuah masak merah sahaja, ayamnya dah tak ada. Kelihatannya seperti juadah yang disediakan sudah dihabiskan oleh kami sekeluarga.Mungkin sebenarnya itu judah untuk mereka sekeluaga. Ya Allah sayu hati tengok.


Semasa tengah makan datanglah jugak kanak-kanak di kawasan kejiranan datang beraya untuk mengutip duit raya. Tuan rumah tak lokek, walaupun hidupnya tak senang tetapi tetap meraikan tetamu yang datang.

“Nah hampa amik duit raya 5 kupang nih (50 sen), share 3 orang” pesan tuan rumah kepada kanak-kanak yang datang.
Ya Allah, masih rasa tak bersyukur dan tak cukup duit lagi?


Duit raya
Ini alkisahnya yang terakhir. Walaupun dah dah masuk 20-an tapi duit raya masih tetap masuk. Syaratnya mudah, selagi tak bekerja selagi itu penulis boleh menerima duit raya dan yang peliknya lagi tinggi taraf pendidikan anda lagi tinggi nilai duit raya yang dapat tanpa perlu beusaha keras macam kanak-kanak kecil yang lain yang gigih pergi kutip duit raya dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah rezeki =)

Semoga ramadan yang berlalu dan syawal yang mendatang dapat menjadikan kita insan yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.




Taqaballahu minna wa minkum

  


www.tips-fb.com

Wednesday, 17 June 2015

Ramadan Datang Lagi

Ramadan datang lagi
Aku bersyukur kepadaMu Tuhan
Kerana aku  masih dipilih menjadi hambaMu yang bertuah
Menjadi tetamu untuk mengejar malam seribu bulan
Tatkala sahabatku masih bergelut bertarung nyawa di katil hospital
Tatkala ada insan yang baru menghembus nafas terakhir
Tatkala saudaraku di Gaza dan Rohingnya masih belum tentu ajal dan hidupnya
Aku bersyukur padaMu Ya Allah

Ramadan datang lagi
Pintaku hanya satu
Kutitipkan doa agar dipertemukan Ramadan akan datang
Kutitipkan doa agar dipanjangkan umur bertemu Ramadan
Semoga impian meninggalkan dunia ini dalam husnul khatimah
Dapat juga ku kecapi di bulan Ramadan

Ramadan datang lagi
Masanya sudah tidak lama lagi
Marhaban ya Ramadan
Namun bila dihitung diri ini
Sudah bersediakah aku untuk Ramadan?

Ramadan datang lagi
Namun sehingga hari ini aku masih disibukkan dengan urusan duniawi
Terkejar-kejar ke sana ke mari
Mengejar sesuatu yang belum pasti
Aku sedar dan aku pilu


Ramadan datang lagi
Namun sudah ada berbicara dimana hendak berbuka
Namun sudah ada berbicara tentang cuti raya,balik raya
Kurang sekali yang mahu membicarakan apa ibadat yang mahu dipertingkat
Kurang sekali yang mahu membicarakan doa apa yang mahu dipinta dibulan berkat
Kurang sekali yang mahu membicarakan surah apa yang ingin ditadabur dan diihat
Aduh berat sungguh dugaan umat akhir zaman ini

Ramadan datang lagi
Beruntung sekali insan yang pandai mengambil kesempatan
Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya
Itu sahaja harapan dan permintaanku
Dosa lalu diampunkan bebas aku dari belenggu hawa nafsu

Terima kasih Ya Allah
Ramadan datang lagi

UTP Tronoh, 28 Syaaban 1436H
6:28 petang


www.tips-fb.com

Friday, 15 May 2015

Cakna isu perlarian Rohingya...

Assalamualaikum...
Sebagai saudara seagama dan serantau ASEAN, sebak hati ini melihat bahawa masih ada lagi golongan manusia yang ditindas dan dinafikan hak mereka ini untuk hidup. Betapa menyedihkan lagi insan yang ditindas ini merupakan jiran negara sendiri. Terasa benar-benar bersalah kerana saya masih belum menyumbangkan apa-apa untuk membantu sauadara terdekat saya yang benar - benar memerlukan. Semoga usaha saya untuk sentiasa mengikuti perkembangan perlarian etnik Rohingya, sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi impian saya untuk turun padang membantu mereka suatu hari nanti.

Kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Razak​ dan juga kepada menteri luar negeri Malaysia Dato' Sri Anifah Aman​, terpanggil saya untuk menulis post ini hanyalah untuk menyuarakan pendapat. Selaku mahasiswa yang masih lagi naif dan mentah dalam menghadapi hidup ini, saya berharap pandangan saya ini sedikit sebanyak akan membantu dalam menyelesaikan isu ini dan juga ingin membuktikan masih ada lagi mahasiswa yang cakna akan isu sekeliling dan bukan hanya bergelumang dengan belajar dan peperiksaan semata-mata. 

Saya tahu, setakat ini Malaysia amat perihatin terhadap isu pelarian etnik Rohingya ini. Malah boleh dikatakan Malaysia dan rakyatnya  antara negara yang pemurah di dunia yang sanggup menerima pelarian yang cukup ramai. Statistik UNHCR, pada tahun 2012 melaporkan seramai 98,100 pelarian berlindung di negara ini dengan 89,900 orang daripadanya adalah rakyat Myanmar yang meliputi 34,430 orang dari Wilayah Chin; 22,840 orang (Rohingya); 10,510 orang (Rakhine) 10,480 orang (Myanmar Muslim) manakala selebihnya kalangan etnik minoriti. (http://www.astroawani.com/perspektif/tukar-persepsi-terhadap-pelarian-16548?cp)






Isu menjadi semakin kompleks tatkala baru baru ini apabila kerajaan mengambil keputusan menghantar pulang pelarian Rohingya yang masih berada di perairan utara semenanjung. Saya sedar ada relevannya tindakan ini diambil memandangkan isu jenayah membabitkan warga asing dan maslah sosial juga kini menjadi satu trend yang membimbangkan. Penambahan warga asing yang mendadak boleh menyebabkan mereka ini sukar dikawal dan akan menganggu gugat kemanan negara. Namun tindakan menhantar balik pelarian etnik Rohingya ini    bukanlah tindakan yang bijak. Menghantar mereka pulang seolah-olah "menjemput" mereka untuk menghadapi kematian dan penindasan oleh tentera Burma. 

Memang isu ini agak kompleks, ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Maka secara peribadi saya merasakan isu ini perlu diselesaikan secara tegas melalui diplomatik. Ditambah lagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dan sejajar dengan pemilihan Tema Kepengerusian ASEAN iatu merakyatkan ASEAN, sudah tiba masanya ASEAN mengambil tindakan tegas untuk kesejahteraan warga ASEAN. Di sini saya cadangkan beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

1) Sudah tiba masanya pengamalan polisi ASEAN yang tidak campur tangan isu dalaman negara anggota dilonggarkan, tatkala isu asasi kemanusiaan menjadi isu utama. Campur tangan perlu dilakukan sekiranya isu itu sudah menjadi isu "rentas sempadan" sepertimana isu perlarian etnik Rohingya pada hari ini yang akhirnya yang akan memberikan masalah balik kepada negara-negara jiran akibat kedatangan perlarian.

2) Kegalan rundingan demi rundingan menunjukkan sudah tiba masanya ASEAN mengambil tindakan tegas seperti mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myamar. 

3) ASEAN perlu mendesak kerajaan Myamar agar bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada mangsa. Kerajaan Myamnar perlu membuka pintu agar bantuan-bantuan kemanusiaan daripada NGO-NGO dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa dapat disalurkan kepada mangsa. Hatta mengalakan dasar tidak campur tangan sekali pun,tindakan untuk menyekat bantuan kemanusiaan adalah suatu tindakan yang kejam. 

4) Saya tidak pasti dengan cadangan ini adakah sesuai berdasarkan kapasiti tentera pengaman. Namun melihatkan kejayaan tentera pengaman kita yang dihantar suatu masa dahulu ketika isu peperangan Bosnia Herzegovina, mungkin tentera pengaman kita boleh dihantar ke Myamar untuk melindungi etnik Rohingya terutamanya untuk melindungi kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa sehingga keadaan kembali pulih dan aman.

5) Akhir sekali, mungkin sudah tiba masanya sebagai anggota ASEAN, kedaulatan setiap negara perlu dikorbankan sedikit demi keselamatan dan kemanan serantau.

Semoga bermanfaat. Bersama-samalah kita berdoa agar nasib perlarian etnik Rohingya dapat dibela dan mereka juga berpeluang untuk 'menghirup udara' setenang kita di Malaysia suatu hari nanti.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...