Pages

Wednesday, 17 June 2015

Ramadan Datang Lagi

Ramadan datang lagi
Aku bersyukur kepadaMu Tuhan
Kerana aku  masih dipilih menjadi hambaMu yang bertuah
Menjadi tetamu untuk mengejar malam seribu bulan
Tatkala sahabatku masih bergelut bertarung nyawa di katil hospital
Tatkala ada insan yang baru menghembus nafas terakhir
Tatkala saudaraku di Gaza dan Rohingnya masih belum tentu ajal dan hidupnya
Aku bersyukur padaMu Ya Allah

Ramadan datang lagi
Pintaku hanya satu
Kutitipkan doa agar dipertemukan Ramadan akan datang
Kutitipkan doa agar dipanjangkan umur bertemu Ramadan
Semoga impian meninggalkan dunia ini dalam husnul khatimah
Dapat juga ku kecapi di bulan Ramadan

Ramadan datang lagi
Masanya sudah tidak lama lagi
Marhaban ya Ramadan
Namun bila dihitung diri ini
Sudah bersediakah aku untuk Ramadan?

Ramadan datang lagi
Namun sehingga hari ini aku masih disibukkan dengan urusan duniawi
Terkejar-kejar ke sana ke mari
Mengejar sesuatu yang belum pasti
Aku sedar dan aku pilu


Ramadan datang lagi
Namun sudah ada berbicara dimana hendak berbuka
Namun sudah ada berbicara tentang cuti raya,balik raya
Kurang sekali yang mahu membicarakan apa ibadat yang mahu dipertingkat
Kurang sekali yang mahu membicarakan doa apa yang mahu dipinta dibulan berkat
Kurang sekali yang mahu membicarakan surah apa yang ingin ditadabur dan diihat
Aduh berat sungguh dugaan umat akhir zaman ini

Ramadan datang lagi
Beruntung sekali insan yang pandai mengambil kesempatan
Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya
Itu sahaja harapan dan permintaanku
Dosa lalu diampunkan bebas aku dari belenggu hawa nafsu

Terima kasih Ya Allah
Ramadan datang lagi

UTP Tronoh, 28 Syaaban 1436H
6:28 petang


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...