Pages

Friday, 15 May 2015

Cakna isu perlarian Rohingya...

Assalamualaikum...
Sebagai saudara seagama dan serantau ASEAN, sebak hati ini melihat bahawa masih ada lagi golongan manusia yang ditindas dan dinafikan hak mereka ini untuk hidup. Betapa menyedihkan lagi insan yang ditindas ini merupakan jiran negara sendiri. Terasa benar-benar bersalah kerana saya masih belum menyumbangkan apa-apa untuk membantu sauadara terdekat saya yang benar - benar memerlukan. Semoga usaha saya untuk sentiasa mengikuti perkembangan perlarian etnik Rohingya, sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi impian saya untuk turun padang membantu mereka suatu hari nanti.

Kepada Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Razak​ dan juga kepada menteri luar negeri Malaysia Dato' Sri Anifah Aman​, terpanggil saya untuk menulis post ini hanyalah untuk menyuarakan pendapat. Selaku mahasiswa yang masih lagi naif dan mentah dalam menghadapi hidup ini, saya berharap pandangan saya ini sedikit sebanyak akan membantu dalam menyelesaikan isu ini dan juga ingin membuktikan masih ada lagi mahasiswa yang cakna akan isu sekeliling dan bukan hanya bergelumang dengan belajar dan peperiksaan semata-mata. 

Saya tahu, setakat ini Malaysia amat perihatin terhadap isu pelarian etnik Rohingya ini. Malah boleh dikatakan Malaysia dan rakyatnya  antara negara yang pemurah di dunia yang sanggup menerima pelarian yang cukup ramai. Statistik UNHCR, pada tahun 2012 melaporkan seramai 98,100 pelarian berlindung di negara ini dengan 89,900 orang daripadanya adalah rakyat Myanmar yang meliputi 34,430 orang dari Wilayah Chin; 22,840 orang (Rohingya); 10,510 orang (Rakhine) 10,480 orang (Myanmar Muslim) manakala selebihnya kalangan etnik minoriti. (http://www.astroawani.com/perspektif/tukar-persepsi-terhadap-pelarian-16548?cp)






Isu menjadi semakin kompleks tatkala baru baru ini apabila kerajaan mengambil keputusan menghantar pulang pelarian Rohingya yang masih berada di perairan utara semenanjung. Saya sedar ada relevannya tindakan ini diambil memandangkan isu jenayah membabitkan warga asing dan maslah sosial juga kini menjadi satu trend yang membimbangkan. Penambahan warga asing yang mendadak boleh menyebabkan mereka ini sukar dikawal dan akan menganggu gugat kemanan negara. Namun tindakan menhantar balik pelarian etnik Rohingya ini    bukanlah tindakan yang bijak. Menghantar mereka pulang seolah-olah "menjemput" mereka untuk menghadapi kematian dan penindasan oleh tentera Burma. 

Memang isu ini agak kompleks, ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Maka secara peribadi saya merasakan isu ini perlu diselesaikan secara tegas melalui diplomatik. Ditambah lagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dan sejajar dengan pemilihan Tema Kepengerusian ASEAN iatu merakyatkan ASEAN, sudah tiba masanya ASEAN mengambil tindakan tegas untuk kesejahteraan warga ASEAN. Di sini saya cadangkan beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan.

1) Sudah tiba masanya pengamalan polisi ASEAN yang tidak campur tangan isu dalaman negara anggota dilonggarkan, tatkala isu asasi kemanusiaan menjadi isu utama. Campur tangan perlu dilakukan sekiranya isu itu sudah menjadi isu "rentas sempadan" sepertimana isu perlarian etnik Rohingya pada hari ini yang akhirnya yang akan memberikan masalah balik kepada negara-negara jiran akibat kedatangan perlarian.

2) Kegalan rundingan demi rundingan menunjukkan sudah tiba masanya ASEAN mengambil tindakan tegas seperti mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myamar. 

3) ASEAN perlu mendesak kerajaan Myamar agar bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada mangsa. Kerajaan Myamnar perlu membuka pintu agar bantuan-bantuan kemanusiaan daripada NGO-NGO dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa dapat disalurkan kepada mangsa. Hatta mengalakan dasar tidak campur tangan sekali pun,tindakan untuk menyekat bantuan kemanusiaan adalah suatu tindakan yang kejam. 

4) Saya tidak pasti dengan cadangan ini adakah sesuai berdasarkan kapasiti tentera pengaman. Namun melihatkan kejayaan tentera pengaman kita yang dihantar suatu masa dahulu ketika isu peperangan Bosnia Herzegovina, mungkin tentera pengaman kita boleh dihantar ke Myamar untuk melindungi etnik Rohingya terutamanya untuk melindungi kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa sehingga keadaan kembali pulih dan aman.

5) Akhir sekali, mungkin sudah tiba masanya sebagai anggota ASEAN, kedaulatan setiap negara perlu dikorbankan sedikit demi keselamatan dan kemanan serantau.

Semoga bermanfaat. Bersama-samalah kita berdoa agar nasib perlarian etnik Rohingya dapat dibela dan mereka juga berpeluang untuk 'menghirup udara' setenang kita di Malaysia suatu hari nanti.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...