Pages

Wednesday, 22 July 2015

Ceritera Raya-Ibrah disebalik sambutan

Separuh tahun ataupun bersamaan 6 bulan. Itulah tempoh masa yang penulis dapat katakan. Bermula dari Tahun Baru Cina yang lalu sehingglah sambutan hari raya Aidilfitri baru dapat menjejakan kaki ke bumi Jelapang Padi ini. Lagaknya macam orang belajar di ‘luar negara’. Tapi benarlah kot, komitmen yang tinggi di menara gading bumi “toronto” ini sememangnya benar-benar mengikat masa. Kalau nak balik tuh boleh fikir dua tiga kali. Yelah kalau balik pun masih lagi tak tenang fikirkan kerja rasanya sia-sia balik bercuti.

Disebabkan teruja balik kampung, maka penulis sempat melalui kawasan sawah padi yang sememangnya menenangkan. Di lebuh raya lagi bermula di kawasan Pendang, pandangan luas hijau terebentang telah menyambut kedatangan penulis. Keluar sahaja exit highway terus melalui kawasan kampung Sungai Korok sebelum ke rumah. Berhenti sebentar untuk lihat kawasan sawah padi ditambah lagi dengan deruan angin, Subhanallah memang menenangkan. Penulis akui walaupun dah banyak mengembara permandangan ini tetap yang terbaik di mata penulis. Ingat peribahasa Melayu lama; tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.



Driver ibu
Persiapan raya? Penulis tak beli pun baju raya kali ini tetap guna baju melayu yang sama sahaja. Pengaruh arabsisasi menyebabkan penulis teringin membeli jubah yang  moden rekaanya tetapi apabila melihat harganya hampir mencecah ratusan ringgit, akhirnya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Fikir balik duit tuh boleh je guna nak beli tiket flight pergi kembara.

Tapi walaupun persiapan raya penulis tak sibuk dengan aktiviti membeli belah tapi satu sahaja penulis syukuri untuk persiapan raya kali ini apabila dapat menjadi driver ibu. Menjadi driver membawa ibu dan keluarga berbuka puasa di kampung dari Kuala Nerang ke Alor Setar kemudian ke Tesco lagi berebut-rebut beli ayam sehari sebelum raya. Sepanjang perjalan di atas kereta menjadi driver tiba-tiba terngiang-ngiang penulis akan pesanan seorang guru. Tatkala itu penulis masih lagi bersedih disebabkan penulis tidak dapat meyambung pelajaran ke luar negara.


“  Tak apa, walaupun tak dapat pergi oversea tuh tapi dapat dekat dengan ibu dan ayah”


Kini penulis mula fahami apa yang cuba dimaksudkan oleh guru penulis ketika itu. Disaat masih lagi ada insan yang terpaksa jauh berada di perantauan tapi penulis terpilih untuk menjadi insan yang mudah untuk berbakti kepada Ibu dan ayah. Semoga kesempatan yang masih ada ini dapat penulis gunakan sebaiknya.


“ Jangan fikir terlalu banyak. Memang akan ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak akan sedar”

Kubur  

Alhamdulillah hajat penulis untuk menziarahi pusara arwah Faiz Hassan tercapai jugak. Pantas sungguh masa berlalu hampir setahun dari masa kejadian berlaku. Arwah meninggal disebabkan kemalangan motosikal di lebuhraya. Arwah memang terkenal dengan akhlak yang baik, peramah sangat. Tapi tak sangka dialah dululah yang akan pergi dalam kalangan kami. Selalu dengar kisah yang orang yang baik-baik selalunya akan dijemput Tuhan dahulu.


Ayah,kenapa orang yang baik meninggal dunia lebih awal?” “Anakku, apabila kamu berada di taman, bunga yang mana yang kamu akan ambil dahulu?” “Bunga yang paling cantik...

"Kad Raya" menteri besar KEDAH. 
Beraya rumah orang miskin


“Raya kali ini kita ubah trend sikit” ujar abah
“Trend apa?” tanya penulis?
“Kita pergi beraya rumah orang susah”
Abah memang tak bergurau nampaknya di pagi raya macm ni. Memang lepas sahaja solat sunat Aidilfitri terus kami sekeluarga ke satu rumah saudara ini. Penullis tak kenal sangat. Saudara datuk belah abah. Hanya abah saja yang masih kenal.


Memang pengalaman beraya kali ini memang lain.Tuan rumah tinggal di rumah pangsa. Tak adalah luas sangat. Agak penulis hanya seluas gelanggang badminton. Rumah yang hanya ada 2 bilik tidur, satu bilik air dan sedikit ruangan dapur dan ruang tamu.


Juadah raya yang disediakan dah boleh menggambarkan betapa susahnya mereka. Air sirap ketupat nasi berlaukkan ayam masak merah. Kuih raya ada satu jenis sahaja; maruku yang dibuat sendiri. Takala penulis ke dapur, penulis ada nampak dalam kuali hanya tinggal kuah masak merah sahaja, ayamnya dah tak ada. Kelihatannya seperti juadah yang disediakan sudah dihabiskan oleh kami sekeluarga.Mungkin sebenarnya itu judah untuk mereka sekeluaga. Ya Allah sayu hati tengok.


Semasa tengah makan datanglah jugak kanak-kanak di kawasan kejiranan datang beraya untuk mengutip duit raya. Tuan rumah tak lokek, walaupun hidupnya tak senang tetapi tetap meraikan tetamu yang datang.

“Nah hampa amik duit raya 5 kupang nih (50 sen), share 3 orang” pesan tuan rumah kepada kanak-kanak yang datang.
Ya Allah, masih rasa tak bersyukur dan tak cukup duit lagi?


Duit raya
Ini alkisahnya yang terakhir. Walaupun dah dah masuk 20-an tapi duit raya masih tetap masuk. Syaratnya mudah, selagi tak bekerja selagi itu penulis boleh menerima duit raya dan yang peliknya lagi tinggi taraf pendidikan anda lagi tinggi nilai duit raya yang dapat tanpa perlu beusaha keras macam kanak-kanak kecil yang lain yang gigih pergi kutip duit raya dari rumah ke rumah.

Alhamdulillah rezeki =)

Semoga ramadan yang berlalu dan syawal yang mendatang dapat menjadikan kita insan yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.




Taqaballahu minna wa minkum

  


www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...